Friday, December 31, 2010

tak cukupkah lagi??

Bismillahirrahmanirrahim..

pelbagai perkara yang dah saya alami..
Subhanallah...
ada yang menggembirakan, malah tak kurang ada yang benar-benar menguji...
Allahuakbar..tapi semua itu semestinya tiada lain untuk menyedarkan hambaNYA yang lemah dan hina ini, tentang kewujudan dan kekuasaanNYA..Alhamdulillah...

Apa yang ingin saya kongsikan di sini, tentang pengalaman saya baru-baru ini...
pengalaman yang x mungkin saya lupakan, Insyaallah...
peritiwa yang membuat sya sedar, betapa bertuahnya saya dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang Islam..

Menjadi kebiasaan bagi saya untuk singgah melakukan solat Dhuha di masjid sebelum 'check in' di ofis..
pada hari-hari sebelumnya, saya hanya ditemani pak cik dan mak cik cleaner di majid itu...
Tapi pada hari itu, ketika sampai damn melangkah ke tempat wudhuk muslimat, saya dapat mengagak ada orang lain lagi yang akan bersama saya..Alhamdulillah..
ada 2 pasang kasut muslimat di luar...
dari kawasan wudhuk, saya cuba megintai ke kawasan solat muslimat...
-tiada sesiapa di sana- aneh...

saya teruskan dengan urusan saya untuk berwudhuk dan melangkah ke ruang solat muslimat...
ada sejadah dan telekung di situ...
-terfikir- untuk saya kah?
tapi ada 2 telekung dan sejadah...oh, mungkin muslimat yang kasutnya diluar tadi..
saya teruskan dengan niat asal aya ke situ, solat dhuha..
saya melakukan solat dhuha eperti kebiasaannya, tanpa bertelekung..
kerana pakaian saya sudah menutup kawasan2 yang harus ditutup...
Alhamduillah, terasa indah dan mudahnya Islam bila kita mengikut aturannya..
bukan sahaja mudah, malah menjimatkan masa...terutamanya bagi yang mengejar masa check in ofis,seperti saya.. (^__^)

Usai solat dan berdoa, saya dapati ada 2 orang gadis di belakang tempat saya solat...
mereka tidak solat, cuma memerhatikan saya...
berdasarkan pengamatan saya, mungkin mereka India Muslim berdasarkan percakapan dan gaya pakaian mereka..
mereka cuma tersenyum dan saya membalasnya...
~harus segera ke pejabat~

selesai waktu pejabat kira-kira pkul 5 petang,..saya singgah lagi di masjid
menjadi kebiasaan juga untuk saya solat asar dahul sebelum pulang ke rumah yang letaknya agak jauh dari ofis,..
selesai solat, saya ambil kesempatan duduk di satu sudut untuk merehatkan diri dengan terapi ayat-ayat cinta ALLAH..
kemudian saya terperasan, 2 gadis yang saya jumpa ketika solat dhuha tadi ada di situ
masih lagi memerhatikan saya saya sambil berbisik..
saya hanya senyum..
ketika saya teruskan bacaan Al-Quran, saya menyedari 2 gadis tadi menghampiri saya..

"Assalamualikum..adik, kami minta maaf kalau cara kami tadi buat adik x selesa,maaf"
saya membalas dengan salam dan senyuman lalu mempersilakan mereka duduk..
kami mula berbual dan bertaaruf..
suatu saat, salah seorang gadis enceritakan bahawa mereka baru beberapa minggu memeluk agama Islam..Alhamdulillah
kemudian, mereka menerangkan bahawa mereka ditugaskan untuk memerhatikan cara orang2 Islam di masjid2 supaya mereka boleh belajar dari pemerhatian...
dan, mereka tertarik melihat cara saya..
Subhanallah...malu saya..rupanya saya diperhatiDan pada mereka, saya sebagai salah eorang muslimat yang membuktikan Islam itu memang indah dan mudah..
jadi, mereka tidak teragak-agak lagi dengan keputusan mereka memeluk Islam,..
bahkan mereka sangat2 bersyukur di beri hidayah pada usia yang masih muda...

*****

sahat2, berdasarkan perbincangan kami, saya dapat merumuskan edikit perkara tentang aktiviti yang saya lakukan saan hari pergi dan balik dari tempat latihan praktikal saya...
bukanlah niat ntuk bermegah-megah atau bangga diri,..dan saya juga mohon supaya sahabat2 doakan saya dilindungi dari memiliki perasaan ujub itu..

antara yang 2 gadis itu simpulkan,..:
1) mereka mendapat kekuatan setelah terjumpa dengan sepotong hadis, riwayat Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersada.."barangsiapa yang pergi ke majid pada pagi atau petang, maka disediakan baginya syurga untuk waktu pagi atau petangnya itu"..wallahualam..
dan sememangnya, saya juga terkesan dengan hadis ini dulu..oleh kerana itulah saya mengamalkan rutin sy untuk singgah ke masjid ini..Insyaallah..moga diberkati ALLAH..

2) Islam itu sememangnya mudah..Hanya dengan mngikut semua suruhan ALLAH,maka kita akan merasa kemudahan dan kesenangan itu...contohnya, dengan berpakaian menutup aurat dan mengikut garis panduan syarak, kita lebih mudah mengerjakan solat dimana atau bila2 masa pun.. wallahualam

3) Sebelum melangkah ke tempat kerja untuk menerima arahan dari pemberi arahan, ada baiknya kita sujud dahulu pada pencipta si pemberi arahan.. Wallahualam...

moga bermanfaat..Insyaallah..

Saturday, December 18, 2010

kahwin,..untuk mengelakkan zina?

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...segalanya lancar...
apa yang saya gentarkan sudah dapat dilalui...
latihan praktikal di sebuah firma kontraktor...
walaupun baru 2 hari, belum mesra kata orang...
tapi alhamdulillah...saya suka saat ini..
ia mengajar saya tentang erti kehidupan...
sukakan kehidupan bukan bererti kita memiliki kehidupan kita!
kerana kadang-kadang kita juga akan menerima arahan dalam kehidupan sendiri...
justeru, saya belajar bahawa untuk menghargai kehidupan yang saya miliki ialah dengan menerima kehidupan atau cara hidup ini seadanya,...
usah mengharap lebih andai tidak mampu...
inilah yang sesuai dengan kita..kehidupan ini untuk kita..
syukurlah...alhamdulillah...
(^__^)

*******

pada esok hari pula, dua orang saudara saya akan melangsungkan pertunangan dengan pilihan hati masing2...alhamdulillah..
berita baik juga untuk minggu ini... (^_^)
insyaallah, x lama lagi mereka akan melangsungkan perkahwinan...
amin...

********

pabila bercakap soal perkahwinan, saya tertarik tentang satu perkara..
saya mula tersedar akan hal ini apabila terbaca mengenai persediaan untuk berkahwin dalam buku motivasi "aku terima nikahnya"
penulis ada menekankan tentang maksud di sebalik perkahwinan itu sendiri..
pada mulanya beliau mempersoalkan tentang alasan 'orang-orang zaman ini' ingin berumah tangga...
kebanyakkannya mengatakan kami berkahwin untuk mengelakkan zina...
berkahwin = mengelakkan zina???
adilkah perkahwinan diletakkan pada tahap itu?
sedangkan kita semua tahu...

berkahwin adalah satu perkara yang besar..
perlu ada tanggungjawab, kesabaran, dan yang paling penting persefahaman...
kerukunan rumah tangga ini lah yang me'mantop'kan rumah tangga itu...
insyaallah...
sesetangah pihak yang lebih pakar ada menegaskan, sebuah perkahwinan itu perlu ada kekuatan dan ketabahan...
justeru, jika di awal peringakat perhubungan, yakni saat sebelum diijabkabul, kita memberi alasan bahawa perkahwinan itu bagi mengelakkan kita melakukan zina...
di mana kekuatan individu itu sendiri??
sedangakan dia sendiri takut ditewaskan nafsunya....
apalagi mengemudi kapal dan belayar di alam rumah tangga...
jadi, bagi pihak saya sendiri, saya setuju dangan frasa yang mengatakan
'kita berkahwin kerana kita benar2 telah bersedia untuk berkahwin'..
jadi, konklusinya??...hurmm...

bukan saya mengatakan alasan itu salah sepenuhnya...tidak!!
cuma, ia tidak kukuh...
bukan itu tujuan utama perkahwinan... tepuk dada tanya iman...

********

pandangan tentang perkahwinan dari yang belum berkahwin... (~__^)
moga bermanfaat...moga dibetukan jika tersalah...
sekadar pandangan..
wallahualam..

Friday, December 10, 2010

iye ke???

bismillahirrahmanirrahim

(^__^)
smiley!! ya!!
itulah yg saya buat..
sya taipkan smiley begitu dlm text msg kepada seorang sahabat..
***
"wah...senang hati je.."
"erm...best la kan??"
"xde masalah"
***
sahabat saya katakan begitu kerana sebelum tu, dia sedang meluahkan tentang masalahnya pada saya...
dan dia ada merungut yg betapa besarnya masalah itu...
ALLAH..
terus sy teringat kepada terjemahan dari surah Al-Baqarah, ayat 286..
antara maksudnye.."ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.
***
jadi sahabat ku, berhenti lah mengeluh...
sesungguhnya ALLAH bersamamu...Insyaallah
wallahualam..

Saturday, November 20, 2010

Una,..betulkah...??

seharian di rumah...
bersama mama dan adik-adik...
ungguh gembira (^_^)...
alhamdulillah...KAU kurniakan aku ketenangan di sini...
dan bila sekali-sekala abah pulang dari berjihad mencari nafkah untuk keluarga,...hidup terasa lebih sempurna...Subhanallah..
***
paling gembira bila melihat adik2 meneroka hidup dan dunia di sekeliling mereka...
Allahuakbar...
saya ingatkan bila adik-adik mula meneroka, aya akan lebih banyak melihat hasil yang mereka dapat berbanding usaha dan ikhtiar saya untuk memberikan yang terbaik..tetapi...
yang sebaliknya berlaku...
saya diasak pelbagai soalan yang menjadikan saya terfikir..
"oh..aku juga perlu belajar dan meneroka bersama mereka...
***
soalan dari adik bongsu saya berumur 4 tahun.. (yang memang banyak tanya..)
" Una, TUHAN tu baik kan? macam mana nak tau TUHAN tu baik?"
"sebab apa TUHAN marah bila x solat?"
"sebab apa kita x boleh nampak TUHAN?"
"Una, sebelum Syuhada keluar dari perut mama, syuhada ada kat mana?"
"syurga tu apa?"
***
ALLAHUAKBAR...semua soalan2 ini perlukan masa sayangku...
una x ingin hampakan keinginanmu untuk mengetahui semua itu...
sesungguhnya kaulah bidadari kecil yang ALLAH amanahkan pada kami, mama, abah, una, kak syifa n abang anas untuk diberi makan rohani dan jasmani...
insyaallah...kami bukan yang terbaik..
tapi kami kan cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik untukmu...

wallahualam..

Thursday, November 18, 2010

bagaimana lagi harus dididik??

bismillahirrahmanirrahim...
sekarang saya sudah pun berada di rumah.. alhamdulillah
cuti semester telah bermula...
semua pelajar2 UiTM pasti tersenyum simpul... (^_^)
ketika peperiksaan akhir hampir melabuhkan tirainya,..
tertawa saya tika mendegar perbincangan sahabat2 sekuliah...
masing2 merancang apa yang bakal dilakukan ketika cuti...
bagi sahabat2 semester saya yang bakal menjalani latihan praktikal semester hadapan, ada juga saya terdengar rancangan mereka untuk mempersiapkan diri...
tiba2 salah seorang sahabat saya bertanya,..

"apa perancangan kamu?
bekerja atau rehat sepuas-puasnya sebelum praktikal?"

aduh..baru saya terfikir...saya belum punya apa2 perancangan...
duduk di rumah?
atau mencari kerja sambilan?
tapi, jika direnung semula persoalan sahabat aya tadi,..
~"rehat sepuas-puasnya"~
adakah dengan berada di rumah, tanpa bekerja sambilan, itu dinamakan 'rehat sepuas-puasnya'?
hurm...
bagi saya tidak...
malah, jika di rumah, saya rasa itulah kerja yanglebih berat...
saya bekerja untuk memenuhi tanggungjawab sebagai seorang anak, kakak, sahabat, saudara dan semua..
ya, siapa kata bekerja sambilan saya tidak bekerja untuk itu? ya benar saya belajar...tapi tidak sesungguh-sungguhnya...
saya mungkin hanya melaksanakannya untuk majikan..

tika di rumah.,,saya akui, saya bertanggungjawab besar...
saya bertanggungjawab menghiburkan mama n abah,..
bertanggungjawab juga memudahkan adik-adik..
menggembirakan sahabat2..
mengeratkan ukhwah sesama saudara...dan semuanya...

dan ketika sampai di rumah, saya bahagia melihat..
"oh, adik-adikku dah besar rupanya.."
(macamlah saya sudah terlalu lama x pulang ke kampung..(~_^) )
dan melihat adik-adik membesar seperti ini, saya cepat2 tersedar...

"aku adalah kakak kepada mereka,..kebajikan mereka, tanggungjawabku juga"..

didikan...ya, didikan!!itu yang bermain dalam fikiran saya...
tapi, sejauh mana masa manjadi medan memberi didikan terbaik untuk mereka??
masa untuk mengejar gapaian mereka,..masa melatih diari hidup mereka,..
dan segala-galanya!!
terfikir..
mungkin juga masa boleh mengajar mereka..

tapi,...sebenarnya, itulah yang merisaukan saya..
sejauh mana mereka boleh belajar dari peredaran masa?
sebagai contoh...ketika baru selesai bermain-main dengan adik-adik...
saya 'layan'tv kejap...
aduh...ini yang saya tonton dalam cerita kanak-kanak!..
"budak x guna!!"
"kebenaran x selalunya manis!!"
jahanam!!"
Allahuakbar...saya semakin risau...

jom berusaha membetulkan kembali semua ini...ayuh!..
wallahualam...

Saturday, November 13, 2010

bermuhasabah dalam cinta..

bismillahirrahmanirrahim


****cinta****

cinta??cinta sesama manusia?
cinta lelaki dan wanita??
cinta aku dan dia, ana wa anti, b n cayang??
****
tersenyum saya, malah tergelak seketika saat adik2 bertanya...
"kakak tak nak bercinta? kenapa kakak tolak cinta dia?
kakak anti lelaki?"
adik-adikku sayang....
cinta itu anugerah...malah makhluk ciptaan Tuhan yang sangat indah..
tiap-tiap dari kita ada rasa cinta...
kakak juga punya rasa cinta..
hati mana yang tidak menerima dan menolak cinta?
itu memang fitrah adik-adikku...
tentang persoalan diri kakak tentang cinta..
ada sajak nukilan hati kakak untukmu sekelian,..
**********
cinta,..
bukan aku menolak cinta,..
bukan juga aku tidak punya rasa cinta..
malah,..mana mungkin aku masih di sini jika bukan kerna cinta..
jangan disalah erti tentang cinta itu wahai hatiku..
jangan kau campuri cinta suci dengan nafsu..
nafsu itu perlu,..tapi bukan tanpa kawalan agamaku..
cinta..
mengajar erti hidup..
dengan cinta aku mampu tersenyum, mampu bergelak ketawa kerananya..
tapi, tidak mustahil untuk aku tersedu kerana cinta..
aku mungkin jua lelah..
lelah berfikir untuk menyempurnakan cinta..
walhal cinta itu telah sedia sempurna..
cinta..
antara keluarga, sahabat, muslimin dan muslimat..
tetapi aku tahu,..
persoalan cinta rijal dan hawa lebih gelodak...
lebih meledak di telinga dan mulut-mulut mereka..
apakah aku menolak cinta itu?..
duhai hatiku sayang...jangan lalai...
jaga keterbatasanmu...
aku tidak menolak cinta..tidak juga menafikan cinta...
aku cuma takutkan cinta itu..
aku takut, cintaku pada dirinya melebihi cinta pada TUHANku..
aku takut bila ada cinta padanya,mengalir rindu dalam hatiku..
maka ku takut rinduku padanya melebihi hak yang patut ku rindukan PEMILIKku..
aku takut cintaku pada dirinya mengundang si dia yang ketiga,,
'syaitan yang direjam!..'
cinta..
akan kuterima cinta darinya bila akad atas namaku..
akan kuserah cinta dalam hati ini sepenuhnya..
bersama-sama cintaku pada ILAHI,..
agar cinta yang kusalur itu dalam perhatianNYA..
dan ku harap jua,..
dirinya yang bakal menerima cintaku ini..
punya cinta yang tinggi pada DIA,.PENCIPTA CINTA..
amin..

*********
wallahualam..

Wednesday, November 3, 2010

manusia,..bukan malaikat!!

bismillahirrahmanirrahim...
fb..fb..fb..
jujur, kerap juga saya masuk ke laman sosial itu..seakan ada magnet...
hinggakan ketika detik2 menghadapi peperiksaan akhir pun, masih sempat lagi log in...adess...lalaikah saya..
mungkin...ya..rasanya ya...
Insyaallah...saya cuba kurangkan...x boleh plak nak tinggalkan mengejut...
ramai sahabat saya kat situ.. ;)
hurm...dalam melayari laman sosial tu, saya x nafikan,..
banyak juga yg saya pelajari...
samada yang dipelajari tu benda baik atau buruk,
hanya rasional dan iman menjadi panduan untuk ikut atau tinggalkan...
*****
di laman sosial tu, saya kadang2 jadi agak kaget tatkala melihat sahabat2 yg bergambar melampau-lampau...
maksud melampau pada saya di sini ialah mengendahkan batasan aurat, tak mempedulikan batas perhubungan dengan ajnabi..Subhanallah..
kadang2, bahasa yang digunakan juga agak 'melampau',..
ada juga yang menjadikan laman sosial itu sebagai tempat mencurahkan perasaan..
tempat menukilkan segala aktiviti harian mereka,...
*****
medan fb juga menjadi tempat mengumpulkan sahabat2..
samada yang baru kenal, sahabat lama,..malah yang mencari jodoh pun ada!
ada juga yang menjadikan medan dakwah..Subhanallah...bagusnya,..
kiranya, siapa yg mengatakan laman fb hanya untuk golongan yang mendambakan keseronokan sahaja??
banyak nasiht2 yang saya sendiri selalu terima..
banyak ingatan2 kepada ALLAH yang di'post'kan di situ..
so, terbukti golongan 'orang agama' ini pun turut sama mengikut trend kehidupan millenium tanpa lupa kepada tujuan asas kehidupan- khalifah di bumi TUHAN..
alhamdulillah,..
bercakap soal orang agama..teringat saya pada satu post dalam fb...yg bagi saya sangat menarik untuk direnungkan bersama..

******

"golongan bertudung labuh, orang2 surau, orang2 agama,..mereka manusia..bukan malaikat!"
tajuknya sahaja sudah menarik perhatian...
mulanya saya ingatkan ia berkaitan hal yang tidak sedap didengar oleh golongan disebutkan di atas,..
tapi rupanya,..
seseorang mangingatkan kita bahawa orang2 yang dianggap 'orang agama' ini, tetap seorang manusia...
dia bukan malaikat!!
tiada nas yang mengatakan dengan penampilan sebegitu menjadikan mereka manusia yang maksum..
betul!!
kalau kita perhatikan masyarakat sekarang pun,..mereka seolah-olah takut mendekati golongan yang membawa imej agama ini...
mereka mengelak untuk melaksanakan syariat Islam yakni untuk saling mengingatkan, dengan golongan sebegini..
alasan yang selalu diberi..
"die kan alim,aku ni apalah sangat.."
"eissyy..xkan dia x tau kot.."
habis, mereka itu sempurnakah??tidak pernah melakukan kesilapan??
siapa kita untuk menialai??
siapa kita untuk meletak golongan itu setinggi itu?
*****
justeru, persepsi masyarakat perlu diubah..
takkan bila seseorang yang dianggap 'orang agama' itu sudah melakukan kasalahan,..
kita semua hanya menunding jari!!
ingatkan pada masyarakat bahawa golongan sebegini juga ada possibility untuk melakukan kesalahan,..
malah, jika mereka ini bersalah, kesalahannya akan dianggap lebih besar berbanding orang yang berimej 'biasa-biasa'..
moga orang2 di sekeliling saya juga tidak keberatan menegur dan saling mengingati..
insyaallah..
wallahualam..

Saturday, October 30, 2010

Senyumlah wahai sayang...


~senyum..kepada semua,
senyumanmu amatlah berharga..
senyum..membahagiakan..,
dengan senyuman terjalinlah ikatan.. :)

*****

senyum!!
ya!!itulah kata kunci ketenangan yg lahiriah..
Allahuakbar..indahnya kejadianmu...
pernahkah kita terfikir, betapa hebatnya kurniaan Allah ini??
dengan hanya menggerakkan beberapa otot di muka,..most problem settled!
jiwa kembali tanang,..hati kembali redha..
Subhanallah...
seteruk mana cubaan,..seberat mana dugaan,..
sekali senyuman terukir,segalanya bertukar indah...
mungkin saja jiwa masih bergolak, tapi..
siapa yang dapat menafikan keberkesanan terapi senyum ini?
sekurang-kurangnya kita bisa menjadi lebih tenang dan damai..
Insyaallah...
*****
post sy sebelum ini, kerap kali saya sebutkan tentang ujian..tentang dugaan..
kini saya temui satu lagi penawarnya,..
sangat mujarab menjahit hati yg robek ditusuk jarum2 ujian yang kadangkala melumpuhkan..
redha sebagai hambaNYA,
terima sebaik-baiknya..
berfikir secara waras dengan akal,dan bukan emosi..
lahirkanlah dengan senyuman...
*****
senyum...bukan hanya penawar hati sendiri,
malah mendamaikan jiwa orang2 sekeliling..
ALLAHUAKBAR..
nikmatnya tatkala orang lain senang melihat kita...
terasa damai di hati..
terasa diri benar2 dihargai...
lantas, masalah ditolak ke tepi...
kerana diri terasa masih disayangi...
wallahualam..

Wednesday, October 27, 2010

ujian itu mendamaikan....

Bismillahirrahmanirrahim...
lame btul sy x mencatat sesuatu di blog ni...
dah bersawang agaknye.. ;)
bukanlah tidak ada idea menulis,..
bukan juga tiada keinginan..
cuma tiada kesempatan..
berbagai peristiwa dah pun terjadi dalam diari hidup saya...
dan sesungguhnya itu semua ujian dari ALLAH..alhamdulillah...
bermula dari pemergian insan tersayang yang selama ni menyalurkan kasih sayangnya pada saya sedari kecil...innalillah..
moga ALLAH tempatkan dia di kalangan orang2 yg soleh..amin...
-al fatihah-
******
baikla,...merujuk semula tajuk di atas,...
tentang ujian yang mendamaikan...
bagaimana sebenarnya kita ingin menenangkan hati dengan ujian??
ada adik2 yang mesej pada saya,.."kakak, bagaimana kita mahu menilai bahawa kita benar2 redha dgn ujian?? jika kita sendiri masih samar tentang nilai redha itu, mana mungkin kita akan rasa damai dengan ujian.."
Subhanallah...indah sungguh pertanyaan mu adik...
sungguh engkau benar2 ingin merasa nikmatnya hidup diuji..
alhamdulillah...
jawapan saya mudah...adikku sayang,..untuk kita merasa nikmat dengan ujian, hendaklah kita terlebih dahulu kenal akan setiap ujian...
bagaimana??
kita perlu tahu, apa yg berlaku itu benar2 satu ujian...
lalu ada sahabat2 yg berbincang dalam salah satu sesi tazkirah...
ada yg bertanya,.."kenapa kadang2 dapat dilihat orang yang banyak melakukan dosa tetapi dikurniakan kerahmatan yang berpanjangan?"..
aduh sahabatku, jangan dikau lupa,..
kesenangan dan kemudahan itu juga satu ujian...
jangan hanya menganggap ALLAH hanya menurunkan ujian pada hambaNYA dalam bentuk kesusahan..
kesenangan menguji sejauh mana kita bertahmid mensyukuri kurniaan ALLAH..
kalau kita memahami konsep ujian,pasti kita x pernah leka...
kerana ujian itu sentiasa ada,..
dan sesungguhnya, ujian itu mendamaikan...
kerana itu tanda kita dalam perhatianNYA..
wallahualam
..

Sunday, September 26, 2010

DIA perancang terbaik...

"aku yakin!!pasti!!"
"nanti ble da besar nanti..."
"kejap lagi kite pergi ye..saye janji"
.............
kenapa kita terlalu pasti?
adakah kita benar2 pasti?
.....
sememangnya kita disuruh yakin dengan diri sendiri..
kita perlu yakin dgn hala tuju hidup kita...
tapi, bagaimana pula jika ALLAH menetapkan sesuatu yg berbeza dr apa yg kita rancang dan inginkan?
adakah kita perlu kecewa?
adakah kita perlu pasrah sepenuhnya?
.........
dalam dunia sekarang, segalanya mungkin..
jom lihat sdikit pandangan dari beberapa perspektif...
melihat situasi anak2 muda sekarang..
berapa ramai yg sedang melalui fasa pekerjaan or pembelajaran yg mereka cita2 kan dari kecil??
situasi arena sukan..
berapa banyak pasukan bola sepak yg menepati ramalan dalam pertandingan...
Chelsea,..Arsenal,..Spurs...semuanya kalah...
siapa yg menjangka akan jd begini??
melihat persoalan jodoh...
berapa ramai yg berkahwin dengan org yg mereka cintai sebelum kahwin?
dan, berapa ramai juga yg dapat melalui bahtera perkahwinan hingga akhir hayat seperti yg diinginkan??
...........
kadangkala hai terdetik...
kenapa patut jadi begini..
kenapa bukan begitu??
kenapa harus aku??
kenapa bukan dia??
............
tapi tiba2 terfikir...
adakah ini satu rungutan??
adakah ini rasa x puas hati dgn TUHAN??
bolehkah aku begini??
...........
(-_-)

Sunday, September 19, 2010

menghapus sawang2 selepas beraya...

bismillahirrahmanirrahim...
saat sy menulis blog ni.,dah pun masuk syawal ke 10...
lame jugak sy x update blog ni...
Alhamdulillah setelah sekian lame x de mood n xde masa utk update, timbul ilham untuk menulis semula...
...
Ramadhan dah pun berlalu...
harapnya, semoga diberi peluang lagi bertemu dgn Ramadhan akan datang..Insyaallah...
bercakap tentang berlalunya Ramadhan, tersentuh hati saya tatkala ada antara sahabat2 saya..yg masih muda belia..menitiskan air mata tatkala mahu berpisah dgn penghulu segala bulan itu..
Masyaallah..kagum saya dibuatnya...
kata mereka..itulah bulan yg ditunggu2 saban tahun..
bukan mereka menidakkan keberkatan dan rahmat yg terkandung dlm bulan2 Islam yg lain,..
cumanya..Ramadhan itu terlalu istimewa...
bukan juga tidak gembira menyambut Syawal...
tp Ramadhan benar2 istimewa...Subhanallah...
alangkah mulianya hati sahabat2 sy itu...
berebut2 mengejar fadhilat Ramadhan hingga berasa sedih utk melepaskan ia pergi...
...
ada juga satu peristiwa di mana salah seorang shabat sy di kampung mengatakan dia x gembira menyambut Syawal..kerana Ramadhan berlalu pergi...
cepat2 sy teringatkan pesan sahabat saya di kampus kepada sahabat yang seorang lag...
"kalau ALLAH menjadikan kedatangan Syawal itu sebagai sia2, ALLAH x akan menjadikannya langsung..maka, bergembiralah menyambut kedatangan Syawal.."
Subhanallah...
...
sepajang tempoh saya x menulis post di sini juga, saya sebenarnya melalui kehidupan yang penuh ragam...
ada yang suka, ada duka..
ada yang dilalui bersama beramai2..ada juga yg terpaksa dilalui seorang diri..
pendek kata,..setiap langkah dalam kehidupan ini makin mencabar ditambah lagi dgn ujian2 dr ALLAH yang tidak lain mematangkan dan menguji iman kepadaNYA.. Subhanallah...
...
walau apapun,..hidup itu indah jika kita nikmati dengan sebetulnya...
hidup itu anugerah x ternilai jika kita gunakannya sebagai peluang mendapatkan tiket kelas utama di akhirat kelak..wallahualam..

Saturday, August 21, 2010


tik tok tik tok...bunyi jam...
hurm..cepat sungguh kan?? (^_^)
saya sendiri kadang terperanjat...dlm x sedar, kita melangkah ke waktu yang baru.. dan ketika itulah timbul satu demi satu penyesalan..
penyesalan yang x pernah sudah...Subhanallah...
bila kita melangkah meninggalkan waktu, ia sesuatu yang lebih banyak baik dari buruknya...tapi kalau kita ditinggalkan waktu, ummm..
bila sesuatu dah pun terjadi,..sesuatu yang kita x jangkakan akan terjadi...tapi sesuatu itu benar2 terjadi...kerap akan kita dengar,..anak-anak muda belia berkata.."why is life so complicated?"
actually, btul ke life ni sgt2 complicated?
atau, adakah kita sendiri yang menjadikannya begitu complicated?
ALLAH S.W.T. menegaskan, Islam itu indah dan mudah..
so, think wisely...siape yang menjadikan keadaan itu susah?
adakah ia benar2 susah seperti yang kita fikirkan...

kehidupan...
ia satu lumrah jika kita rasa gelisah...
lumrah juga jika kita rasa sedih, gembira, atau kadang2 tu blur!
then, ape yang harus kita buat?
btul ke cara kita tenangkan diri selama ini? cuba kita fikir balik, ape yang kita akan buat bila kita dilanda musibah atau ujian...
menangis? meratap? termenung? atau yang lebih kerap lagi, menyalahkan orang lain?
cuba fikirkan pula, siapa kita? siapa kita untuk menyalahkan takdir?
kita terlalu sempurna?? kita x pernah bersalah??
jujur..
saya sendiri akan menangis bila ditimpa masalah..saya juga kadang2 menyalahkan orang lain...dan sekarang, ada sahabat2 yang mula mempersoalkan apa yang saya persoalkan tadi..Subhanallah...malu saya...malu pada sahabat2..malu pada diri sendiri..dan paling panting, malu pada Ya Rabb...
sungguh mudah kita leka dan alpa..hingga kadang2 tanpa kita sedar,kita melebihi hak kita sebagai seorang hamba...Allahuakbar!
jadi sekarang, apa perlu dilakukan..??
jom!
kita sama2 berubah...menjadi seorang hamba yang redha...
ya,,..! redha!
satu perkataan yang sering saya ungkapkan dalam blog ini...
and to reaafirm lagi, saya juga suka ungkapkan satu ayat ni,..samada dalam blog, ataupun dalam kehidupan sebenar,... REDHA IS THE BEST WAY..COZ, THERE WILL BE A TRUE HAPPINESS.. (^_^)

Saturday, August 14, 2010

rahsia 13 rukun solat...


ini perkongsian baru dari saya..
saya sendiri baru tahu mengenainya..
Subhanallah...moga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah..
Insyaallah...wallahualam...

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Sunday, August 8, 2010

kata-kata semangat sahabat...



bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah...
sepanjang perjalanan hidup saya,antara perkara paling saya syukurkan ialah semangat sahabiah di sekeliling saya.. Allahuakbar..
seperti yg dapat saya coretkan di sini, sepanjang minggu ini banyak sekali peristiwa yang mengguris hati, dan menguji kasabaran saya dan sahabat2..
rasanya, x perlulah saya coretkan di sini apa permasalahan itu..kerana mungkin membuka aib orang lain..nauzubillah..
cuma mungkin, boleh saya katakan permasalahan yang timbul berkaitan hubungan sesama manusia..dan ada sedikit permasalahan berkaitan iman yang hampir tergelincir dari landasan..wallahualam..
walaubagaimanapun,dalam kekalutan bertindak..dalam kealpaan meratapi permasalahan, saya dapat menilai satu perkara..
ia membuat saya betul2 bersyukur dan rasanya belum cukup ungkapan tahmid sebagai tanda mensyukuri nikmat ALLAH yang satu ini..
nikmatnya dalam bersahabat..Subhanallah..
tika setiap satu permasalahan ingin dirungkai,..hadir sahabat2...
sentiasa bersama...memberi semangat dan buah fikiran menyelesaikannya.. Allahuakbar..
aku bersukur YA ALLAH..
ENGKAU telah kurniakan aku dengan sahabat2 yang x pernah sunyi dari kata-kata peransang..x pernah sunyi dari semangat ukhwah..ENGKAU telah berikan kepadaku sahabt2 yang sentiasa bersama-sama denganku walau dalam susah dan senang..terima kasih YA ALLAH..
masih saya ingat, satu malam,..tika kebanyakan permasalahan hampir kepada penyelesaian,..kita duduk bersama..mulanya hanya sekadar untuk mengalas perut bersama..
tiba satu satu saat salah seorang sahabat mula memuji sahabat yang lain...dan bermula detik itu, kita sama-sama meluahkan isi hati...
dan yang paling saya banggakan,..kita jujur berbicara...
setiap orang saling meluahkan..saling memuji dan saling memperbetulkan..
tiada siapa yang terguris..malahan kita akhirnya sama2 saling mengagumi..
kita sama2 menangis, sama2 ketawa..dan, apa yang pasti...
kita akan sama2 merindui...
Subhanallah...tidak ternilai nikmat yang ENGKAU anugerahkan ini...
kau berikanlah aku kekuatan menghadapi saat di mana kami x bisa bertemu...
kuatkan hati ini dalam menahan gelodak rindu pada sahabat2 ku ini...
dan, saya sentiasa berdoa, agar hubungan persahabatan ini, ukhwah ini...kekal berpanjangan dan sentiasa dalam rahmat ALLAH.. insyaallah..amin..

Saturday, July 24, 2010

kisah anak solehah...

ni kisah anak solehah...
subhanallah...
hati ni teringin nak jadi macam ni...
tapi bila...
Insyaallah...
kita berdoa harap2 kita diberi peluang, hidayah dan iman sekuat ini..amin...

Saat aku mengandung putriku, Afnan, ayahku melihat sebuah mimpi di dalam tidurnya. Ia melihat banyak burung pipit yang terbang di angkasa. Di celah burung-burung tersebut terdapat seekor merpati putih yang sangat cantik, terbang jauh meninggi ke langit. Maka aku bertanya kepada ayah tentang tafsir dari mimpi tersebut. Maka ia memberitahu ku bahawa burung-burung pipit tersebut adalah anak-anakku, dan sesungguhnya aku akan melahirkan seorang gadis yang bertakwa. Ayahku tidak menyempurnakan tafsirnya, sementara akupun tidak meminta tafsir tentang maksud mimpi tersebut.

Kemudian, aku melahirkan putriku, Afnan. Ternyata dia benar-benar seorang gadis yang bertakwa. Aku melihatnya sebagai seorang wanita yang solehah sejak kecil. Dia tidak pernah mahu mengenakan seluar, tidak juga mengenakan pakaian pendek, dia akan menolak dengan keras, padahal dia masih kecil. Jika aku mengenakan gaun pendek padanya, maka dia juga akan memakai seluar panjang.




Afnan sentiasa menjauhkan diri dari perkara yang dimurkai Allah. Ketika kanak-kanak dia menolak pergi ke tempat-tempat permainan, atau ke pesta-pesta. Dia adalah seorang gadis yang berpegang teguh dengan agamanya, menjaga sholatnya, dan sunnah-sunnahnya. Tatkala dia meningkat remaja, mulailah dia berdakwah kepada agama Allah. Dia tidak pernah melihat sebuah kemungkaran kecuali dia mengingkarinya, dan memerintah kepada yang ma’ruf dan senantiasa menjaga maruah dan auratnya.



Permulaan dakwahnya kepada agama Allah adalah permulaan masuk Islamnya pembantu kami yang berbangsa Sri Lanka.

Ibu Afnan melanjutkan ceritanya:

Tatkala aku mengandung putraku, Abdullah, aku terpaksa mengambil seorang pembantu untuk mengasuhnya ketika ketiadaanku, kerana aku adalah seorang karyawan. Dia beragama nasrani. Setelah Afnan mengetahui bahawa pembantu tersebut bukan seorang muslim, dia marah dan mendatangiku lalu berkata: “Wahai ummi, bagaimana dia akan menyentuh pakaian-pakaian kita, mencuci piring-piring kita, dan mengasuh adikku, sedangkan dia adalah wanita kafir?! Aku bersedia untuk berhenti sekolah, dan menjaga ibu dan adik selama 24 jam, dan janganlah menjadikan wanita kafir sebagai pembantu kita!!”

Aku tidak memperdulikannya, kerana memang keperluan terhadap pembantu tersebut amat mendesak. Hanya dua bulan setelah itu, pembantu tersebut mendatangiku dengan penuh kegembiraan sambil berkata: “Mama, aku sekarang menjadi seorang muslimah, kerana jasa Afnan yang terus mendakwahiku. Dia telah mengajarkan kepadaku tentang Islam.” Maka akupun sangat gembira mendengar khabar baik ini.

Pada satu ketika, pakciknya memintanya hadir dalam pesta pernikahannya. Dia memaksa Afnan untuk hadir, jika tidak maka dia tidak akan meredhakannya sepanjang hidupnya. Akhirnya Afnan bersetuju atas desakan pakciknya itu, dan juga kerana Afnan sangat mencintai pakciknya itu.
Afnan bersiap untuk menghadiri pernikahan itu. Dia mengenakan sebuah gaun yang menutupi seluruh tubuhnya. Dia adalah seorang gadis yang sangat cantik. Setiap orang yang melihatnya akan terkagum dengan kecantikannya. Semua orang kagum dan bertanya-tanya, siapa gadis ini? Mengapa engkau menyembunyikannya dari kami selama ini?

Setelah menghadiri pernikahan pakciknya, Afnan diserang penyakit kanser tanpa kami ketahui. Dia merasakan sakit yang teramat sakit pada kakinya. Dia menyembunyikan rasa sakit tersebut dan berkata: “Sakit ringan di kakiku.”

Sebulan setelah itu dia menjadi pincang, saat kami bertanya kepadanya, dia menjawab: “Sakit ringan, akan segera hilang insya Allah.”

Setelah itu dia tidak mampu lagi berjalan. Kamipun membawanya ke rumah sakit.

Selesailah pemeriksaan dan diagnosa yang sudah semestinya. Di dalam salah satu ruangan di rumah sakit tersebut, sang doktor berbangsa Turki mengumpulkanku, ayahnya, dan pamannya. Hadir pula pada saat itu seorang penterjemah, dan seorang perawat yang bukan muslim. Sementara Afnan berbaring di atas ranjang.

Doktor memberitahu kami yang Afnan terkena serangan penyakit kanser di kakinya, dan dia akan memberikan 3 suntikan kimo yang akan menggugurkan seluruh rambut . Akupun terkejut dengan berita ini. Kami duduk menangis. Adapun Afnan, saat dia mengetahui berita tersebut dia sangat gembira dan berkata “Alhamdulillah… alhamdulillah… alhamdulillah.” Akupun mendekatkan dia di dadaku sementara aku dalam keadaan menangis. Dia berkata: “Wahai ummi, alhamdulillah, musibah ini hanya menimpaku, bukan menimpa agamaku.”

Diapun bertahmid memuji Allah dengan suara keras, sementara semua orang melihat kepadanya dengan keadaan tercengang!!

Aku merasa diriku kecil, sementara aku melihat gadis kecilku ini dengan kekuatan imannya dan aku dengan kelemahan imanku. Setiap orang yang bersama kami sangat terkesan dengan kejadian ini dan kekuatan imannya. Adapun penterjemah dan para perawat, merekapun menyatakan keislamannya!!

Berikutnya adalah perjalanan dia untuk berubat dan berdakwah kepada Allah.

Sebelum Afnan memulai pengubatan dengan bahan-bahan kimia, pamannya meminta gunting untuk memotong rambutnya sebelum gugur akibat pengubatan. Dia menolak dengan keras. Aku cuba untuk memberinya pengertian agar memenuhi keinginan pamannya, akan tetapi dia menolak seraya berkata: “Aku tidak ingin terhalangi dari pahala bergugurannya setiap helai rambut dari kepalaku.”

Kami (aku, suami dan Afnan) pergi untuk pertama kalinya ke Amerika . Saat kami sampai di sana, kami disambut oleh seorang doktor wanita Amerika yang sebelumnya pernah bekerja di Saudi selama 15 tahun. Dia boleh berbicara bahasa Arab. Saat Afnan melihatnya, dia bertanya kepadanya: “Apakah engkau seorang muslimah?” Dia menjawab: “Tidak.”

Afnanpun meminta kepadanya untuk pergi bersamanya menuju ke sebuah kamar kosong. Doktor wanita itupun membawanya ke salah satu ruangan. Setelah itu doktor wanita itu menghampiriku sambil kedua matanya berlinangan air mata. Dia mengatakan bahwa sesungguhnya sejak 15 tahun dia di Saudi, tidak pernah seorangpun mengajaknya kepada Islam. dan di sini datang seorang gadis kecil yang mendakwahinya. Akhirnya dia masuk Islam melalui Afnan.

Di Amerika, mereka memberitahu bahawa tidak ada ubat baginya kecuali memotong kakinya,karena ditakuti kanser tersebut akan merebak sampai ke paru-paru dan akan mematikannya. Tetapi Afnan sama sekali tidak takut, yang dia takutinya adalah perasaan kedua orang tuanya.

Pada suatu hari Afnan berbicara dengan salah seorang temanku melalui Messenger. Afnan bertanya kepadanya: “Bagaimana menurut pendapatmu, apakah aku akan menyetujui mereka untuk memotong kakiku?” Maka dia cuba untuk menenangkannya dengan mencadangkan kaki palsu sebagai gantinya. Maka Afnan menjawab dengan satu kalimat: “Aku tidak memperdulikan kakiku, yang aku inginkan adalah mereka meletakkanku di dalam kuburku sementara aku dalam keadaan sempurna. ” Temanku tersebut berkata: “Sesungguhnya setelah jawapan Afnan, aku merasa kecil di hadapan Afnan, Aku tidak memahami sesuatupun, seluruh fikiranku saat itu tertuju kepada bagaimana dia nanti akan hidup, sedangkan fikirannya lebih tinggi dari itu, iaitu bagaimana nanti dia akan mati.”

Kamipun kembali ke Saudi setelah pembedahan kaki Afnan, dan tiba-tiba kanser telah menyerang paru-paru!!

Keadaannya sungguh kritikal, lalu mereka meletakkannya di atas ranjang, dan disisinya terdapat sebuah tombol. Hanya dengan menekan tombol tersebut maka dia akan tersuntik dengan jarum bius dan jarum infus.

Di rumah sakit tidak terdengar suara adzan dan keadaannya seperti orang yang koma. Tetapi hanya dengan masuknya waktu shalat dia terbangun dari komanya, kemudian meminta air, kemudian wuduk dan sholat, tanpa ada seorangpun yang membangunkannya!!

Di hari-hari terakhir Afnan, para doktor memaklumkan kami bahawa tidak ada gunanya lagi ia di rumah sakit. Sehari atau dua hari lagi dia akan meninggal. Aku ingin dia menghabiskan hari-hari terakhirnya di rumah ibuku.

Di rumah, dia tidur di sebuah kamar kecil. Aku duduk di sisinya dan berbicara dengannya.

Pada suatu hari, isteri pamannya datang menjenguk. Aku katakan bahwa dia berada di dalam kamar sedang tidur. Ketika dia masuk ke dalam kamar, dia terkejut kemudian menutup pintu. Akupun terkejut dan bimbang terjadi sesuatu pada Afnan. Maka aku bertanya kepadanya, tetapi dia tidak menjawab. Maka aku tidak mampu lagi menguasai diri, akupun pergi kepadanya. Saat aku membuka kamar, apa yang kulihat membuatku tercengang. Saat itu lampu dalam keadaan dimatikan, sementara wajah Afnan memancarkan cahaya di tengah kegelapan malam. Dia melihat kepadaku kemudian tersenyum.

Dia berkata: “Ummi kemarilah, aku mau menceritakan sebuah mimpi yang telah kulihat.”
Kukatakan: “(Mimpi) yang baik Insya Allah. ”

Dia berkata: “Aku melihat diriku sebagai pengantin di hari pernikahanku, aku mengenakan gaun berwarna putih yang lebar. Engkau dan keluargaku, kalian semua berada disekelilingku. Semuanya berbahagia dengan pernikahanku, kecuali engkau ummi.”

Akupun bertanya kepadanya: “Bagaimana menurutmu tentang tafsir mimpimu tersebut.”

Dia menjawab: “Aku menyangka, bila aku meninggal, dan mereka semua akan melupakanku, dan hidup dalam kehidupan mereka dalam keadaan berbahagia kecuali engkau ummi. Engkau terus mengingatiku, dan bersedih atas pemergianku.”

Benarlah apa yang dikatakan Afnan. Aku sekarang ini, saat aku menceritakan kisah ini, aku menahan sesuatu yang membakar dari dalam diriku, setiap kali aku mengingatinya, akupun bersedih atasnya.

Pada suatu hari, aku duduk dekat dengan Afnan, aku dan ibuku. Saat itu Afnan berbaring diatas ranjangnya kemudian dia terbangun. Dia berkata: “Ummi, dekatlah kepadaku, aku ingin menciummu.” Maka diapun menciumku. Kemudian dia berkata: “Aku ingin mencium pipimu yang kedua .” Akupun dekat kepadanya, dan dia menciumku, kemudian kembali berbaring di atas ranjangnya. Ibuku berkata kepadanya: “Afnan, ucapkanlah la ilaaha illallah.”

Kemudian dia menghadapkan wajah ke arah qiblat dan berkata: “Asyhadu allaa ilaaha illallaah.” Dia mengucapkannya sebanyak 10 kali. Kemudian dia berkata: “Asyhadu allaa ilaaha illallahu wa asyhadu anna muhammadan rasuulullaah.” Dan keluarlah rohnya.

Maka kamar tempat dia meninggal di dalamnya dipenuhi oleh aroma minyak kasturi selama 4 hari. Aku tidak mampu untuk tabah, kelurgaku takut akan terjadi sesuatu terhadap diriku. Maka merekapun menyembur kamar tersebut dengan aroma lain sehingga aku tidak bisa lagi mencium aroma Afnan. Dan tidak ada yang aku katakan kecuali alhamdulillah rabbil ‘aalamin.

Friday, July 23, 2010

kasih sayang...

kisah ini sebenarnya saya salin dr salah satu blog yang saya lawat...
subhanallah...syahdunya...
jom kita sama2 hayati...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada
aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang
menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket
seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar
melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata
ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah
sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang
aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah
tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata
itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku
gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun
airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi
perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.
Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun
adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi
kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap
aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya
lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan
aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran
belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung
pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu
di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita
cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah
dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya
dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa
yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana
persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat
membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik
tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.
Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di
atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang
tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya
cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas
dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya
memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik
berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa
sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.
Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku
cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku
kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak
peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok
ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya
luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil
dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang
masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk
bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah
ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis
sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda
sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki
ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada
saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan
apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan
menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap
adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Saturday, July 10, 2010

ujian ALLAH itu mematangkan..

bismillahirrahmanirrahim...
redha..
istilah tepat bagi perjalanan pengembara pada hari ini..
saya berdepan pelbagai masalah manusia...
dari sekecil-kecil masalah..
hingga yang merumitkan..
Subhanallah..
tapi, saya lebih tertarik dengan topik utama yang dibincangkan hari ni..
dan permasalahan ini memerlukan satu jalan sebagai penyelesaian,..
redha!!...
saya mulanya tertarik dengan persoalan jodoh seorang sahabat...
hatinya pedih tatkala apa yang dirancang dibatalkan mentah-mentah..
malahan, dia dipaksa pula mengikut perancangan yang lain..
perancangan dari keluarga yang secara tiba-tiba..
perancangan yang sememangnya tersimpang jauh dari perancangan asal..
ya,..dia kecewa..dia sedih..dia memberontak pada mulanya..
tapi, saya jadi kagum...
dia hanya tersenyum...Subhanallah...
dia sedar batas sebagai seorang anak..anak perempuan pula...
yang nikahnya, berwalikan bapanya..
dia kini hanya mampu berdoa..
moga2 apa yang terjadi selepas ini sememangnya yang terbaik untuknya...
mengharap Allah membuka pintu hatinya menerima..
dan sentiasa memohon pada Pencipta supaya memudahkan segala urusannya..
dan menunjukkan padanya jalan terbaik..
Subhanallah..
dan dalam kekalutan itu pula,dia diuji lagi..
diuji lagi dengan kegagalannya dalam peperiksaan semester akhir...
Allahuakbar..dia tetap tersenyum...
menganggap semua itu terkandung hikmah disebaliknya..
malah dia berbangga..kerana Allah s.w.t. memilih dirinya untuk diuji sebegitu rupa...
dan menerima semua ujian itu sebagai tanda kasih Allah padanya..
saya kagum...saya kagum pada kebesaran Allah...
betapa Dia bisa mengurniakan kekuatan pada hati lembut seorang wanita seperti dia..
Ya Allah...aku doakan agar sahabat ku ini mendapat khabar berita gembira tentang kehidupannya di akhirat kelak..Insyaallah..amin...
ya, redha..!! itulah jawapan dan kata kunci hatinya..
Subhanallah..agungya penciptaan Mu...

Friday, July 2, 2010

Salam perkenalan...

Bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah..Allah memberi sy ruang dan kesempatan utk membina blog ini..
tujuan terciptanya blog ini bukan lah sekadar utk menunjuk-nunjuk, ataupun utk menghabiskan masa..tapi sebagai salah satu ruang atau medan utk kita sama2 berkongsi pengetahuan di atas bumi Tuhan ini, Insyaallah...
saya ini hanya makhluk Allah yg masih mencari-cari sinar dalam hidup ini..mencari di mana letaknya tangkai hati yang selalu tunduk dan patuh pada Allah, mencari sehampar iman yang sentiasa redha terhadap qada' dan qadarNya..
Insyaallah..
blog ini sebagai salah satu cara untuk saya dan sahabat2 sama2 belajar dan mengembara mencari kebenaran..
jadi, ringan2kan lah diri sahabat untuk berkongsi perkara2 yang baik,..untuk kita sama2 belajar dan bermuhasabah diri..syukran,..
oh, sebelum terlupa,..!
~MUHASABAH CINTA~ itu bukanlah bermaksud saya mencari cinta di sini...
emm..ya!! saya mencari cinta!!
Cinta pada Allah Maha Esa..
harap sahabat2 dapat membantu...
(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...