bismillahirrahmanirrahim...
fb..fb..fb..
jujur, kerap juga saya masuk ke laman sosial itu..seakan ada magnet...
hinggakan ketika detik2 menghadapi peperiksaan akhir pun, masih sempat lagi log in...adess...lalaikah saya..
mungkin...ya..rasanya ya...
Insyaallah...saya cuba kurangkan...x boleh plak nak tinggalkan mengejut...
ramai sahabat saya kat situ.. ;)
hurm...dalam melayari laman sosial tu, saya x nafikan,..
banyak juga yg saya pelajari...
samada yang dipelajari tu benda baik atau buruk,
hanya rasional dan iman menjadi panduan untuk ikut atau tinggalkan...
*****
di laman sosial tu, saya kadang2 jadi agak kaget tatkala melihat sahabat2 yg bergambar melampau-lampau...
maksud melampau pada saya di sini ialah mengendahkan batasan aurat, tak mempedulikan batas perhubungan dengan ajnabi..Subhanallah..
kadang2, bahasa yang digunakan juga agak 'melampau',..
ada juga yang menjadikan laman sosial itu sebagai tempat mencurahkan perasaan..
tempat menukilkan segala aktiviti harian mereka,...
*****
medan fb juga menjadi tempat mengumpulkan sahabat2..
samada yang baru kenal, sahabat lama,..malah yang mencari jodoh pun ada!
ada juga yang menjadikan medan dakwah..Subhanallah...bagusnya,..
kiranya, siapa yg mengatakan laman fb hanya untuk golongan yang mendambakan keseronokan sahaja??
banyak nasiht2 yang saya sendiri selalu terima..
banyak ingatan2 kepada ALLAH yang di'post'kan di situ..
so, terbukti golongan 'orang agama' ini pun turut sama mengikut trend kehidupan millenium tanpa lupa kepada tujuan asas kehidupan- khalifah di bumi TUHAN..
alhamdulillah,..
bercakap soal orang agama..teringat saya pada satu post dalam fb...yg bagi saya sangat menarik untuk direnungkan bersama..
******
"golongan bertudung labuh, orang2 surau, orang2 agama,..mereka manusia..bukan malaikat!"
tajuknya sahaja sudah menarik perhatian...
mulanya saya ingatkan ia berkaitan hal yang tidak sedap didengar oleh golongan disebutkan di atas,..
tapi rupanya,..
seseorang mangingatkan kita bahawa orang2 yang dianggap 'orang agama' ini, tetap seorang manusia...
dia bukan malaikat!!
tiada nas yang mengatakan dengan penampilan sebegitu menjadikan mereka manusia yang maksum..
betul!!
kalau kita perhatikan masyarakat sekarang pun,..mereka seolah-olah takut mendekati golongan yang membawa imej agama ini...
mereka mengelak untuk melaksanakan syariat Islam yakni untuk saling mengingatkan, dengan golongan sebegini..
alasan yang selalu diberi..
"die kan alim,aku ni apalah sangat.."
"eissyy..xkan dia x tau kot.."
habis, mereka itu sempurnakah??tidak pernah melakukan kesilapan??
siapa kita untuk menialai??
siapa kita untuk meletak golongan itu setinggi itu?
*****
justeru, persepsi masyarakat perlu diubah..
takkan bila seseorang yang dianggap 'orang agama' itu sudah melakukan kasalahan,..
kita semua hanya menunding jari!!
ingatkan pada masyarakat bahawa golongan sebegini juga ada possibility untuk melakukan kesalahan,..
malah, jika mereka ini bersalah, kesalahannya akan dianggap lebih besar berbanding orang yang berimej 'biasa-biasa'..
moga orang2 di sekeliling saya juga tidak keberatan menegur dan saling mengingati..
insyaallah..
wallahualam..
No comments:
Post a Comment