bismillahirrahmanirrahim...
redha..
istilah tepat bagi perjalanan pengembara pada hari ini..
saya berdepan pelbagai masalah manusia...
dari sekecil-kecil masalah..
hingga yang merumitkan..
Subhanallah..
tapi, saya lebih tertarik dengan topik utama yang dibincangkan hari ni..
dan permasalahan ini memerlukan satu jalan sebagai penyelesaian,..
redha!!...
saya mulanya tertarik dengan persoalan jodoh seorang sahabat...
hatinya pedih tatkala apa yang dirancang dibatalkan mentah-mentah..
malahan, dia dipaksa pula mengikut perancangan yang lain..
perancangan dari keluarga yang secara tiba-tiba..
perancangan yang sememangnya tersimpang jauh dari perancangan asal..
ya,..dia kecewa..dia sedih..dia memberontak pada mulanya..
tapi, saya jadi kagum...
dia hanya tersenyum...Subhanallah...
dia sedar batas sebagai seorang anak..anak perempuan pula...
yang nikahnya, berwalikan bapanya..
dia kini hanya mampu berdoa..
moga2 apa yang terjadi selepas ini sememangnya yang terbaik untuknya...
mengharap Allah membuka pintu hatinya menerima..
dan sentiasa memohon pada Pencipta supaya memudahkan segala urusannya..
dan menunjukkan padanya jalan terbaik..
Subhanallah..
dan dalam kekalutan itu pula,dia diuji lagi..
diuji lagi dengan kegagalannya dalam peperiksaan semester akhir...
Allahuakbar..dia tetap tersenyum...
menganggap semua itu terkandung hikmah disebaliknya..
malah dia berbangga..kerana Allah s.w.t. memilih dirinya untuk diuji sebegitu rupa...
dan menerima semua ujian itu sebagai tanda kasih Allah padanya..
saya kagum...saya kagum pada kebesaran Allah...
betapa Dia bisa mengurniakan kekuatan pada hati lembut seorang wanita seperti dia..
Ya Allah...aku doakan agar sahabat ku ini mendapat khabar berita gembira tentang kehidupannya di akhirat kelak..Insyaallah..amin...
ya, redha..!! itulah jawapan dan kata kunci hatinya..
Subhanallah..agungya penciptaan Mu...
No comments:
Post a Comment