Saturday, December 18, 2010

kahwin,..untuk mengelakkan zina?

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...segalanya lancar...
apa yang saya gentarkan sudah dapat dilalui...
latihan praktikal di sebuah firma kontraktor...
walaupun baru 2 hari, belum mesra kata orang...
tapi alhamdulillah...saya suka saat ini..
ia mengajar saya tentang erti kehidupan...
sukakan kehidupan bukan bererti kita memiliki kehidupan kita!
kerana kadang-kadang kita juga akan menerima arahan dalam kehidupan sendiri...
justeru, saya belajar bahawa untuk menghargai kehidupan yang saya miliki ialah dengan menerima kehidupan atau cara hidup ini seadanya,...
usah mengharap lebih andai tidak mampu...
inilah yang sesuai dengan kita..kehidupan ini untuk kita..
syukurlah...alhamdulillah...
(^__^)

*******

pada esok hari pula, dua orang saudara saya akan melangsungkan pertunangan dengan pilihan hati masing2...alhamdulillah..
berita baik juga untuk minggu ini... (^_^)
insyaallah, x lama lagi mereka akan melangsungkan perkahwinan...
amin...

********

pabila bercakap soal perkahwinan, saya tertarik tentang satu perkara..
saya mula tersedar akan hal ini apabila terbaca mengenai persediaan untuk berkahwin dalam buku motivasi "aku terima nikahnya"
penulis ada menekankan tentang maksud di sebalik perkahwinan itu sendiri..
pada mulanya beliau mempersoalkan tentang alasan 'orang-orang zaman ini' ingin berumah tangga...
kebanyakkannya mengatakan kami berkahwin untuk mengelakkan zina...
berkahwin = mengelakkan zina???
adilkah perkahwinan diletakkan pada tahap itu?
sedangkan kita semua tahu...

berkahwin adalah satu perkara yang besar..
perlu ada tanggungjawab, kesabaran, dan yang paling penting persefahaman...
kerukunan rumah tangga ini lah yang me'mantop'kan rumah tangga itu...
insyaallah...
sesetangah pihak yang lebih pakar ada menegaskan, sebuah perkahwinan itu perlu ada kekuatan dan ketabahan...
justeru, jika di awal peringakat perhubungan, yakni saat sebelum diijabkabul, kita memberi alasan bahawa perkahwinan itu bagi mengelakkan kita melakukan zina...
di mana kekuatan individu itu sendiri??
sedangakan dia sendiri takut ditewaskan nafsunya....
apalagi mengemudi kapal dan belayar di alam rumah tangga...
jadi, bagi pihak saya sendiri, saya setuju dangan frasa yang mengatakan
'kita berkahwin kerana kita benar2 telah bersedia untuk berkahwin'..
jadi, konklusinya??...hurmm...

bukan saya mengatakan alasan itu salah sepenuhnya...tidak!!
cuma, ia tidak kukuh...
bukan itu tujuan utama perkahwinan... tepuk dada tanya iman...

********

pandangan tentang perkahwinan dari yang belum berkahwin... (~__^)
moga bermanfaat...moga dibetukan jika tersalah...
sekadar pandangan..
wallahualam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...