bismillahirrahmanirrahim
****cinta****
cinta??cinta sesama manusia?
cinta lelaki dan wanita??
cinta aku dan dia, ana wa anti, b n cayang??
****
tersenyum saya, malah tergelak seketika saat adik2 bertanya...
"kakak tak nak bercinta? kenapa kakak tolak cinta dia?
kakak anti lelaki?"
adik-adikku sayang....
cinta itu anugerah...malah makhluk ciptaan Tuhan yang sangat indah..
tiap-tiap dari kita ada rasa cinta...
kakak juga punya rasa cinta..
hati mana yang tidak menerima dan menolak cinta?
itu memang fitrah adik-adikku...
tentang persoalan diri kakak tentang cinta..
ada sajak nukilan hati kakak untukmu sekelian,..
**********
cinta,..
bukan aku menolak cinta,..
bukan juga aku tidak punya rasa cinta..
malah,..mana mungkin aku masih di sini jika bukan kerna cinta..
jangan disalah erti tentang cinta itu wahai hatiku..
jangan kau campuri cinta suci dengan nafsu..
nafsu itu perlu,..tapi bukan tanpa kawalan agamaku..
cinta..
mengajar erti hidup..
dengan cinta aku mampu tersenyum, mampu bergelak ketawa kerananya..
tapi, tidak mustahil untuk aku tersedu kerana cinta..
aku mungkin jua lelah..
lelah berfikir untuk menyempurnakan cinta..
walhal cinta itu telah sedia sempurna..
cinta..
antara keluarga, sahabat, muslimin dan muslimat..
tetapi aku tahu,..
persoalan cinta rijal dan hawa lebih gelodak...
lebih meledak di telinga dan mulut-mulut mereka..
apakah aku menolak cinta itu?..
duhai hatiku sayang...jangan lalai...
jaga keterbatasanmu...
aku tidak menolak cinta..tidak juga menafikan cinta...
aku cuma takutkan cinta itu..
aku takut, cintaku pada dirinya melebihi cinta pada TUHANku..
aku takut bila ada cinta padanya,mengalir rindu dalam hatiku..
maka ku takut rinduku padanya melebihi hak yang patut ku rindukan PEMILIKku..
aku takut cintaku pada dirinya mengundang si dia yang ketiga,,
'syaitan yang direjam!..'
cinta..
akan kuterima cinta darinya bila akad atas namaku..
akan kuserah cinta dalam hati ini sepenuhnya..
bersama-sama cintaku pada ILAHI,..
agar cinta yang kusalur itu dalam perhatianNYA..
dan ku harap jua,..
dirinya yang bakal menerima cintaku ini..
punya cinta yang tinggi pada DIA,.PENCIPTA CINTA..
amin..
*********
wallahualam..
No comments:
Post a Comment