Wednesday, December 19, 2012

bertutup belum tentu tertutup..

Bismillahirrahmanirrahim...

"Jujur, saya yang terasa malu bila melihat wanita-wanita Muslim yang berpakaian tapi mengikut bentuk badan...

dan saya jadi lebih malu bila terpandang sendiri mata lelaki yang memerhatikan setiap lekuk bayangan tubuhmu wahai sabahat bidadari...

kita lantang membicara soal maruah...
tapi sekarang, siapa yang menjatuhkan maruah siapa?..

tolonglah..
saya merayu...
bertutup pastikan tertutup.. bukan berbalut.."


ya.. itu yang saya luahkan di laman facebook..
ia lahir terus dari hati...

sedih...
saya sungguh-sungguh sedih..

cuba anda bayangkan bila anda berada di tempat saya..
bersungguh-sungguh menarik baju yang ditiup angin.. bimbang ternampak apa yang tak patut..
betul-betul tak mahu terzahir apa yang perlu dilindung..
tapi,..
sampainya saya ke tempat yang dituju,.. Masyaallah...
tak berbaloi saya berusaha habis-habisan menutup..
letih rasanya memastikan setiap pergerakan tak menzahirkan bentuk badan..
tiap titik peluh saya menahan panas memakai setiap lapisan pakaian, bagai telah kalian sia-siakan..

ALLAH...
apa yang saya lindung, kalian pamerkan..
apa yang saya tutup, kalian tayangkan..
jadi, apa lagi yang tinggal..
mereka-mereka yang memandang tetap tahu apa yang tersembunyi tu..

malu saudari-saudari,..malu..

saya tak merungut..
saya tak kisah berpanas..
saya tak kisah bersusah sedikit..
tapi yang saya kisahkan, mana saya nak letak malu ni?..

tolonglah ye...
saya merayu...


wallahualam..

Wednesday, December 12, 2012

Dear ladies..

Bismillahirrahmanirrahim..

We, girls, keep on complaining...

"That man stares at me!"
"Those boys keep on disturbing me!"
"Take action on them (boys)!"


ehem..ehem..
"You take care of yourself!"

go... stand in front of the mirror..
do you covering what you have to cover?
did you do what you have to?

ladies,
we can't stop them!
They are created to be like that..
if we can't stop them, at least we can block them..
their sight especially...
Insyaallah...


wallahualam..

Wednesday, December 5, 2012

nikmat sebuah kesakitan..

Bismillahirrahmanirrahim...

setiap hari, malah sejak akhir-akhir ini, kita sering berhadapan keadaan cuaca tak menentu.. sekejap panas, sejuk, hujan, ribut, kering..
dan dalam situasi ini, bagi mereka-mereka yang kurang kuat antibodinya, mulalah ada simptom-simptom yang 'kurang enak'..
ada sahaja sakit dan kurang sihatnya..


bila badan kurang sihat, mulut memainkan peranan..
haaa..macam mana mulut mainkan peranan agaknya tu??

"adoi laaa... tak laratnyaa... sakit nyaaa..."
"Subhanallah.. sakitnya..."

kita akan cakap apa yang kita rasa..apa yang terlintas.. apa saja yang kita fikir..
perasan atau tak, masa tu baru kita ingat ALLAH?
ingat, sungguh-sungguh ingat!
cuma mungkin ada dua situasi berbeza dalam ingat pada ALLAH ketika sakit ni..
ada yang ingat sebab mohon disembuhkan segera..
ada jugak yang ingat sebab, menyalahkan takdir..nauzubillah..

harapnya yang membaca post ini janganlah tergolong dalam golongan yang menyalahkan takdir ya..
ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita..
bila DIA takdirkan sakit, maka sakit itu yang terbaik untuk kita..
sabarlah dalam menanti ibrah dari setiap takdir ALLAH..
ada manis di hujung penantian itu, pasti!

mungkin kita boleh mengambil atau mengutip sedikit ibrah yang nyata dalam aturanNYA menakdirkan (kata akar:takdir) kita jatuh sakit..
kerana kita 'pergi' terlalu jauh dari DIA...

ya, ALLAH itu sentiasa dekat.. dan DIA lebih dekat dengan kita berbanding urat tengkuk kita sendiri.. (rujuk surah Qaf, 50:16)
masalahnya, kita yang selalu menjauh...
tertipu dengan asyik dunia... terlupa pada DIA, Kekasih Setia..

maka ditakdirkan kita sakit, salah satu sebabnya untuk mendekatkan semula jarak yang terbina..
antara kita dan DIA...
~aturan sempurna~

jadi lepas ni, jangan cepat sangat mengeluh bila jatuh sakit.. semak semula diari diri..
mungkin kita memang makin menjauh..
wallahualam...

Saturday, November 17, 2012

A LITTLE HOPE..

Bismillahirrahmanirrahim..











Insyaallah.. Palestine will be free!!

#PrayForGaza

Thursday, November 15, 2012

Sungguh aku rindu...

Bismillahirrahmanirrahim..

wahai muslimahku sayang..
jaga dirimu sebaiknya..
hati ini hancur luluh memerhatikan kalian rebah seorang demi seorang..
menangis mata ini menyaksikan sehelai demi sehelai lapisan kain penutupmu dibuka..
resah jiwa ini memandang sedikit demi sedikit perisai malumu diturunkan..
sakit telinga ini mendengarkan satu demi satu aibmu dibicarakan..

daku rindukan kalian yang sungguh-sungguh mencintai dan dicintai TUHAN..
cukup-cukuplah terbuai..
sanjungan mereka atas keterbukaanmu itu bukan sebenar-benar sanjungan...
bukankah kita telah berjanji di alam roh dulu?
berjanji setia untuk meniti laluan kehidupan dengan penuh keimanan..
kita pasak cita-cita bersama.. terlupakah kalian?..
cita-cita kita untuk menjadi ketua bidadari di syurga TUHAN?..

tolonglah muslimahku...
aku rindu kalian...kalian yang berjanji setia denganku dulu...

*aku juga sedang membaiki diriku.. kita mula semula sama-sama ya..


Saturday, October 20, 2012

tutup...balut...

Bismillahirrahmanirrahim..

Beberapa hari lepas...selepas bertweet dengan beberapa orang sahabat, saya post kan satu status di facebook berbunyi "ada banyaaaaaak beza antara tutup dan 'balut' aurat...renung-renungkan yee.."

Rupanya ia menarik minat seorang lecturer saya, Cik Teh Zahariah untuk respon.. dan Cik Teh ada mention pasal BOTTOM LINE...

Bottom line
ia berkenaan status saya tu..
bottom line antara tutup dan balut aurat..
ada lagi satu bottom line.. tapi bottom line yang 'sedikit' tersembunyi..
antara hidup dan mati..
tika hidup kita TUTUP aurat, bila mati kita akan BALUT aurat..
betul kan?..



so, renung-renungkan dan selamat beramal..
wallahualam..


Monday, October 8, 2012

Optimis~!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..kita masih punya masa membaca post ini.. yang pasti, kita semua mencari-cari ilmu DIA.. kalau tak, takkan kita sedang membaca sekarang, kan? Insyaallah.. sedikit perkongsian..

pernah atau tidak, timbul rasa was-was dan tidak puas hati dengan takdir ALLAH pada kita? jujur.. saya yakin, ada yang menggeleng, tapi hati mengatakan sebaliknya..
kerap malah hampir saban waktu kita protes terhadap sesuatu..

1-seseorang datang, menasihati malah memarahi kita tentang sesuatu..berkaitan agama.. tapi kita sendiri nampak tempangnya agama si penasihat.. kita geram!!

2-kita usaha, doa dan kemudian tawakkal.. mengharap bersungguh-sungguh pada DIA.. hasilnya kita tidak berjaya..kita hampa, itu lumrah..kemudian kita tidak berpuas hati..ada yang lebih berjaya, tapi usaha dia tu cuma..........

3-kita jaga peribadi, jaga iman, jaga agama.. taat segala suruhanNYA.. kita sabar, tabah dan redha segala ketentuanNYA.. sampai satu saat, kita tersedar.. kita tertinggal nun jauuuuh di belakang.. kita rasa ketinggalan.. kita cuba bangkit! ternyata, kebangkitan kita tak menjadi..kita kecewa.. lalu kembali menjadi yang asal, seorang yang tertinggal..

4-beremosi.. semua orang hanya mahukan kehendak mereka dipenuhi..apa kita tak punya hak? kita juga mahu bersuara..kita juga mahu tentukan jalan cerita hidup ini.. kenapa mereka semua tak memahami??!!


Subhanallah...
pernah dengar tentang optimis?
ia berkait rapat dengan berfikiran positif.. sentiasa bersangka baik dan berharap pada perkara-perkara positif yang mungkin berlaku.. walaupun permulaan sebuah kebaikan itu datangnya dari bentuk kesusahan mahupun rasa tidak puas hati..

pernah atau tidak kita tekankan pada diri tentang optimis pada TUHAN? pada saya, sikap optimis pertama sekali perlu dibentuk dalam diri ialah optimis pada ALLAH.. kebetulan pulak, naqibah menekankan tentang optimis pada TUHAN ini dalam bulatan cinta baru-baru ni.. tergerak hati saya untuk berkongsi di sini..

terjumpa satu ayat di celah-celah ayat cinta DIA,,:

"Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya ALLAH tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan." -Surah Hud (11:115)

see?? ALLAH suruh kita bersabar.. banyak lagi ayat dalam lembaran kitab cinta ini.. tapi ini salah satunya yang menekankan untuk kita bersabar, dan dalam masa yang sama menyedari hakikat bahawa ALLAH sangat prihatin dan peka dengan amalan kita.. Subhanallah..♥

baik, saya ada listkan beberapa situasi di atas.. nampak seperti tiada apa yang serius.. malah seperti tidak berkait dengan 'optimis' yang dibincangkan..
biar saya jelaskan..

1-bila kita tak optimis pada TUHAN, kita akan rasa ada yang tak kena dengan teguran itu.. kita melihat kepada si penasihat, penegur atau pe'marah' itu..
seseorang yang sentiasa optimis dengan ALLAH akan melihat dari pandangan berbeza.. dia dengan lapang hati menerima bahawa ALLAH telah menghantar wasilah, yakni melalui si penegur itu, untuk menegur dia.. pasti kita tidak sedar kita terleka seketika, maka ALLAH ingatkan dengan cara begitu (^_^)

2-bila ALLAH tak memberi sesuatu, bukanlah bermakna ALLAH kejam pada kita.. dan bila dia yang usahanya hanya biasa-biasa berbanding kita, mendapatkan sebuah kejayaan, bukanlah bermakna ALLAH salah menilai dan mengurnia.. bak kata naqibah saya, ALLAH tak memberi sebab DIA tahu kita tak perlu.. kita mahu, tak bermakna kita perlu.. so, be optimistic!

3-mudah sangat putus asa! ALLAH dah didik kita supaya sentiasa berada di jalanNYA.. dah betul dah sebenarnya.. kemudian, ALLAH 'ketuk' kita sikit..untuk beri kesedaran bahawa, pergerakan kita terlalu perlahan,.. bukanlah DIA mahu kita rasa ketinggalan.. DIA mahu kita kejar yang di depan.. bila ALLAH sudah 'ketuk', kenapa masih mahu mengalah? ALLAH percaya pada kita untuk maju, kenapa tidak kita juga percaya?
sweet kan ALLAH? ♥ DIA didik kita dengan cara penuh istimewa..

4-tolonglah mengerti..bukan kita tak punya hak di dunia.. bukan juga kita memang ditakdirkan untuk sentiasa menjadi pak turut dalam setiap situasi.. optimislah pada ALLAH.. DIA sedang memberi kita peluang..perhatikanlah mereka-mereka itu.. belajar sesuatu.. ALLAH bukannya tidak memberi kita ruang.. DIA sedang mempersiapkan kita.. bersedialah, masa untuk giliran kita bangkit akan tiba, Insyaallah..

percayalah..setiap satu yang berlaku ada 'sesuatu' yang ingin dianugerahkan oleh DIA, Pencinta paling romantik ♥ bukankah salah satu ayat cintaNYA mengatakan "..kamu tidak mengetahui, sedangkan ALLAH maha mengetahui."

cuba bayangkan, seekor ulat beluncas yang kita semua geli, kita semua tak ingin dekati, tetap tabah dan bersungguh-sungguh menjalani kehidupannya.. kerana apa? dia optimis ada sesuatu yang menyebabkan dia dihidupkan di sini.. lihatlah! dia dimuliakan kerana sentiasa bertasbih memuji ALLAH,..dan hidupnya pula diakhiri sebagai seekor rama-rama yang indah.. ALLAHU ALLAH ♥

wallahualam...

Wednesday, September 12, 2012

Balas balik perbuatan dia..!

Bismillahirrahmanirrahim...

selalu saja dalam kehidupan, terjadi pertelingkahan, salah faham juga pergaduhan.. tak kira kecil atau besar isunya.. ia sangat tegang..

saya sendiri sering mengalami.. apa yang cuba disampaikan disalah erti..ada pihak terasa..maka berlaku satu situasi di mana masing-masing mempertahankan diri..
sebenarnya, dalam situasi sebegini, perlu ada pihak yang mengalah..
ingat, mengalah bukan bererti kalah!..

kadangkala kita akan menemui titik kemenangan dalam diam seribu.. Insyaallah.. yang benar pasti akan terus benar..

andai api di hamburkan api.. maka ia akan menjadi rumpun yang marak..
andai api disiram air, ia akan mendesis..tapi akhirnya api akan terpadam..
andai api dibiarkan saja tanpa memberi apa-apa bahan peransang kebakaran..ia akan malap dan padam jua akhirnya..

sama saja antara kita..
jika ketegangan dibalas dengan ketegangan..masalah tidak selesai malah makin parah..
jika ketegangan dibalas dengan kedamaian, ketegangan itu mungkin memuncak..tapi ia pasti akan merudum memenangkan perdamaian..
jika ketegangan itu dibiarkan sahaja, ia nampak tidak akan selesai..tapi Insyaallah segalanya pasti akan kembali aman..

wallahualam..

Tuesday, September 4, 2012

pilihanmu?

Bismillahirrahmanirrahim...

tertarik dengan satu situasi..

***
A : weh, aku ada masalah ni.. hang boleh mai tolong aku tak?
B : ya ka?..astaghfirullah..hang kat mana? sat lagi aku sampai..

A : thanks la bro.. kalau tak dak hang, memang abih la aku tadi..
B : no prob laa.. itu la gunanya kawan.. small matter la..

***
A : abang, tolong mak sat.. mak nak masak ni, tak cukup bahan..sat lagi ayah hang nak balik makan..
B : laa mak ni... abang baru nak rehat.. suruh la adik nu..
A : kan panas ni, kesian la adik..dia naik basikal.. abang naik motor ok sikit.. bukan jauh mana pun kedai tu..
B : haa tau pun tak jauh mana kedai tu.. boleh ja naik basikal.. naik motor pun kena panas lagu tu jugak la.. suruh adik nu.. abang penat ni..
***

see?? ini cuma satu situasi kecil... banyak lagi situasi lain, yang seangkatan dengan apa yang saya cuba gambarkan ini.. lebih sebulan saya di rumah.. menjadi peneman setia mama.. dalam masa sama memerhati sekeliling.. meneroka perkembangan kampung halaman sendiri, mengamati perubahan adik-adik, menyelami tangkai hati insan-insan tercinta di rumah.. inilah antara situasi yang dapat saya tangkap, situasi yang paling jelas..
bukanlah saya pointkan pada sesiapa..tidak.. ini secara general..


“Janganlah kamu berkata kepada keduanya (ibu bapa) dengan perkataan ‘ah’ dan janganlah pula kamu mengherdik mereka. Bercakaplah kepada mereka dengan perkataan yang mulia.” (Surah al-Isra’, ayat 23)


ya!
saya mengaku dan bersetuju..betapa pentingnya dan Islam juga menekankan supaya kita menjaga hubungan sesama manusia.. ukhwah fillah katanya.. baik, betul tu..
tapi, dengan manusia mana yang patut kita utamakan?
antara kawan dan ibu, siapa lebih utama?

banyak yang berlaku, bila dengan kawan, kita sampai sanggup ketepikan ego diri.. bersusah payah menjaga hati.. nyah dahulu kemahuan hati, asal kawan tidak menjauh dan terasa hati dengan kita.. depan kawan, kadang pijak semut pun tak mati.. semut siap ketawa geli-geli..

bila dengan mak sendiri.. mak suruh sikit, cebik.. mak berleter sikit, bentak.. mak mintak tolong sikit, ada saja alasannya.. habis bergelak ketawa di luar, balik melepaskan ammarah di rumah.. ada saja yang tak kena.. kononnya mak kenalah faham kita.. dia kan mak..

haih..mak tak ada perasaankah? apa tanggungjawab mak hanya untuk jaga perasaan anak-anak kah? jagaaaa sampai dia tiada, tak pun anak pergi dulu sebelum dia?
percayalah, mak tak mintak lebih dari kita.. cukuplah kita sejukkan hati mak dengan menjadi anak soleh/solehah di matanya..
sejuuk hati..sejuk juga perut mengandungkan..

jangan hanya nak menyesal bila sudah tiada..masa tu, semua dah tak guna..

wallahualam..

Sunday, July 8, 2012

merindukan pelukan kasih...

Bismillahirrahmanirrahim..

sedang asyik mengerah tenaga dan minda untuk peperiksaan esok, tiba-tiba emosi bagai diganggu.. rindu pada keluarga mungkin.. dah lama sebenarnya.. sejak seminggu...
macam biasa, rutin menelefon keluarga diteruskan tapi sejak seminggu lepas rutin itu di'perhebat'kan lagi ;)
tadi, baru saja sekejap tadi..usai solat isyak..semak notification di fb.. semak juga beberapa inbox yang ada setelah fb tidak dilayan sejak sebelum maghrib *OhLamaKe? :)
ada seorang hamba ALLAH memberi peringatan dan pesanan berkaitan kanak-kanak..
membaca dengan rasa yang biasa..~~
usai menyemak semua tu, kembali menelaah..kononnya....
tiba-tiba fikiran menerawang..jauuuh ke masa silam..satu kenangan..
pengalaman sebagai guru ganti..walau cuma sebulan.. tapi, Subhanallah.. *speechless

tiap pagi, mama akan hantar ke sekolah.. sampai saja di pagar sekolah, sudah ada mata-mata yang memandang dan bibir-bibir mengukir senyuman..
sabar ye anak-anak...teacher buat u-turn kejap..
buka saja pintu kereta... "teacher!!!"
Subhanallah.. mereka teruja sungguh...
saban hari begitu..
mereka menunggu teacher yang seorang ni datang, tanpa jemu..
kadang dihadiahkan pelukan suci di pagi hari.. ALLAH.. rindu~~

dalam perhimpunan, kami menjeling-jeling dan mengenyit-ngenyit mata..
heheh..main-main ye!
ada juga yang tertangkap kerana ketawa besar ketika perhimpunan sehingga terganggu pengacara dan penyampai pengumuman..
tapi, mereka-mereka di sekeliling tak sedar..teacher ni la punya angkara.. hehe.. sorry ye sesayangss..

masa untuk masuk ke kelas, mengajar... terpaksa melalui kelas-kelas lain..
"teacher, nanti masuk kelas kami naa!!"..ok sayangss ^__^
sampai ke kelas yang dituju.. tak perlu terburu-buru.. heheh..
hulur saja kepala di muka pintu.. beri satu senyuman...
serentak... "TEACHER!!!!" mereka berlari berpusu-pusu..
tolong angkatkan barang kononnya.. heheh *adorable sungguh anak-anakku

sesi pembelajaran..macam biasa...
mengikut sukatan------->> di 20 minit pertama... :P
kemudian,... "ok class! simpan buku tu.. kita buat activity baru hari ni!"
kami bermain, menyanyi, berzikir, berzanji, melukis, bercerita, malah pernah juga makan-makan... hehehe.. semua orang happy..
termasuk teacher juga happy...
di akhir kelas, macam biasa, akan ada tazkirah ringkas..
saat itulah yang menyebabkan teacher dapat gelaran baru.. 'ustazah teacher una'..
tapi tak apa..teacher tak kisah..panggillah apa saja.. teacher terima ^__^

waktu rehat, teacher jarang ke kantin.. saja.. lebih suka di bilik guru..
semak-semak buku, sukatan guru, gunting kad untuk permainan baru...
"tok tok tok!" bunyi cermin tingkap di belakang teacher di ketuk..
teacher tak pusing pun.. teacher dah tersenyum dah..
"teacher!...teacher buat apa tu? teacher bawak gula-gula tak hari ni? teacher nak ajar apa kejap lagi?"... soalan demi soalan.. saja nak tarik perhatian..
hehehe (^__^) ye sayangss.. meh teacher jawab semua tu..nah! ambil gula-gula ni.. pergi masuk kelas, pastikan semua orang sedia ya..

bila tiba waktu balik, teacher tersenyum menerima lambaian di sepanjang jalan..
Subhanallah.. hati teacher tersentuh wahai sesayangss..

teringat lagi pada satu sesi.. teacher masuk sebagai guru ganti..
maka, tak ada sukatan untuk dilaksana.. kita bermaharajalela..
teacher cuba penuhi permintaan setiap seorang anak.. ada yang minta nasihat, ada yang minta dipeluk, ada yang minta dilukiskan sesuatu dalam buku.. ada juga yang minta untuk lukis bersama-sama..
so, target pertama kita------->>papan hitam!!
penuh!
banyak juga bakat terpendam ye...(^__^)
tak cukup papan hitam, sesayangss minta pula A4 paper..
kita lukis sama-sama.. teacher bagi masa 15 minit saja.. sebab baki 10 minit seterusnya ada tazkirah macam biasa..
semua orang melukis.. siap ada yang lukis teacher lagi..hehehe.. thank you <3 <3
2 3 orang anak pemulihan duduk bersama teacher..
melukis bersama..dan hasilnya..

biar tak cantik..kita tahu, ia ada nilai ^__^

sesi tazkirah hujung waktu itu, kita semua saling berpelukan..
ada juga air mata yang tak dapat ditahan..
moga menjadi anak soleh dan beriman ye sesayangss..

hari terakhir**
Subhanallah.. terlalu kuat pelukan dari kalian..
tertanggal pin tudung teacher..
basah baju teacher dengan esakan..
kalian kejam, tahu tak?? kalian biarkan teacher tinggalkan kalian dalam hati tak tenang..
ada permintaan yang belum tertunai..dan, ada perkataan yang menghiris perasaan..
"teacher datang mengajar sini balik ye.."
"teacher tak sayang kami lagi??"

Subhanallah.. masih terasa pelukan kasih kalian, wahai sayang-sayangku..
Ya ALLAH, KAU bukakanlah pintu hati anak-anakku ini.. semoga mereka senang menerima pelajaran..
KAU teguhkanlah langkah kaki mereka.. semoga menjadi golongan yang mantap iman..
aamiin..

wallahualam..

Saturday, June 30, 2012

kakak punya cint♥, mama..

Bismillahirrahmanirrahim...

permukaan sejadah dipandang kosong... sepi...~~~

lantas tangan mencapai telekung, mengangkat takbir dan berlagulah bait-bait indah diiringi pergerakan mendamaikan...
bahagia..tenang...
sujud terakhir manjadi lama..sayang.. terasa sayang meninggalkan rutin ini.. lalu hati berbisik memohon diberi peluang mengerjakannya lagi..
wirid dibaca sayu.. tika tangan diangkat menghadap kiblatNYA yang satu, hati semakin sayu... segalanya diluahkan.. memohon keampunan..
memohon ampun padaNYA kerana diri manusia hina.. hati terlampau rapuh..iman sering luntur..luntur dengan kotoran dunia...
ada masanya, hati cepat merasa lelah dan putus asa..hanya dengan dugaan yang sedikit cuma... Subhanallah.. sungguh, diri ini berdosa..
linangan mutiara dari kelopak mata menjadi iringan permohonan..memohon..mengharap belas dan kasihNYA yang tak pernah padam atau kurang...

lama merenung permukaan sejadah..bukan lagi kosong..kini penuh makna~~
seka air mata...
tangan menggapai pula kalamNYA.. dibuka lembaran demi lembaran.. Subhanallah.. terlalu banyak pesanan.. cuma diri tidak sedar.. lalai.. lupa.. leka..
mutiara itu gugur lagi...
ambil peluang melagukan kalamMU, Subhanallah.. hati terasa sayu.. terasa begitu dekat denganMU...
membina semula kekuatan di sebalik rekahan semangat yang makin parah.. ALLAH.. KAU Maha Memahami rahsia hati..

sejadah dan telekung disimpan rapi..hati masih sayu..lalu tangan mula menggapai telefon di penjuru ruang.. "MAMA CAYANG".... call...~~~

Subhanallah... terasa panas lagi pipi ini.. dibasahi mutiara jernih yang asyik melimpah tanpa henti.. sungguh bahagia dan tenang... nikmat kasih MU tak bertepi...
sangat terkesan dengan "sabar kakak, kembali pada ALLAH.. DIA yang tetapkan semua yang berlaku.. pasti ada hikmah.."

(~__~)

Kaulah cinta hatiku, ALLAH... aku cintakanMU...♥

wallahualam..

Sunday, June 17, 2012

Kaulah cinta hatiku...

Bismillahirrahmanirrahim...

dalam hikmah mengembara di bumi TUHAN..terjumpa sesuatu yang menyiat-nyiat tangkai hati.. sesuatu yang mengingatkan, walaupun diri sering merasa sunyi, masih ada yang sayang dan memerhati.. Subhnallah..

saya copy ini hasil dari blogwalking ke blog sahabat..
-----------------********-----------------------

Betapa sayangnya ALLAH pada kita sehingga di dalam Al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNYA ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju perhantian abadi..

Kenapa aku diuji?

"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'Kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang yang dusta"
~Surah Al-Ankabut: 2-3


Kenapa aku tidak dapat apa yang diidam-idamkan?


"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
~Surah Al-Baqarah: 216


Kenapa ujian seberat ini?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
~Surah Al-Baqarah: 286


Rasa sedih?

"Janganlah kamu bersedih, sesungguhnyaALLAH bersama kita"
~Surah At-Taubah: 40


Bagaimana harus aku menghadapinya?

"wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"
~Surah Ali-Imran: 200

"dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
~Surah Al-Baqarah: 45


Apa yang aku dapat dari semua ini?

"sesungguhnya ALLAH telah membeli dari seorang mukmin diri, harta merek,a dengan memberi syurga untuk mereka"
~Surah At-Taubah: 111


Kepada siapa aku berharap?

"cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada TUHAN selainNYA. hanya kepadaNYA aku bertawakkal"
~Surah At-Taubah: 129


AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir"
~Surah Yusuf: 12

wallahualam..
nota: update rasa cinta ♥♥♥♥


Saturday, June 9, 2012

inginku kongsikan...

Bismillahirrahmanirrahim...

kongsi..

bila berbicara mengenai kongsi, takkan terlepas dari terbayang betapa rancaknya satu sesi perkongsian.. tak kiralah mengenai apa sekalipun..berkongsi rasa, cerita, perasaan...semua la!

tapi, ada saatnya, memendam itu lebih perlu..
tak semua perkara perlu dikongsi pada semua..
mungkin diam itu sebaik-baik cara..
atau, muhasabah semula..
kita lebih banyak berkongsi pada sesama manusia, atau pada YANGA ESA?



wallahualam..

Friday, May 18, 2012

bantal busuk

Bismillahirrahmanirrahim...

bantal busuk?? apa signifikan saya jadikan bantal busuk sebagai tema dan tajuk post kali ni???

hehe...

siapa yang pernah punya bantal busuk??atau yang masih mempunyai bantal busuk??? haa..baik mengaku.. majoritinya mesti ada kan?? saya?? ermm.. tak ingat..rasanya tak ada..
ok ok.. berbaik pada tujuan asal menulis..

saya ingin mengajak semua untuk renungkan sejenak..ingat kembali..
bagaimana hubungan kita dengan bantal busuk satu ketika dulu??
saya cuba bayangkan** (^__^)
melihat situasi sekeliling.. adik saya juga pernah dan masih punya bantal busuk..
cumanya, dia tidak se'ekstrim' mana..hehe..

apa yang dapat saya perhatikan.. bantal busuk dan tuan bantal ni ibarat pasangan kekasih..heh?
ke mana nak berdua..
tak ada bantal busuk, tidur jadi tak lena..
bila mak curi-curi basuh bantal busuk, tuannya merajuk..
sudahnya, makan tak kenyang, mandi tak basah.. haiihh..
parah jadinya..
bila terpaksa ke mana-mana yang menghalang tuan bantal untuk bawa bantal busuknya bersama, resah!..
mulalah berkelakuan tak menentu..
gelisah tak kena gaya..
bila malam tiba, jadi lebih gundah gulana ^_^

tapi, nama pun bantal busuk kan?? wangi kah??
dicium-cium dan digomol-gomol asal peluangnya ada..
bila nak tidur, ditepek di atas muka..
kalau orang lain dari jauh lagi dapat hidu 'aroma'nya, si tuan bantal tak bau apa-apakah??
jawab si tuan bantal "bau tu yang sedap tuu.." pulakk (-__-")

******
so, apa ironinya??

boleh atau tidak, saya katakan seorang tuan bantal telah menjadikan bantal busuknya itu sebagai tempat kebergantungannya?
sesuatu yang kita bergantung padanya, kita akan dapatkannya tak kira apa pun halangan kan?
kita akan berusaha sedaya upaya asal ia berada dalam genggaman kita..
kita terima buruk baiknya..kan??

jadi apa salahnya kalau kita cuba aplikasikan konsep yang sama dalam menjadikan ALLAH sebagai tempat bergantung yang mutlak..
apa yang nak dibuat, ingat ALLAH..
apa yang ingin dilaksanakan atau diusahakan, niatkan kerana ALLAH..
niatkan untuk mendapat perhatian ALLAH..
betuuul..memang ada sesetengah perkara dirasakan susah..banyak halangan..
tapi, tak bolehkah kita berusaha dan menerima semua itu dengan gagah perkasanya*(",) demi ALLAH??
kalau bantal busuk yang 'aroma'nya lebih busuk dari tahap normal busuk pun kita boleh terima, asal ia bantal busuk..
takkan lah sedikit ujian dan kesusahan tak boleh diredah, asal ia demi ALLAH?

contoh mudah.. dalam menutup aurat..
ya,,..Malaysia panas.. berpeluh-peluh sampai masam baunya di tengah terik pakai baju berapis-lapis..
tak nak pakai baju besar, sebab?? tak cantik..
dipandang jelik orang sekeliling..
eh, ni utamakan ALLAH atau pandangan makhluk ni???
tak bolehkah tanamkan dalam diri.. "tak pa aku panas sikit kat dunia, jangan panas di neraka.."
"orang lain tak suka tak pa.. asal ALLAH suka"..
ha, kan molek macam tu... (^_^)

********
apa konklusinya??
kalau dah bantal busuk kita jadikan pergantungan sampai macam tu sekali..
dengan bau-bau pun sanggup kita tahan lagi..
takkan lah dengan ALLAH pun kita tak boleh buat macam tu??
malu la...
jangan lupa, bantal busuk tu pun ALLAH yang bagi tau..


wallahualam...
nota: menulis sambil menahan mengantuk petang..bantallah jadi subjeknya.. ^_^

Sunday, May 13, 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

tak pernah miss hadiahkan sesuatu untuk hari ibu saban tahun..
selalunya dalam bentuk kebendaan atau layanan istimewa..
tapi, kak x sempat nak buat or dapatkan semua tu tahun ni..

cuma,
Alhamdulillah.. ALLAH aturkan tarikh besar untuk hidup kakak dalam waktu hari ibu masih diraikan..
ya, tiap-tiap hari ialah hari ibu..
tapi hari ni, setiap tahun, kakak cuba realisasikan setiap satu impian mama..

untuk tahun ni, terimalah hadiah ni dari kakak..


luv u sooo much..

aku ingin jadi kamu...

Bismillahirrahmanirrahim...

selalu sangat kita ucap..
"untungla kau...tak macam aku.."
"ehm..best la hang.. aku ni apa ada.. :("


saya mengaku, saya pun selalu cakap macam tu... tanpa dirancang, kita selalu melihat kehidupan orang lain.. membanding-bandingkan dengan kehidupan kita, nampak banyak sangat kurangnya..dan, kita mula mengeluh..
kita nampak, alangkah bahagianya kalau kita juga punya apa yang dimiliki mereka-mereka di sekeliling kita...

pernah sekali, saya terasa sunyi..
amat sunyi...
sahabat-sahabt semua ada urusan masing-masing.. keluar..
tinggal saya dengan seorang sahabat saja di rumah..
puas saya luahkan pada ALLAH.. saya cari hati saya..
saya tahu, DIA ingin mengajar saya sesuatu hari tu..
saya tahu saya salah..
cemburu melihat 'kebahagiaan' sahabat-sahabat..

saya hampiri sahabat saya yang sedang leka ber-fb sambil bermesej di telefon bimbit..
saya masih sunyi..
kami melayan perasaan masing-masing..
dia dengan fb nya, saya dengan.........khayalan saya.. tak pasti apa yang saya fikirkan..
masih mencari jalan keluar dari sunyi..

sahabat saya perasan saya mengelamun..
"bakpo ni Anis?.. dok pikir gapo?"tanyanya.. (dengan slanga Kelantan)
"tak de pape.. entah.. sunyi..rasa kosong sangat" jawab saya..
kami teruskan aktiviti kami semula...

"Anis, Anis ni bakpo? jangan oyak Anis jeles tengok kami".."Anis rasa sunyi sebab Anis tak dok gewe eh??" si sahabat tiba-tiba bersuara..
" eh, mana ada.. bukanlaa..ehmm.. entahlaa.. mungkin jugak.. tapi, ishh... tak mau-tak mau!! Auzubillah.."
dia berkata lagi.."Anis, bagi orang, Anis bertuah sangat..orang jeles dengan Anis.. Anis tak patut jeles dengan kami.."
saya.."eh??"
"Anis nampak kami semua ni bahagia, ada teman sembang, ada teman kongsi perasaan.. Anis tak de semua tu.. kalau Anis nak tahu, itu la yang jadikan Anis bertuah..."
"hati Anis terjaga..hati Anis ada ALLAH.."
"syukurlah Anis,..bersyukur Anis tak jadi macam kami ni.. kami nak sangat berubah, nak stop dari semua ni.. nak kembali.. tapi susah! sekali dah terlibat dengan couple-couple semua ni, susah sangat nak keluar.."
"si dia dah tahu banyak benda tentang diri kami.. nak tak nak, kami kena jaga hubungan ni baik-baik supaya kami betul-betul boleh bersama dengan dia, Insyaallah.. kalau kami bukan dengan dia, rugilah kami.. kesian jugak dengan suami kami.. ada orang lain yang lebih awal tau tentang kami sebelum dia"
"dan kami tahu, perhubungan ni semua dosa.. (~__~)"
"hati Anis cuma ada ALLAH and family..kami.."
"syukurlah Anis.. kami semua teringin jadi macam Anis"
..
***************
Subhanallah.. (~__~) tak terucap...
Alhamdulillah..
aku bersyukur KAU ingatkan aku tentang betapa bertuahnya aku..

***************

itu cuma cerita kecil..bukan niat menceritakan tentang kisah sendiri, cuma ada perkara dan point yang perlu di highlight di sini..
MERASA BAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN KITA ADALAH SATU PILIHAN.. TERPULANG PADA KITA UNTUK MENGHARGAINYA..

wallahualam..

Friday, May 4, 2012

love story~~~

Bismillahirrahmanirrahim.. everybody have their own love story, and the best is under HIS blessing.. Insyaallah...
wallahualam.. note: i'm not in a 'jiwang' mood.. just, saying and delivering what my heart want to say..

Saturday, April 21, 2012

siapa awak di mata dia..dan siapa dia..???

Bismillahirrahmanirrahim..

dewasa ni, saya sangat-sangat tertarik untuk membicarakan soal cinta remaja.. kerana apa?..ke mana saja saya pergi.. apa jua yang saya lakukan.. tiap kali saya berbual..ini lah topik yang paling menarik perhatian..secara jujur, saya ada satu pendapat..mungkin tidak boleh diterima oleh sesetangah orang, tapi ini tetap menjadi pendapat dan pegangan saya..terpulanglah pada hak masing-masing untuk menyokong atau tidak..

**************

hai si gadis...

bila bercinta, si dialah yang paling hebat di mata.. segala apa yang kita lakukan pasti si dia dahulu yang muncul di ingatan.. pernah juga saya terbaca satu ramalan, tentang cinta semestinya, " seorang wanita, bila dia sudah mula jatuh cinta pada seseorang, apa saja yang dilakukannya akan sentiasa terfikirkan si dia..pendek kata, si dia sentiasa berada dalam ingatannya".. hemm..patutla.. sikit-sikit si dia..

saya gadis, awak gadis, mereka-mereka di luar sana juga gadis..

ada satu perkara yang saya nak kita fikirkan bersama..
boleh atau tidak, awak check semula hubungan awak dengan si dia tu?
dia jadikan awak awek atau bakal isteri? check betul-betul..
jika dia ingin menjadikan awak tu sebagai isteri, bukan bercouple caranya.. mustahil dia ingin biarkan nilai seorang wanita yang Insyaallah suatu hari bakal juga menjadi ibu kepada anak-anaknya dipermainkan macam tu saja.. mana nilai awak? mana harga diri awak?..
membiarkan hati dan perasaan awak dibelai-belai sebelum masanya.. merindu-rindu pada yang tidak selayaknya..
habis, apa yang tinggal untuk satu alam bergelar rumah tangga?..
awak dah tak special lagi, awak tahu?
percayalah, dia tak sayang awak..malah, dia sudah menghina awak awal-awal lagi..
kalau betul dia sayang awak, dia akan pastikan awak terjaga dari segalanya, terutama api neraka!
ini tidak, dia heret awak bersama-sama ke sana!.. nauzubillah..
kalau betul dia cintakan awak, dia bawa awak ke denai-denai menuju syurga.. kerana apa, di sanalah dua jiwa yang saling mencintai bersama untuk selamanya.. awak tak teringinkah semua tu??
saya pelik tengok gelagat awak dengan si dia tu.. mesra semacam..
hukumnya haram..awak tahu kan??
cuba awak fikir, kalau sebelum awak dan dia halal,dia sudah mesra macam tu dengan awak.. awak rasa yakinkah dia akan bimbing awak dengan ilmu agamanya selepas bernikah nanti?.. awak nakkan seorang imam kan?? itukah ciri imam yang awak cari-cari??
lagi satu, kalau dengan awak dia boleh mesra begitu, awak yakin dia takkan bermesra begitu juga dengan wanita lain nanti??
entahlah awak..
saya bukan cemburu..saya bukan juga dengki dengan hubungan awak dan si dia.. tak pernah terlintas perasaan begitu.. kalau saya mahu, saya juga boleh jadi semesra awak dengan si dia awak yang tercinta tu.. cumanya, saya tak mahu.. saya tak memilih jalan itu..
ada seorang sahabat pernah berkata dan mengingatkan saya.. "anis, jaga diri tu.. jaga hati.. jangan sesekali dengan mudahnya serahkan hati dan cinta tu pada seseorang yang bukan selayaknya.. kasihan la suami kita nanti.. dia dapat cinta yang bukan lagi suci.. sudah jadi 'second hand'.. sedangkan, dia sorang saja yang beri mahar.. kenapa perlu ada shareholder yang lain?" (^_^) sweet bukan nasihat tu?
awak, saya sayang awak semua.. boleh atau tidak, fikirkan semula.. memang susah..sebab awak dah sayang dia kan? awak, saya tak suruh awak putuskan terus.. saya tahu dan faham..awak tak mampu.. sebab, awak dah anggap dia bakal suami awak.. saya faham tu.. kalau awak tak mampu putus, apa kata awak perbetulkan hubungan awak dengan dia.. jadikan hubungan itu sesuatu yang pasti..bukan hubungan yang hanya bersandarkan nafsu dan angan-angan saja.. lanjutkan perkara ini kepada keluarga.. berbincanglah dengan sebaik-baiknya.. percepatkan nikah..kalau dia cakap dia belum bersedia, buat apa bercouple macam nak gila? untuk apa?? awak dan dia saling menyayangi kan?.. tunggu apa lagi..nikahlah.. itu yang sebaiknya.. sebelum awak 'susut harga'..
dan dia juga semakin menambah-nambah dosa.......awak pun sama!

saya gadis, awak gadis, mereka-mereka di luar sana juga gadis..
awak fikir-fikirkanlah sendiri..

wallahualam..
post istimewa untuk sahabat-sahabat gadis..
saya sayang kalian.. kita jaga diri sama-sama ya.. Insyaallah..
sama-sama kita jadikan diri kita ini special untuk seseorang yang ALLAH janjikan special jugak untuk kita.. (^_^)

Friday, April 6, 2012

kenapa harus diuji...

Bismillahirrahmanirrahim..

setiap dari kita pasti melalui detik itu..
detik di mana kita terduduk..terlalu lemah untuk bangun semula.. hanya suara esak tangis, dan sendu menjadi peneman setia.. sakit..derita..sengsara..hampa.. entah apa lagi yang dirasakan.. semua menjadi satu.. Subhanallah..

pada saat dan detik itu..apa yang diharapkan ialah sebuah penyelesaian yang muncul secara tiba-tiba..namun, mana mungkin itu berlaku.. perlu jua digagahkan diri untuk bangkit kembali..menghadapi detik-detik sukar.. walau tubuh terketar-ketar..dilangkahkan jua kaki.. aduh..terduduk kembali.. menyerah..menyerah pada ILAHI.. tak mampu lagi memaksa diri..

**************
semudah itu engkau menyerah? berat sangatkah ujian terhadapmu itu wahai diri?.. Subhanallah.. jadi, bagitukah pengakhiran hidup yang kau mahukan?..
ubahlah keadaan itu.. berusahalah sekerasnya..
ya, ia memang payah dari hanya mengatakan.. tapi, untuk melihat engkau mengalah..aku tak sanggup.. telah banyak kau lakukan dalam hidupmu wahai diri.. jangan hanya kerana ujian itu, melumpuhkan malah membunuh semangat pahlawanmu..
kenang semula betapa engkau telah banyak mengahrungi susah senang kehidupan.. kenang semula betapa engkau telah kerap berkorban demi satu keputusan dalam kehidupan.. kenang juga saat-saat di mana kau tersenyum penuh bahagia dan gembira bila kau berjaya melalui satu saat susah..kau lupa semua itu..

"kehidupan kita ini ibarat sedang berada di tengah-tengah titi gantung.. untuk berpatah balik, kenanglah kepayahan yang telah kita lalui sebelum ini.. alang-alang sudah melaluinya, teruskanlah hingga ke hujung.. kerana di hujung sana ada sebuah kejayaan menanti"..
ingat tu wahai diri..

kau menunggu sesuatu 'ajaib' berlaku?.. apa kau fikir permasalahan itu boleh dirungkai dengan hanya duduk berpeluk tubuhmu? ubah persepsi begitu.. ALLAH berimu ujian bukan untuk kau mengelak darinya.. DIA mahu kau laluinya..lalui dengan gagah! jangan mengalah sebelum merubah.. kau tak mampu? betul kau tak mampu.. ALLAH (-__-) mengapa tidak kau yakin pada diri?.. ALLAH yang beri ujian itu padamu.. kerana apa? kerana DIA yakin kau mampu.. jangan rendahkan pendangan dan harapanNYA.. lalui ujian itu.. lalui dengan semangat seorang perwira..

kau tanya padaku.."kenapa mesti aku?".. wahai diri, masihkah kau tidak nampak..atau kau samar dalam menilai kasihNYA?.. DIA, ya RABB.. DIA itu kekasihmu.. DIA rindu padamu.. mungkin saja kau makin jauh dariNYA.. DIA jadi terlalu rindu.. DIA rindu mendengarkan rintihanmu.. DIA rindu mendengarkan esak tangismu merayu padaNYA.. kembalilah mencintai DIA.. Insyallah.. DIA ada penawar atas segalanya..


wahai diri.. bangunlah kembali.. terlupakah dikau dengan ingatanNYA dalam surah Ar-Ra'du ayat 11?.. DIA mengingatkan dengan penuh hikmah.. jangan kau duduk menyerah tanpa berbuat apa-apa.. sesungguhnya ujian yang menimpamu itu hanya sedikit.. tak terluak semangatmu.. bangun ya..teruskan melangkah..andai tak mampu berlari, hanya gagahkan ayunan kaki..
singkap rahsia hatimu..pasti masih ada yang perlu dilakukan olehmu.. atau, ujian itu sebagai satu didikan buatmu.. DIA ingin mendidik.. DIA itu Pencinta Setia.. DIA tidak mahu kau terus-terusan ditindas dunia penuh pancaroba.. DIA mahu kau kuat.. lalu dididik dirimu dengan caraNYA yang penuh stimewa.. ditimpakan ujian buatmu.. sungguh dirimu pedih dengan ujian itu, pasti ada pengubatnya di kemudian hari.. asal saja kau tidak terus mengalah.. ayuh bangkit semula!

*****************



wallahualam..

Sunday, March 18, 2012

Ia terlalu indah...

Bismillahirrahmanirrahim...

ragam manusia, hanya benar-benar menghargai bila tiada di hadapan mata..
Subhanallah..tika itu, penyesalan dan kerinduan tak tertanggung lagi.. terimalah.. itu sudah takdirnya.. tak selamanya kita akan bersama perkara terindah dalam hidup kita..
ada detiknya, ia perlu dilepaskan jua..
cuma satu, jangan terus melupakannya..
jadikan ia satu kenangan..jadikan ia coretan manis.. walau kini ia tiada di sisi, sekurang-kurangnya ia pernah hadir menjadi penyeri hidup yang singkat ini..


nota:walau sudah tidak bersama, kenangan itu tetap segar di lipatan sejarah hidup.. Insyaallah..ada rezeki pasti kita berkumpul semula..

wallahualam..

Friday, March 16, 2012

dari nisa untuk rijal..

Bismillahirrahmanirrahim...

sahabat, dalam menjalani hidup seharian..ada perkara yang kita tak dapat lepas darinya... antara yang terhangat dewasa ini, terutama di kalangan sahabat remaja ialah cinta..siapa yang tak kenal cinta?..siapa yang tak tahu apa itu cinta??..
tak kiralah dia itu ustaz atau ustazah, hafiz atau hafizah, muslimin atau muslimat, teruna atau dara.. semua akan atau pernah merasai adanya cinta..
ya, saya bercakap tentang cinta antara manusia..cinta antara rijal dan nisa..

fokus utama saya ialah bagi pihak nisa.. iya lah, saya hanya mampu memberi buah fikiran berdasarkan pandangan dan pengalaman saya.. selebihnya, saya sangat tidak arif.. dan, ini sememangnya hanyalah sebenar-benar pandangan dan luahan..

saat seorang nisa jatuh cinta, sejujurnya, hatinya cukup gelisah..dia bagai tidak mampu lagi berfikir dengan tenang.. dia keliru.. dirinya telah berjanji pada diri dan KHALIQnya bahawa tidak akan sewenang-wenangnya menjerumuskan hati dalam kancah kelalaian.. tapi dia tak dapat berbuat apa-apa tika hatinya mula terbuai.. percayalah, nisa telah berusaha bermati-matian dan sekeras-kerasnya untuk melupakan cinta yang tak pasti itu..tapi..

nisa mencari kekuatan..berusaha mendekatkan diri sedekat-dekatnya pada Pemilik kunci hati yang abadi..dia bimbang.. bimbang hidupnya diiringi murka KEKASIH.. Subhanallah.. ujian perasaan itu benar-benar berat untuk ditanggung..

tambahan pula, si sayitan durjana tidak lelah melaksanakan misinya.. membuka jalan dan ruang agar rasa cinta yang tidak pasti itu terus mekar.. mengaburi mata agar apa yang salah nampak 'tidak mengapa' di mata.. ada-ada saja tusukan hasutannya agar menghalalkan apa yang telah jelas jauh dari panduanNYA.. Astaghfirullah..

sungguh, nisa bimbang.. nisa risau.. nisa takut nisa terus tidak dapat melupakan rasa ini.. nisa kasihan pada bakal zauj nisa, yang masih belum pasti siapa.. nisa kasihan pada dia.. nisa tak sanggup menyerahkan rasa cinta pada zauj nanti, dalam keadaan nisa pernah menyulam cinta itu dengan yang lain..nisa rasa terlampau bersalah.. ("-__-)
mungkin juga cinta nisa itulah bakal zauj nisa.. tapi, apakah berbaloi menyerahkan cinta pada dia sebelum tiba masanya?.. nisa buntu...

bila nisa menolak rijal yang hadir dalam hidup nisa, ada yang mencemuh..ada yang menuduh nisa memilih..menolak jodoh..sombong..macam-macam lagi.. Subhanallah.. tahukah kalian, nisa sebenarnya telah lelah menahan tangis.. di hati kecilnya ada bunga-bunga bahagia.."ada yang memandangku dengan pendangan kasih"..tapi ketahuilah.. sebahagian besar lagi hati nisa terlau bergetar.. nisa teringat janji-janji nisa pada ALLAH.. nisa bimbang andai nisa melanggar aturan janji..

ya, nisa mengaku nisa juga ingin merasa dibelai dan dicinta oleh insan bergelar rijal.. tapi, bukan bercinta sebelum akad caranya..

tak mengapalah.. katalah apa yang kalian ingin katakan pada nisa.. nisa akan terus simpan dan pertahankan cinta ini.. biarlah kunci hati nisa tetap berada kemas di pegangan KHALIQnya.. mintalah keizinanNYA untuk meiliki hati nisa, andai itu yang kalian mahu.. walaupun hati nisa sebenarnya ada cinta pada rijal, tapi cinta pada ALLAH lebih nisa utamakan..

wallahualam..

Saturday, March 10, 2012

jom update rasa cintakan pembacaan ^_^

Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, 09/03/12 sempat ke Jaya Jusco Ipoh bersama sahabat-sahabat untuk memanfaatkan voucer buku..
kaki laju menuju ke MPH di tingkat atas...
sampai saja, Subhanallah!.. rambang mata.. banyak buku yang menarik perhatian..

langkah diatur menuju ke rak 'academic references'.. ada buku yang perlu didapatkan dulu..
usai membelek-belek dan mencapai 2 buah buku akademik, ha! masa untuk merewang ke seluruh MPH..hehehe...

alhamdulillah setelah hampir sejam lebih di dalam MPH, akhirnya berjaya mendapatkan beberapa buah buku yang...emm.. entah.. belum baca isinya.. tapi, setelah diselak-selak beberapa halaman..kemudian di baca pula beberapa huraian.. hati rasa berat untuk letakkan di rak semula.. tangan pun tak mahu lepas buku-buku ni..
so, ambik saja! (^_^)
Insyaallah..harapnya buku ni memberi manfaat yang besar dalam kehidupan..







wallahualam..
jom sama-sama membaca :)

Thursday, March 8, 2012

kisah seorang dari jemaah umrah..

Bismillahirrahmanirrahim...

hari ni, 08/03/12..
sesi kelas berjalan seperti biasa..
masih dalam mood..err.. (@__@) ... minggu pertama..biasalah..
kelas petang..bersama seorang pensyarah comel dan sentiasa memberi ilham..
kelas mulanya berjalan seperti biasa..
kemudian, perbincangan diseret dan meleret-leret menceritakan perkara-perkara lain..berkaitan kehidupan..itu pasti..
dari satu kisah ke satu kisah..
satu saat, saya betul-betul tertarik dengan kisah ini..
kisah ketika pensyarah ini mengerjakan umrah beberapa bulan lepas..

begini lebih kurang ceritanya,..
*******************

" satu masa tu, saya tengah mengaji Al-Quran kat masjid.. dekat-dekat saya tu ada le sorang mak Arab ni.. saya baca macam biasa la.. ade la sikit bangganye..hehehe.. lepas tu, tiba-tiba mak Arab tu tegur saya.. dalam bahasa Arab! adehh..
saya pun bagitau la dia yang saya ni tak boleh cakap Arab, saya cakap dalam English la time tu.. mak Arab tu tanya balik, habih yang baca sedap-sedap tadi tu?? (-__-")
saya pun dengan muka yang malunya terpaksa la bagitau yang saya ni pandai baca je.. maksud tak tau...
awak tau, mak Arab tu gelakkan saya sampai terhenjut-henjut badan dia.. hahaha

so, sekarang saya bertekad.. bila saya dah abihkan PhD saya tak lama lagi ni, saya nak belajar bahasa Arab saaaaaaaaaaampai saya terer!

dengan saya belajar sampai PhD ni, saya boleh siapkan satu buku.. saya boleh siapkan thesis.. saya boleh jadi pensyarah..macam-macam saya boleh buat dengan apa yang saya dah belajar.. tapi, Al-Quran yang saya dah belajar baca sedari umur saya 3 tahun, saya masih tak faham-faham lagi.. Subhanallah.. (-__-") "

****************************
kami semua sama-sama terdiam..
hemm...kisah ni memang ber'bisa' bagi setiap seorang kami dalam kelas.. sungguh!

ayuh muhasabah bersama.. Insyaallah...
wallahualam..

nota kecik: Cik, maaf ye saya mengantuk dalam kelas..hehehe.. tak sengaja... tapi saya dengar semua yang cik cakap.. betul.. tak tipu punya! (^__^")

Friday, March 2, 2012

inilah hidup..

Bismillahirrahmanirrahim...

ini lah hidup..kadangkala, semua berlaku seperti apa yang kita mahu.. tapi sering terjadi, ia tak seperti yang dirancang..
tapi, hidup tetap diteruskan..tak ada masa untuk berpatah balik, mengesali apa yang telah terjadu.. hidup takkan pernah mengundur.. ia akan terus berlaku, dan berlalu..
di suatu saat, hidup memerlukan sedikit perubahan..atau, perubahan secara keseluruhan..
dan apa yang pasti, perubahan memerlukan keberanian..jangan pernah takut untuk berubah..
kebanyakan kita terlalu bimbang sesuatu yang tak diingini akan berlaku bila kita melakukan perubahan..
percayalah, hidup tidak akan menjadi lebih baik andai tidak berlakunya perubahan.. diuji dengan kegagalan bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan..
bukankah hukum alam mengatakan, kegagalan itu merupakan guru terbaik memandu ke arah kejayaan? asal saja kita menghargai peluang yang ada.. Insyaallah..

wallahualam..
entah kenapa tiba-tiba mood menulis datang..
dan segalanya ditaip di kanvas usang ini tanpa perancangan..
moga bermanfaat..

oh, bercakap soal kehidupan, tolonglah selalu-selalu ingatkan saya soal kematian..
kematian itu pasti.. dan kita juga tak tahu bila kita akan mengalami perubahan paling besar..
hidup di dunia, berubah menuju akhirat.. Insyaallah.. tak lama lagi...

wallahualam..

Tuesday, February 21, 2012

cinta yang tak terungkap.. rindu-serindunya...

Bimillahirrahmanirrahim...

pandanglah sepuasnya..tenunglah semahunya..
Untunglah mereka yang berpeluang menjadi tetamuNYA di bumi bertuah ini..
buat yang masih belum berkesempatan, ayuh kita usaha..
moga suatu hari, rezeki berpihak pada kita..
Insyaallah..

dengan hanya membelek gambar-gambar, hati sudah dirundung sayu.. sempatkah aku...
ALLAH..
terlalu rindu untuk menjadi tetamuMU...
jika dengan memerhati gambar aku jadi longlai sebegini, tak dapat aku bayangkan keadaanya jika aku betul-betul di hadapan KaabahMU..
tak terucap keinginan berada di ArafahMU..
tak tergambar di hati keinginan untuk menjejakkan kaki di MadinahMU..
Subhanallah...








ALLAH... perkenankanlah kami menjadi tetamuMU..
Insyaallah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...