Friday, April 6, 2012

kenapa harus diuji...

Bismillahirrahmanirrahim..

setiap dari kita pasti melalui detik itu..
detik di mana kita terduduk..terlalu lemah untuk bangun semula.. hanya suara esak tangis, dan sendu menjadi peneman setia.. sakit..derita..sengsara..hampa.. entah apa lagi yang dirasakan.. semua menjadi satu.. Subhanallah..

pada saat dan detik itu..apa yang diharapkan ialah sebuah penyelesaian yang muncul secara tiba-tiba..namun, mana mungkin itu berlaku.. perlu jua digagahkan diri untuk bangkit kembali..menghadapi detik-detik sukar.. walau tubuh terketar-ketar..dilangkahkan jua kaki.. aduh..terduduk kembali.. menyerah..menyerah pada ILAHI.. tak mampu lagi memaksa diri..

**************
semudah itu engkau menyerah? berat sangatkah ujian terhadapmu itu wahai diri?.. Subhanallah.. jadi, bagitukah pengakhiran hidup yang kau mahukan?..
ubahlah keadaan itu.. berusahalah sekerasnya..
ya, ia memang payah dari hanya mengatakan.. tapi, untuk melihat engkau mengalah..aku tak sanggup.. telah banyak kau lakukan dalam hidupmu wahai diri.. jangan hanya kerana ujian itu, melumpuhkan malah membunuh semangat pahlawanmu..
kenang semula betapa engkau telah banyak mengahrungi susah senang kehidupan.. kenang semula betapa engkau telah kerap berkorban demi satu keputusan dalam kehidupan.. kenang juga saat-saat di mana kau tersenyum penuh bahagia dan gembira bila kau berjaya melalui satu saat susah..kau lupa semua itu..

"kehidupan kita ini ibarat sedang berada di tengah-tengah titi gantung.. untuk berpatah balik, kenanglah kepayahan yang telah kita lalui sebelum ini.. alang-alang sudah melaluinya, teruskanlah hingga ke hujung.. kerana di hujung sana ada sebuah kejayaan menanti"..
ingat tu wahai diri..

kau menunggu sesuatu 'ajaib' berlaku?.. apa kau fikir permasalahan itu boleh dirungkai dengan hanya duduk berpeluk tubuhmu? ubah persepsi begitu.. ALLAH berimu ujian bukan untuk kau mengelak darinya.. DIA mahu kau laluinya..lalui dengan gagah! jangan mengalah sebelum merubah.. kau tak mampu? betul kau tak mampu.. ALLAH (-__-) mengapa tidak kau yakin pada diri?.. ALLAH yang beri ujian itu padamu.. kerana apa? kerana DIA yakin kau mampu.. jangan rendahkan pendangan dan harapanNYA.. lalui ujian itu.. lalui dengan semangat seorang perwira..

kau tanya padaku.."kenapa mesti aku?".. wahai diri, masihkah kau tidak nampak..atau kau samar dalam menilai kasihNYA?.. DIA, ya RABB.. DIA itu kekasihmu.. DIA rindu padamu.. mungkin saja kau makin jauh dariNYA.. DIA jadi terlalu rindu.. DIA rindu mendengarkan rintihanmu.. DIA rindu mendengarkan esak tangismu merayu padaNYA.. kembalilah mencintai DIA.. Insyallah.. DIA ada penawar atas segalanya..


wahai diri.. bangunlah kembali.. terlupakah dikau dengan ingatanNYA dalam surah Ar-Ra'du ayat 11?.. DIA mengingatkan dengan penuh hikmah.. jangan kau duduk menyerah tanpa berbuat apa-apa.. sesungguhnya ujian yang menimpamu itu hanya sedikit.. tak terluak semangatmu.. bangun ya..teruskan melangkah..andai tak mampu berlari, hanya gagahkan ayunan kaki..
singkap rahsia hatimu..pasti masih ada yang perlu dilakukan olehmu.. atau, ujian itu sebagai satu didikan buatmu.. DIA ingin mendidik.. DIA itu Pencinta Setia.. DIA tidak mahu kau terus-terusan ditindas dunia penuh pancaroba.. DIA mahu kau kuat.. lalu dididik dirimu dengan caraNYA yang penuh stimewa.. ditimpakan ujian buatmu.. sungguh dirimu pedih dengan ujian itu, pasti ada pengubatnya di kemudian hari.. asal saja kau tidak terus mengalah.. ayuh bangkit semula!

*****************



wallahualam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...