Bismillahirrahmanirrahim..
dewasa ni, saya sangat-sangat tertarik untuk membicarakan soal cinta remaja.. kerana apa?..ke mana saja saya pergi.. apa jua yang saya lakukan.. tiap kali saya berbual..ini lah topik yang paling menarik perhatian..secara jujur, saya ada satu pendapat..mungkin tidak boleh diterima oleh sesetangah orang, tapi ini tetap menjadi pendapat dan pegangan saya..terpulanglah pada hak masing-masing untuk menyokong atau tidak..
**************
hai si gadis...
bila bercinta, si dialah yang paling hebat di mata.. segala apa yang kita lakukan pasti si dia dahulu yang muncul di ingatan.. pernah juga saya terbaca satu ramalan, tentang cinta semestinya, " seorang wanita, bila dia sudah mula jatuh cinta pada seseorang, apa saja yang dilakukannya akan sentiasa terfikirkan si dia..pendek kata, si dia sentiasa berada dalam ingatannya".. hemm..patutla.. sikit-sikit si dia..
saya gadis, awak gadis, mereka-mereka di luar sana juga gadis..
ada satu perkara yang saya nak kita fikirkan bersama..
boleh atau tidak, awak check semula hubungan awak dengan si dia tu?
dia jadikan awak awek atau bakal isteri? check betul-betul..
jika dia ingin menjadikan awak tu sebagai isteri, bukan bercouple caranya.. mustahil dia ingin biarkan nilai seorang wanita yang Insyaallah suatu hari bakal juga menjadi ibu kepada anak-anaknya dipermainkan macam tu saja.. mana nilai awak? mana harga diri awak?..
membiarkan hati dan perasaan awak dibelai-belai sebelum masanya.. merindu-rindu pada yang tidak selayaknya..
habis, apa yang tinggal untuk satu alam bergelar rumah tangga?..
awak dah tak special lagi, awak tahu?
percayalah, dia tak sayang awak..malah, dia sudah menghina awak awal-awal lagi..
kalau betul dia sayang awak, dia akan pastikan awak terjaga dari segalanya, terutama api neraka!
ini tidak, dia heret awak bersama-sama ke sana!.. nauzubillah..
kalau betul dia cintakan awak, dia bawa awak ke denai-denai menuju syurga.. kerana apa, di sanalah dua jiwa yang saling mencintai bersama untuk selamanya.. awak tak teringinkah semua tu??
saya pelik tengok gelagat awak dengan si dia tu.. mesra semacam..
hukumnya haram..awak tahu kan??
cuba awak fikir, kalau sebelum awak dan dia halal,dia sudah mesra macam tu dengan awak.. awak rasa yakinkah dia akan bimbing awak dengan ilmu agamanya selepas bernikah nanti?.. awak nakkan seorang imam kan?? itukah ciri imam yang awak cari-cari??
lagi satu, kalau dengan awak dia boleh mesra begitu, awak yakin dia takkan bermesra begitu juga dengan wanita lain nanti??
entahlah awak..
saya bukan cemburu..saya bukan juga dengki dengan hubungan awak dan si dia.. tak pernah terlintas perasaan begitu.. kalau saya mahu, saya juga boleh jadi semesra awak dengan si dia awak yang tercinta tu.. cumanya, saya tak mahu.. saya tak memilih jalan itu..
ada seorang sahabat pernah berkata dan mengingatkan saya.. "anis, jaga diri tu.. jaga hati.. jangan sesekali dengan mudahnya serahkan hati dan cinta tu pada seseorang yang bukan selayaknya.. kasihan la suami kita nanti.. dia dapat cinta yang bukan lagi suci.. sudah jadi 'second hand'.. sedangkan, dia sorang saja yang beri mahar.. kenapa perlu ada shareholder yang lain?" (^_^) sweet bukan nasihat tu?
awak, saya sayang awak semua.. boleh atau tidak, fikirkan semula.. memang susah..sebab awak dah sayang dia kan? awak, saya tak suruh awak putuskan terus.. saya tahu dan faham..awak tak mampu.. sebab, awak dah anggap dia bakal suami awak.. saya faham tu.. kalau awak tak mampu putus, apa kata awak perbetulkan hubungan awak dengan dia.. jadikan hubungan itu sesuatu yang pasti..bukan hubungan yang hanya bersandarkan nafsu dan angan-angan saja.. lanjutkan perkara ini kepada keluarga.. berbincanglah dengan sebaik-baiknya.. percepatkan nikah..kalau dia cakap dia belum bersedia, buat apa bercouple macam nak gila? untuk apa?? awak dan dia saling menyayangi kan?.. tunggu apa lagi..nikahlah.. itu yang sebaiknya.. sebelum awak 'susut harga'..
dan dia juga semakin menambah-nambah dosa.......awak pun sama!
saya gadis, awak gadis, mereka-mereka di luar sana juga gadis..
awak fikir-fikirkanlah sendiri..
wallahualam..
post istimewa untuk sahabat-sahabat gadis..
saya sayang kalian.. kita jaga diri sama-sama ya.. Insyaallah..
sama-sama kita jadikan diri kita ini special untuk seseorang yang ALLAH janjikan special jugak untuk kita.. (^_^)
No comments:
Post a Comment