Sunday, February 6, 2011

adikku berbunyi lagi...!!

Bismillahirrahmanirrahim..

bila saya baca balik post2 dalam blog ni, baru saya perasan..
saya banyak menulis dan melaporkan aktiviti adik bongsu saya, Anis Syuhada...
adakah saya obses dengan adik sendiri??hehe..tidak...
seperti yang pernah saya katakan dalam post sebelum ini..
saya banyak belajar dari perbuatan dan kata-kata nya...
kadangkala, keletahnya membuat saya berfikir...
disebabkan itu juga saya sangat menyukai kanak-kanak...
kecenderungan mereka untuk bertanya, melajar dan meneroka itu membawa kita yang dewasa ini untuk meneroka sama..ALLAH..
***

Pernah sekali saya bacakan dan ceritakan tentang kisah kehidupan semut pada adik syuhada dan sepupu2 saya yang masih kecil...
kisah yang saya sampaikan itu hanyalah melalui karikatur yang mereka tunjukkan..
saya cuma 'penghurai' kisah kanak-kanak tersebut...
tapi, saya terkejut...
dalam saya bercerita, seorang demi seorang mula mencelah..
memberi pendapat masing-masing...dari kaca mata kanak-kanak..tapi bagi saya sangat tinggi dan halus pemikiran mereka..
mereka tidak menghurai dan komen tentang kisah keseluruhan karikatur tersebut..
sebaliknya, menghuraikan tentang betapa besar jasa semut walaupun dia kecil, betapa besar kuasa ALLAH sehingga mengatur segalanya dalam alam ini termasuk sekecil-kecil semut..tentang kerajinan, kesetiaan dan kekuatan semut...
ALLAH..
sungguh indah ALLAH hiaskan pandangan kanak-kanak..bukan hanya pandangan mata kasar, malah pandangan mata hati mereka juga sangat indah..
****

ketika di rumah pula, adik syuhada selalunya sering menghiburkan kami dengan nyanyiannya, tariannya dan cerita-cerita nya..(walaupun kadangkala hanya rekaan berdasarkan imaginasinya sendiri)..
tapi 2 3 hari ini, saya terperasan satu perkara..
adik syuhada lebih suka melagukan dan mengalunkan kalimat selawat pada junjungan besar, Rasulullah S.A.W...
sememangnya, tidak dapat dinafikan, faktor utama dia kerap mengalunkan selawat adalah kerana dia terkesan dengan pujian orang-orang sekeliling..(^__^)..
tetapi, segalanya nampak sempurna..
bila sahaja adik syuhada mula mengalunkan selawat, seisi rumah akan ikut sama..
yang di dapur berselawat..
adik-adik saya yang tengah bergaduh, ikut berselawat..
yang sedang istirehat berselawat..
malah kalau adik alunkan selawat dalam kereta, seisi kereta pasti berselawat dengan semangat...
ALLAH..
saya rasakan ketenangan, keharmonian dan kerahmatan dalam aktiviti yang x dirancang ini..
syukur Ya ALLAH...
ini salah satu terapi bagi kami..
terapi bagi hati-hati,..
yang selalu mendambakan perlindungan cinta hakiki..
cinta hakiki dari ILAHI..
serta Rasulullah, kekasihNYA yang abadi..

wallahualam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...