Cinta, kalau bahasanya hati itulah cinta hakiki.. Kasih, jika dasarnya Rabbi itulah kasih sejati.. cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji.. cintailah pemberi nikmat dan jangan hanya engkau cintai nikmat yang diberikan..
Sunday, February 13, 2011
dia sahabatmu, bukan robot ciptaanmu..
bismillahirrahmanirrahim..
setelah sekian lama tak menulis, alhamdulillah...hari ni ALLAH beri peluang seluas-luasnya kepada saya untuk mencoretkan sedikit coretan di kanvas blog kecil ni..
sebenarnya, topik ni dah bermain-main dalam kepala saya dekat-dekat seminggu..(ye la, dekat2 seminggu jugak la saya x menulis..hihi)
saya tertarik untuk merungkaikan soal persahabatan..
bagi saya, sahabat tu saaaaaaaangat penting dalam kehidupan, selain keluarga..
ada sebahagian sahabat saya yang mengakui, kadangkala mereka mengatakan lebih mudah dan selesa meluahkan apa yg di hati kepada sahabat berbanding kepada keluarga sendiri..
ALLAH..besarnya nikmat berukhwah.. (tapi, jangan sampai membelakangkan keluarga ye..)
sahabat,..
kalimat tu bagi saya sangat best nak sebut...
kalau dulu, saya lebih suka bahasakan kawan..
tapi bila sebut sahabat, rasa lagi mendalam pulak..
macam betul2 berukhwah la..hehe
tapi tak kisah la kita nak namakan apa pun,..
sahabat, kawan, member, buddies,...etc..
yang penting, kita semua tau maksudnya tetap 1..kanx3!!
persahabatan tu jugak, ada yang klasifikasikan kepada macam2 peringkat...
contoh..kawan biasa2, kawan baik, kawan rapat, sahabat sejati...macam2 la..hehe...
agak2, macam mana tingkat persahabatan tu dinilai ye...??
terfikir jap**
tapi,..ha,..ada tapinya jugak...
dalam semanis-manis bersahabat ni, ada juga pahit, kelat dan masamnya...
hehe..cukup rasa..
bak kata p.ramlee dalam salah satu filemnye.."sedangkan lidah lagi tergigit..."..tak payah sambung la lirik ni ye,..lain pulak maksudnye dengan post kali ni..hehe
kerap kali jugak terjadi selisih faham, gaduh2, masam muka,merajuk itu ini..macam2 laa...time tu, kebanyakan yang saya lihat,..semua pihak menyalahkan satu sama lain...mulalah timbul satu persatu keburukan sahabatnya tadi...walaupun sebelum ni nampak ok je, tetiba waktu bergaduh ni la, muncul semua kesalahan2 sahabat..
ALLAH..
suka2 hati je..saya 'kurang berkenan' dengan situasi ni..
jujur, dulu saya juga ada beberapa kali beselisih faham dengan sahabat2, dan kami berakhir dengan masing2 saling menyalahkan...
tapi, sampai satu saat,..ALLAH beri hidayah dalam hati kami,..
untuk apa kami bergaduh, bermasam muka,..
takkan dengan perkara sekecil zarah, kami ingin putuskan silaturrahim dan ukhwah yang teguh bersatu sebelum ni,?
takkan dengan masalah yang tak seberapa kami sanggup lupakan kisah suka duka bersama sebagai sahabat...
kenapa sebelum ni, kami boleh saling menerima..tapi, kemudian...
ALLAH...
teringat saya pada kata-kata salah seorang sahabat di u,..
"once I said, you are my friend,..I i'll accept all the thing about you.. good or bad"..
hebat kan ayat tu...??
dan, sehingga sekarang, saya betul-betul terkesan dengan ayat kakak kesayangan saya ni...
kalau la kita boleh amalkan dan simpan perkara ni dalam hati sejak dari dulu,..
persoalannya,..
siapa kita nak tentukan sahabat kita perlu jadi begini dan begitu??
siapa kita nak sekat kelemahan itu dan ini yang dimiliki sahabat??
siapa kita nak menilai sahabat kita itu teruk, tak bagus dan macam-macam?
kita baik sangat?
kita tak ada kelemahan?
kalau kelemahan kita sabahat boleh terima, kenapa kita bongkak sangat sampai tak nak terima kelemahan sahabat?? (macam kasar sangat pulak ayat ni)
syukurlah...
sekurang-kurangnya, masih ada yang sudi bersahabat dengan kita...
masih ada yang mahu jadi peneman kita hidup di dunia penuh cubaan ni..
kalau iya pun sahabat kita itu punya kelemahan yang ketara, tugas kita ialah membimbing, bukan mengadili secara tidak adil...faham maksud saya ya..
ALLAH...
p/s: terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang selama ni sanggup bersama saya susah dan senang, bergelak ketawa bersama, jatuh bangun bersama...
terima kasih juga kerana menerima semua kekurangan saya dan terus bersahabat dengan saya...
credit to all my friends especially from sk chemara, sk sik, smk sik, smt ipoh, matrikulasi perlis, uitm perak...terima kasih sangat2... moga ALLAH merahmati kalian...
wallahualam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sahabat bukan stakat manisnya mlut tp doa ikhlas dr hati
ReplyDeletet8 care anis ^^
mira..btul tu..Insyaallah... u take care too..pi NZ jgn lupa kami kat sini.ye...good luck, jaga diri n jaga iman kat sana.. gonna miss u...
ReplyDelete