Bismillahirrahmanirrahim...
sebenarnya, kat dalam kepala ni banyak betul idea untuk menulis...
masalahnye, mood menulis tu takde...
so, asyik meneroka blog-blog orang lain je..
Insyaallah...saya akan usahakan untuk me'rajin'kan semua jari2 saya ni menaip segala benda yang tersimpul kat urat kepala saya sekarang ni..hehe
***
baiklah..untuk post kali ni, sya copy dari salah satu blog yang saya singgah...
kebetulan..kena pulak dgn keadaan semasa...
ramai sahabat2 saya sedang di dalam satu keadaan yang genting...dalam mood marah...
sabar hai sahabat2 ku sekelian... try baca petua2 ni..Insyaallah..akan reda skit..
Cara-cara Mengatasi Sifat Marah
Salam.
PADE sesape yang cepat marah.. suke marah.. ni aku de tips untuk mengatasi rase marah korang tu. Muge berjaye mengamalkannye ye.. :)
1. Latih diri dengan akhlak yang mulia seperti bersabar, lemah lembut dan berhati-hati dalam membuat keputusan.
2. Mohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan.
3. Berwuduk. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Dan api akan padam dengan mengambil wuduk.
4. Ingat kepada balasan buruk yang akan menimpa kepada orang yang mengikut nafsu amarahnya.
5. Ingat kepada kelebihan dan pahala oleh orang yang berjaya menahan marahnya. Orang yang berjaya menahan kemarahannya disifatkan sebagai pahlawan yang berani.
6. Maafkan orang yang menjadi punca kemarahan kita.
7. Jika sedang berdiri, maka hendaklah duduk. Jika marahnya belum reda lagi, hendaklah berbaring.
Sumber: Majalah Solusi Isu 27
ok? cuba ye..
rujukan: http://penjejak-mimpi.blogspot.com/2011/01/cara-cara-mengatasi-sifat-marah.html
No comments:
Post a Comment