Friday, July 8, 2011

MAAF..oh..beratnya...

Bismillahirrahmanirrahim..

~maafkan kami,..maafkan kami..maafkan kami...~
~lalalalala~ (^__^)

ada kenangan dengan lagu ni...
kenangan waktu persekolahan yang takkan saya buang dari kotak fikiran ini, Insyaallah..
apa peristiwanya, biarlah saya dan sahabat-sahabat yang terlibat sahaja tahu..

baiklah, bukan lagu yang menjadi topik perbincangan,..
namun tunjang lagu menjadi buah fikiran..
ungkapan 'maaf'...

perkataannya cukup mudah,..padat, ringkas, pendek, tapi peeeeeeenuh bermakna..
siapa yang tidak pernah mengucapkan maaf?..herm..mustahil ada orang sebegini..
se ego mana pun seseorang, x pernah terlepas dari mengungkapkan maaf..

pada saya, ungkapan maaf ini merupakan satu perkataan azimat..
ia boleh menenggelamkan marah, mengurangkan masam muka, menjernihkan jiwa, menginsafi hati hamba malah mendekatkan diri pada PENCIPTA..
siapa bisa melawan kuasa maaf??
oh, mungkin ada yang pernah berhadapan dengan situasi apabila mengucapkan maaf, ini yang kita dapat..
"pergi jalan lah dengan kau punya maaf!"
atau..
"kau ingat dengan mintak maaf semua benda boleh kembali ke asal?"
hermm..berat ni... (-__-")


*******

sahabat-sahabat, sebenarnya ada 2 situasi bagi ungkapan keramat ini...
samada pihak yang memohon maaf atau pihak yang memaafkan..
apa yang dapat saya perhatikan, banyak keadaan di mana kita sangat susah untuk meminta maaf..
mungkin pada yang salah itu, dia merasakan dirinya betul ataupun dia memang tak nak minta maaf...malu kot.. (-_^)...

bagi situasi ini, nasihat saya satu je...
sentiasa lah set dalam fikiran kita bahawa, tiada salahnya andai kita mengalah..
jangan malu mengucapkan maaf..
biarlah kita dilihat meminta-minta dan merendahkan diri di dunia..
jangan kita merayu-rayu dan dihina di akhirat kelak..nauzubillah..
ingat,...
kita hidup cuma sekali..ini hanyalah persinggahan sementara untuk mengutip amal sebanyak-banyaknya buat bekalan di negeri akhirat kelak..
andai langkah sesekali tempang, tiada salahnya memohon maaf pada insan-insan sekeliling yang sentiasa menjaga langkah..asbabnya, mereka bukan hanya ingin menjaga langkah mereka sendirian..tapi ingin membetulkan langkahmu agar tidak terus tempang.. berbaik sangka lah ye.. (^__^)

satu lagi situasi, bagi yang memberi maaf...
kita mungkin tidak perasaan sangat akan golongan ini..
kerana golongan yang memberi maaf ini akan menjadi golongan terakhir dipandang orang, berbanding golongan yang meminta maaf..
ada yang berpendapat, golongan yang memaafkan bergantung pada yang meminta maaf...
andai golongan meminta maaf merayu seikhlasnya, barulah golongan memberi maaf bertindak sebaiknya... errmm..

sahabat-sahabat...
sebenarnya, inilah golongan yang paling berat..
golongan yang paling susah di'handle'..
samada ingin di'handle' hatinya, perasaannya, emosinya, mimik mukanya,....segala-galanya lah!!
andai unkapan maaf telah terlerai di bibirnya, maka senang hatilah si peminta maaf..
tapi, sejauh mana hatinya menerima, jiwanya merelakan, emosinya mengiakan?..
boleh dikatakan, memberi maaf sebenarnya lebih susah berbanding meminta maaf..
kerana apa?..
untuk memaksa diri meminta maaf dan mengakui kesilapan, kita hanya perlu berperang dengan ego sendiri dan pandangan insan-insan sekeliling..
tapi, untuk memberi maaf, kita bukan sahaja perlu berperang dengan ego, pandangan umum malah tingkat iman, kekuatan emosi, keikhlasan, keterbukaan hati,..macam-macam lagi..
semua itu perlukan keteguhan...

justeru saranan saya, andai ada yang meminta maaf darimu, maafkanlah dia dengan hati terbuka,..
andai hati berat memaafkan, pujuklah hatimu,..
andai emosi mula memberontak supaya tidak memaafkan, tenangkanlah diri dengan mengatakan,.."aku juga punya banyak kekurangan.."..
Insyaallah...
segalanya berbalik pada ketaqwaan kita..
pulanglah padaNYA..
kita bukan siapa-siapa selain hambaNYA yang fakir lagi hina..
Subhanallah..


wallahualam,..moga bermanfaat...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...