Monday, July 18, 2011

baik-baik sayang..

Bismillahirrahmanirrahim..

post kali ni saya ingin berkongsi 2 3 keping gambar.. gambar apa?? gambar kartun muslimah lagi kah?
hehehe..tak..ini beberapa gambar yang sempat saya ambil ketika menghabiskan masa bersama mama dan adik bongsu saya.. gambar diambil ketika hari kedua saya bercuti di rumah.




hehehe..gambar kat atas ni saya ambil tika adik syuhada khusyuk makan laksa.. mama cakap, dia memang hari-hari datang sini.. herm..budak-budak.. (^__^)

kejap,..
sebenarnya, ada maksud tersirat yang dapat saya belajar dari aktiviti harian adik syuhada ni..
=rutin=
samada kita perasan atau tidak, kanak-kanak seawal usia 3 tahun mudah membentuk rutin harian mereka sendiri..bermula dari melakukannya secara terpaksa, tapi bila lama-kelamaan, mereka mula belajar untuk menyukai aktiviti tersebut..
sehinggakan pada suatu tahap, kita pula menjadi rimas kerana terpaksa ikut 'rutin' harian yang telah mereka tetapkan..hehe

justeru, apa rasionalnya saya kongsikan hal ini di sini?
sejak bila pulak saya jadi pakar kanak-kanak ni??hehe..
tak de lah..sebenarnya, seperti yang pernah saya catatkan dalam post-post sebelum ni, antara guru yang paling berkesan dalam hidup saya ialah>>>kanak-kanak..

so, apa kaitannya??
macam ni..setiap kita pasti melalui saat di mana kita tak mampu membuat keputusan..kita terpaksa mengikut kemahuan orang lain, ataupun kita terpaksa bertindak mengikut keadaan..walaupun kita sebenarnya kurang senang dan tak suka aktiviti tu..
hurmm..
sahabat-sahabat, bijaklah mengawal emosi dan tingkahmu..
jangan cepat memberontak..
malulah..
malu pada siapa?..
malu pada adik-adik kecil tu...
sedangkan mereka yang masih 'mentah' soal kehidupan juga sudah pandai untuk belajar menerima keadaan..inikan pula kita...betul tak??..
hehe..
ok..tepuk dada, tanya iman.. Insyaallah berkesan..

lagi satu,..



nota tambahan: tak salah rasanya sekali sekala bawa adik-adik dan mama untuk keluar dan meninjau-ninjau di shopping mall begini..tapi jangan sampai mereka jadikan itu rutin ye..---------->>>>parah!!

(^^,)
wallahualam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...