Tuesday, July 5, 2011

DIA tahu..

Bismillahirrahmanirrahim..

untuk apa kita berusaha?..
untuk apa kita berdoa?..
untuk apa kita mengharap?..

bukan kah telah tertulis, andai itu takdirnya,..

********

sahabat-sahabat...
ALLAH menegaskan sememangnya takdir bagi kita telah pun sedia tertulis..
telah dipahatkan di sana, Luh Mahfuz..
justeru, tika ada di kalangan kita yang berputus asa, mengeluh dan terlalu pasrah dengan kehidupan,..jangan salahkan mereka..
mereka tidak salah, cuma perbuatan mereka itu salah..
mungkin saja mereka ini golongan yang tidak mengetahui..atau juga golongan yang leka dan cuai..
mereka tidak nampak apa yang digariskan dalam agama..

memang segalanya sudah tertulis..bak kata pepatah melayu, "suratan atau kebetulan"..hehe..
tapi, terlupakah kita tentang janji DIA??
janjiNYA yang menegaskan, takdir kita boleh diubah asal saja kita berusaha untuk berubah..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

lagi satu, jangan lupa tujuan ALLAH wujudkan 'doa'..
kenapa mesti ada 'doa'?
'doa' ini sebenarnya salah satu medium bagi kita mendekatkan diri padaNYA,..
ia medium terbaik bermunajat, mengadu, meminta malah menginsafi diri.. Subhanallah..
tertulis juga dalam Islam bahawa takdir kita boleh diubah dengan adanya doa yang tulus padaNYA,..Insyaallah..

sebenarnya, banyak lagi opsyen lain..Islam itu indah dan mudah,,
ALLAH Maha Penyayang dan Maha Mengetahui..

jangan kita terlalu mudah berpuas hati dengan apa yang ada..
alam itu luas..
kehidupan itu nun saujana mata memandang..

terokalah..

ya,..kadang-kadang langkahmu mungkin tersadung..
mungkin juga tertusuk duri-duri di laluan jalan..
kadang-kadang dihinggap oleh serangga berbisa pula di seluruh tubuhmu..

tapi sahabat-sahabt,..
teguhkanlah ayunan langkah kita...
itu bukan apa-apa jika dibandingkan nikmat pembalasan bagi setiap kesabaran dan ketabahanmu itu.. ALLAH...

jangan pernah mengeluh, jangan pernah tersungkur..
andai kalian terjatuh,..bangunlah semula..
ada ganjaran buatmu.. Insyaallah..

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
ingat tu, ok!



lagi satu,..
selalu jugak saya berjumpa dengan situasi di mana ada antara sahabat-sahabat yang merungut...
usaha mereka umpama sia-sia..
apa yang dikejar tidak kesampaian,..
cita-cita tidak dapat di genggaman..
penat dan lelah berusaha keras tidak berbaloi...

aduhh..
sabarlah sayang..
ada hikmah semua tu..
kita merancang, ALLAH juga merancang...
dan DIA lah sebaik-baik perancang..

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak."..(Al-Baqarah : 216)
*******

so, berhentilah mengatakan penat atau lelah dengan apa-apa perubahan yang diharapkan.. sebaliknya, berusahalah untuk berubah... itulah erti perubahan dan kebahagiaan mutlak insani..cintai perubahan, redha dengan takdir..


wallahualam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...