Friday, July 29, 2011

kenapa..buntu..

Bismillahirrahmanirrahim,..

saya ambil masa yang sangat lama untuk update post di kanvas usang ni... bukan tidak punya masa..masa sentiasa ada.. pengurusan masa saya juga semakin baik.. alhamdulillah..
tapi, saya kekurangan kekuatan untuk postkan perkongsian baru di sini..entah kenapa..
bukannya langsung tidak punya ilham..bukan juga tidak ada 'mood' menulis.. malah jujur, ada 2 3 entri yang masih tersimpan kemas di ruangan draft untuk di post kan..
entri itu semuanya saya taip, kemudian tergantung,..
rasa seperti tidak lengkap..
mungkinkah jiwa blogging saya makin pudar??
ataukah semangat dakwah saya makin luntur??
boleh jadi juga saya semakin lemah dalam usaha ingat mengingatkan??

Subhanallah..
minta-minta dijauhkan dari semua itu..
saya masih mahu melangkah..
kembara saya sebagai hambaNYA yang hina masih jauh..
mungkin langkah di dunia persinggahan ini semakin pendek, tapi, perjalanan di sana?..
ALLAH..moga DIA beri saya kekuatan..amin..

mohon sahabat-sahabat juga turut sama mendoakan..
Insyaallah, saya akan cuba menulis dan bermuhasabah semula di sini..

doakan saya tidak tunduk dan jatuh pada ujian-ujian yang melemahkan umpama jarum-jarum halus yang memberi suntikan racun yang bisa melemahkan urat-urat saraf..
sungguh,..
kita semua da'ie..bukan saya sahaja yang perlu didoakan..
kita sama-sama berdoa untuk kita semua..
kerna apa?..kerna kita lah da'ie yang di amanahkan untuk menyebarkan agama suciNYA di bumi bertuah ini..wallahualam..


~moga kita tak mudah menyerah kalah~ Insyaallah..

Wednesday, July 20, 2011

menarik - tak menarik??

Bismillahirrahmanirrahim..



it's mine..
ada yang menarik dan tak menarik mengenai 'mereka-mereka' ni.. guess what?? hehe

Monday, July 18, 2011

baik-baik sayang..

Bismillahirrahmanirrahim..

post kali ni saya ingin berkongsi 2 3 keping gambar.. gambar apa?? gambar kartun muslimah lagi kah?
hehehe..tak..ini beberapa gambar yang sempat saya ambil ketika menghabiskan masa bersama mama dan adik bongsu saya.. gambar diambil ketika hari kedua saya bercuti di rumah.




hehehe..gambar kat atas ni saya ambil tika adik syuhada khusyuk makan laksa.. mama cakap, dia memang hari-hari datang sini.. herm..budak-budak.. (^__^)

kejap,..
sebenarnya, ada maksud tersirat yang dapat saya belajar dari aktiviti harian adik syuhada ni..
=rutin=
samada kita perasan atau tidak, kanak-kanak seawal usia 3 tahun mudah membentuk rutin harian mereka sendiri..bermula dari melakukannya secara terpaksa, tapi bila lama-kelamaan, mereka mula belajar untuk menyukai aktiviti tersebut..
sehinggakan pada suatu tahap, kita pula menjadi rimas kerana terpaksa ikut 'rutin' harian yang telah mereka tetapkan..hehe

justeru, apa rasionalnya saya kongsikan hal ini di sini?
sejak bila pulak saya jadi pakar kanak-kanak ni??hehe..
tak de lah..sebenarnya, seperti yang pernah saya catatkan dalam post-post sebelum ni, antara guru yang paling berkesan dalam hidup saya ialah>>>kanak-kanak..

so, apa kaitannya??
macam ni..setiap kita pasti melalui saat di mana kita tak mampu membuat keputusan..kita terpaksa mengikut kemahuan orang lain, ataupun kita terpaksa bertindak mengikut keadaan..walaupun kita sebenarnya kurang senang dan tak suka aktiviti tu..
hurmm..
sahabat-sahabat, bijaklah mengawal emosi dan tingkahmu..
jangan cepat memberontak..
malulah..
malu pada siapa?..
malu pada adik-adik kecil tu...
sedangkan mereka yang masih 'mentah' soal kehidupan juga sudah pandai untuk belajar menerima keadaan..inikan pula kita...betul tak??..
hehe..
ok..tepuk dada, tanya iman.. Insyaallah berkesan..

lagi satu,..



nota tambahan: tak salah rasanya sekali sekala bawa adik-adik dan mama untuk keluar dan meninjau-ninjau di shopping mall begini..tapi jangan sampai mereka jadikan itu rutin ye..---------->>>>parah!!

(^^,)
wallahualam..

Monday, July 11, 2011

ya, daku pelajar..belum berpolitik..nak cakap sikit boleh?

Bismillahirrahmanirrahim..



maaf andai ini menyakitkan,..tapi dengarkanlah permintaanku..berhentilah! berhentilah berbalah!! sudah-sudahlah mengkafirkan sesama Islam! sudah-sudahlah mengharamkan apa yang sebenarnya halal.. cukuplah..tolong.. kita hidup bersama, perlu saling membimbing..bukan saling menjatuhkan.. yang bijak memerintah, perintahlah dgn bijak..ikut acuan agama..yang bijak hal agama, bantulah pemerintah..gariskan pemerintahan beragama.. Subhanallah..penat..



wahai muslimin,

sudahlah tu..cukuplah kalian saling bercakaran..cukuplah kalian saling bertikam lidah..cukup-cukuplah...tolong..ini rayuanku..mana pergi akhlak mulia kalian?..bukan ini yang agama kita ajar..jika kalian di pihak yang benar, bimbinglah mereka-mereka yang di pihak salah..jika kalian di pihak salah, terimalah teguran..bukan saling berlawan! ALLAH.. malu.. tegakkanlah kelebihan kalian..jika kalian bijak mengurus, uruskanlah setiap urusan dengan cara sewajarnya..mintalah pandangan mereka yang tahu hukum beragama..jika kalian bijek dalam ilmu agama, ajarkanlah mereka-mereka yang perlu mengurus ini cara sewajarnya untuk stiap urusan..



wahai muslimah,

cukuplah...mana tingkahmu yang dulu?..mana hilang kelmbutan dan kesopananmu?..mana pergi rasa malumu?.. kenapa tiba-tiba ku rasakan suaramu kadangkala terlalu lantang dan keras melangkaui keterbatasanmu wahai muslimahku sayang...ku tahu kalian semua bangkit berkobar-kobar atas nama perjuanagn..masing-masing punya agenda.. jika agendamu mempertahankan hak, terpulanglah..tapi, pertahankanlah hak mu dengan cara terhormat..terima lah teguran..jangan kau balas dengan cacian..terima lah dengan hati yang lapang,..mereka bukan mahu menjatuhkan mu..mereka mahu membetulkanmu.. muslimahku, andai agendamu mempertahankan agama,..pertahankanlah..tapi, tolonglah jaga adab sopan dan tingkah laku mu.. bukan kata-kata keras sebagai pengantaranya..bukan juga umpat dan kata menjadi buah modal perjuangannya..teguranmu itu, lembutkanlah,..cadanganmu itu, perhalusilah..andai mereka masih tidak mendengar, bangkitlah dan suarakanlah dengan lantang tapi penuh hemah..jangan kalian terikut-ikut nafsu ammarah yang berdalangakn syaitan..kalian muslimah solehah, jaga keterbatasanmu... pertahankan hak-hak kalian dengan cara bermaruah, penuh terhormat.. cukup lah ye...



ku harap kalian semua sudi mempertimbangkan rayuan ku ini.. tolonglah...

Friday, July 8, 2011

MAAF..oh..beratnya...

Bismillahirrahmanirrahim..

~maafkan kami,..maafkan kami..maafkan kami...~
~lalalalala~ (^__^)

ada kenangan dengan lagu ni...
kenangan waktu persekolahan yang takkan saya buang dari kotak fikiran ini, Insyaallah..
apa peristiwanya, biarlah saya dan sahabat-sahabat yang terlibat sahaja tahu..

baiklah, bukan lagu yang menjadi topik perbincangan,..
namun tunjang lagu menjadi buah fikiran..
ungkapan 'maaf'...

perkataannya cukup mudah,..padat, ringkas, pendek, tapi peeeeeeenuh bermakna..
siapa yang tidak pernah mengucapkan maaf?..herm..mustahil ada orang sebegini..
se ego mana pun seseorang, x pernah terlepas dari mengungkapkan maaf..

pada saya, ungkapan maaf ini merupakan satu perkataan azimat..
ia boleh menenggelamkan marah, mengurangkan masam muka, menjernihkan jiwa, menginsafi hati hamba malah mendekatkan diri pada PENCIPTA..
siapa bisa melawan kuasa maaf??
oh, mungkin ada yang pernah berhadapan dengan situasi apabila mengucapkan maaf, ini yang kita dapat..
"pergi jalan lah dengan kau punya maaf!"
atau..
"kau ingat dengan mintak maaf semua benda boleh kembali ke asal?"
hermm..berat ni... (-__-")


*******

sahabat-sahabat, sebenarnya ada 2 situasi bagi ungkapan keramat ini...
samada pihak yang memohon maaf atau pihak yang memaafkan..
apa yang dapat saya perhatikan, banyak keadaan di mana kita sangat susah untuk meminta maaf..
mungkin pada yang salah itu, dia merasakan dirinya betul ataupun dia memang tak nak minta maaf...malu kot.. (-_^)...

bagi situasi ini, nasihat saya satu je...
sentiasa lah set dalam fikiran kita bahawa, tiada salahnya andai kita mengalah..
jangan malu mengucapkan maaf..
biarlah kita dilihat meminta-minta dan merendahkan diri di dunia..
jangan kita merayu-rayu dan dihina di akhirat kelak..nauzubillah..
ingat,...
kita hidup cuma sekali..ini hanyalah persinggahan sementara untuk mengutip amal sebanyak-banyaknya buat bekalan di negeri akhirat kelak..
andai langkah sesekali tempang, tiada salahnya memohon maaf pada insan-insan sekeliling yang sentiasa menjaga langkah..asbabnya, mereka bukan hanya ingin menjaga langkah mereka sendirian..tapi ingin membetulkan langkahmu agar tidak terus tempang.. berbaik sangka lah ye.. (^__^)

satu lagi situasi, bagi yang memberi maaf...
kita mungkin tidak perasaan sangat akan golongan ini..
kerana golongan yang memberi maaf ini akan menjadi golongan terakhir dipandang orang, berbanding golongan yang meminta maaf..
ada yang berpendapat, golongan yang memaafkan bergantung pada yang meminta maaf...
andai golongan meminta maaf merayu seikhlasnya, barulah golongan memberi maaf bertindak sebaiknya... errmm..

sahabat-sahabat...
sebenarnya, inilah golongan yang paling berat..
golongan yang paling susah di'handle'..
samada ingin di'handle' hatinya, perasaannya, emosinya, mimik mukanya,....segala-galanya lah!!
andai unkapan maaf telah terlerai di bibirnya, maka senang hatilah si peminta maaf..
tapi, sejauh mana hatinya menerima, jiwanya merelakan, emosinya mengiakan?..
boleh dikatakan, memberi maaf sebenarnya lebih susah berbanding meminta maaf..
kerana apa?..
untuk memaksa diri meminta maaf dan mengakui kesilapan, kita hanya perlu berperang dengan ego sendiri dan pandangan insan-insan sekeliling..
tapi, untuk memberi maaf, kita bukan sahaja perlu berperang dengan ego, pandangan umum malah tingkat iman, kekuatan emosi, keikhlasan, keterbukaan hati,..macam-macam lagi..
semua itu perlukan keteguhan...

justeru saranan saya, andai ada yang meminta maaf darimu, maafkanlah dia dengan hati terbuka,..
andai hati berat memaafkan, pujuklah hatimu,..
andai emosi mula memberontak supaya tidak memaafkan, tenangkanlah diri dengan mengatakan,.."aku juga punya banyak kekurangan.."..
Insyaallah...
segalanya berbalik pada ketaqwaan kita..
pulanglah padaNYA..
kita bukan siapa-siapa selain hambaNYA yang fakir lagi hina..
Subhanallah..


wallahualam,..moga bermanfaat...

Tuesday, July 5, 2011

DIA tahu..

Bismillahirrahmanirrahim..

untuk apa kita berusaha?..
untuk apa kita berdoa?..
untuk apa kita mengharap?..

bukan kah telah tertulis, andai itu takdirnya,..

********

sahabat-sahabat...
ALLAH menegaskan sememangnya takdir bagi kita telah pun sedia tertulis..
telah dipahatkan di sana, Luh Mahfuz..
justeru, tika ada di kalangan kita yang berputus asa, mengeluh dan terlalu pasrah dengan kehidupan,..jangan salahkan mereka..
mereka tidak salah, cuma perbuatan mereka itu salah..
mungkin saja mereka ini golongan yang tidak mengetahui..atau juga golongan yang leka dan cuai..
mereka tidak nampak apa yang digariskan dalam agama..

memang segalanya sudah tertulis..bak kata pepatah melayu, "suratan atau kebetulan"..hehe..
tapi, terlupakah kita tentang janji DIA??
janjiNYA yang menegaskan, takdir kita boleh diubah asal saja kita berusaha untuk berubah..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

lagi satu, jangan lupa tujuan ALLAH wujudkan 'doa'..
kenapa mesti ada 'doa'?
'doa' ini sebenarnya salah satu medium bagi kita mendekatkan diri padaNYA,..
ia medium terbaik bermunajat, mengadu, meminta malah menginsafi diri.. Subhanallah..
tertulis juga dalam Islam bahawa takdir kita boleh diubah dengan adanya doa yang tulus padaNYA,..Insyaallah..

sebenarnya, banyak lagi opsyen lain..Islam itu indah dan mudah,,
ALLAH Maha Penyayang dan Maha Mengetahui..

jangan kita terlalu mudah berpuas hati dengan apa yang ada..
alam itu luas..
kehidupan itu nun saujana mata memandang..

terokalah..

ya,..kadang-kadang langkahmu mungkin tersadung..
mungkin juga tertusuk duri-duri di laluan jalan..
kadang-kadang dihinggap oleh serangga berbisa pula di seluruh tubuhmu..

tapi sahabat-sahabt,..
teguhkanlah ayunan langkah kita...
itu bukan apa-apa jika dibandingkan nikmat pembalasan bagi setiap kesabaran dan ketabahanmu itu.. ALLAH...

jangan pernah mengeluh, jangan pernah tersungkur..
andai kalian terjatuh,..bangunlah semula..
ada ganjaran buatmu.. Insyaallah..

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
ingat tu, ok!



lagi satu,..
selalu jugak saya berjumpa dengan situasi di mana ada antara sahabat-sahabat yang merungut...
usaha mereka umpama sia-sia..
apa yang dikejar tidak kesampaian,..
cita-cita tidak dapat di genggaman..
penat dan lelah berusaha keras tidak berbaloi...

aduhh..
sabarlah sayang..
ada hikmah semua tu..
kita merancang, ALLAH juga merancang...
dan DIA lah sebaik-baik perancang..

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak."..(Al-Baqarah : 216)
*******

so, berhentilah mengatakan penat atau lelah dengan apa-apa perubahan yang diharapkan.. sebaliknya, berusahalah untuk berubah... itulah erti perubahan dan kebahagiaan mutlak insani..cintai perubahan, redha dengan takdir..


wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...