Monday, March 14, 2011

mereka merayu..wahai wanita-wanita...tak rasa apa-apa ka?

Bismillahirrahmanirrahim...

sebenarnya, ini entry yang tak dirancang.. I wish to siapkan entry bergambar..tapi, belum ada rezeki rasanya,..tertinggal pulak usb handphone di ofis..gambar-gambar pulak semuanya still dalam fon.. tak pa la..Insyaallah lain waktu..
gambar-gambar tu pulak niatnya nak digunakan untuk buat entry pasal conversation version 2..hehe..tak pa,..next time maybe.. (^__^)

*****

bila dah terperasan tak bawak balik usb tu, and apa yang dirancang pun terpakasa ditangguhkan, tak boleh dinafikanlah.. ada sedikit rasa kecewa..
so, saya merewang ke semua blog sahabat-sahabat...
ada jugak follow 2 3 blog sahabat-sahabat yang baru...best (^^,)
(report bila mau buat ha??!!....ERKK..hehehe)
sambil-sambil tu ber-'fb' ja la..

*****

dalam saya menyorot satu persatu topik dalam laman sesawang ni, saya tertarik dengan isu wanita solehah..
saya ada taipkan key words wanita solehah..dan tau apa yang saya jumpa??
banyak sekali petua-petua untuk menjadi wanita solehah..alhamdulillah..bolehlah saya belajar serba sedikit..
dan, tak kurang juga luahan-luahan hati kepada wanita solehah..baik luahan dari wanita sendiri atau lelaki..

lelaki??

tak terasa janggalkah??

mengapa lelaki memuji-muji, merayu-rayu malah merindu-rindu wanita yang solehah?
(terfikir++termasukkah aku dalam golongan yang dirindu itu..ALLAH..ku berharap pada MU)
*****



ada blog-blog yang ditulis oleh kaum Adam, tetapi menyenaraikan tips-tips menjadi wanita solehah, merayu wanita-wanita di luar sana menjadi seorang yang mencapai tahap solehah..
ada juga yang postkan di fb tentang keperluan menjadi wanita solehah...
sungguh, ada juga yang mencemuh pada wanita-wanita zaman ini yang menolak ke tepi keutamaan mengejar predikat 'solehah' itu..
ALLAH,..sebagai seorang wanita, saya agak tercuit dengan suasana ini...

“Ustaz Mi, bagaimana caranya mahu mendapatkan wanita solehah. Saya ingin menjadikannya teman berbicara tentang ilmu, teman seperibadatan, teman yang berkongsi perasaan dan permasalahan. Bagaimana caranya Ustaz Mi?” tanya saya kepada sahabat saya Azmi satu ketika. Walhal, Azmi sendiri teraba-raba mencari wanita solehah.

“Saya mahukan wanita solehah, bu. Saya harap bu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi hidup saya, menghirup kesusahan dan kesenangan bersama saya,” bilang saya pada ibu saya satu ketika.

Noor Ismail Sebenarnya di sini, pentingnya seorang wanita itu menghiasi dirinya dgn hijab yg baik. Apakah itu hijab yg baik? Hijab yg dapat menghalang pandangan bernafsu oleh org lain. Wanita yg tidak menutup auratnya dgn baik, akan mudahnya menarik lelaki yg tidak beriman untuk mendekatinya, dan ini akan mendatangkan bahaya kepada wanita itu. Tetapi sekiranya wanita itu solehah, menutup aurat, automatik, mengikut hukum alam, wanita ini akan terhindar dari lelaki yg tidak beriman itu. dan begitu juga sebaliknya. Sekiranya wanita itu solehah, maka hanya lelaki soleh yg akan tertarik dengannya, sebab kata orang, ada "chemistry" gitu.:) Birds of same feather flock together, hurmm betul ke peribahasa ni, lebih kurang gitulah . :)

*****

"Ya ALLAH,..kami wanita-wanita ini memohon kepada MU,..jadikan kami wanita yang baik dan solehah di pandanganMU,..moga kami beroleh nikmat bahagia di Syurga MU,.. kami memohon jadikan kami wanita yang baik dan solehah di pandangan hamba-hamba MU di dunia fana ini,..moga kami beroleh kehormatan dan kebahagiaan di kehidupan sementra ini..amin.."

ayuh wanita...bulatkanlah tekadmu...teguhkanlah hayunan langkahmu..tetapkan pasak kaki mu berdiri di jalan redhaNYA..Insyaallah..
andai kita tak mampu mencapai tahap solehah,. sekurang-kurangnya kita di landasannya,..
dan sekurang-kurangnya kita penuhi keinginan para bakal zauj kita untuk bertemu dengan zaujah yang berada di landasan keimanan yang teguh padaNYA..

wallahualam..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...