Monday, March 28, 2011

eh...sedor le diri kamu tu yong...tak mustahil die tu lagi mulia dari kamu..

Bismillahirrahmanirrahim..

semakin banyaknya tugasan, semakin bertambah tekanan..
semakin banyaknya persoalan, semakin ligat memikirkan..
semakin bertambahnya waktu, semakin gagah kaki melangkah supaya tidak terus kaku..Insyaallah..

dalam melusuri waktu-waktu yang semakin genting, dengan deadline untuk menghantar report kepada pensyarah, deadline untuk menghantar tender,,,kepala semakin pusing...
seperti tidak cukup jumlah masa selama 24 jam sehari...
hingga pernah terfikir untuk diberhentikan waktu supaya dapat saya mengejar dan mengutip sisa-sisa urusan yang belum terlaksana..Subhanallah...
tapi saya sedar, untuk apa saya minta semua itu? ALLAH telah mengatur segalanya dengan Maha Sempurna...cuma, saya yang tidak pandai menguruskannya..ALLAH (-__-)

tapi, itulah yang dinamakan ketentuanNYA,..dalam sibuk-sibuk saya menguruskan waktu,..ALLAH tunjukkan saya sesuatu yang indah untuk direnungkan..
sepanjang hari saya terpaksa berpusing-pusing tunggang tebalik,(",) berkejar-kejar memenuhi tanggungjawab di pejabat, kadangkala terpaksa ke tapak untuk urusan kerja juga, telinga saya tak pernah sunyi dari pesanan-pesanan yang membuat saya sebak dan tersenyum bahagia..
(dalam kejar-kejar masa sempat juga update blog , kan? hehe)
ada sahaja nasihat-nasihat berguna samaada ketika saya sedang tekun menulis dan menaip di pejabat, ketika di dalam kereta untuk ke tapak malahan ketika makan bersama-sama sahabat juga!

*****
ada satu masa, saya bersama dua orang 'otai' baru pulang dari tapak,..
seperti kebiasaan, banyak perkara dibincangkan..
saya tiba-tiba jadi tertarik pabila ternampak satu poster tentang majlis malam penghayatan yang dihadir oleh Ustazah Norbahiyah dan Amy Search..

Amy Search??



tapi, perbetulkan pandangan kita...jagalah hati, jangan kau kotori..eh, menyanyi pulak..
seperti yang spontan dibincangkan pabila terlihat poster tu..
"hidayah ALLAH tak mengenal siapa, bila, di mana dan bagaimana.."



alhamdulillah... (maaf peminat Amy Search, ini cuma satu contoh kecil..moga menjadi pedoman untuk semua, Insyaallah..)

antara yang dapat dihuraikan dari majlis ilmu yang tak dirancang tu, setiap dari kita sememangnya tidak punya hak untuk memandang rendah orang lain atau dalam kata lain, merasakan dirinyalah yang terbaik...

teringat pula saya pada satu sesi perkongsian ilmu tak lama dulu...ada seorang yang saya homati memberi peringatan..

"jangan kau memandang rendah sesama makhluk dan sesama manusia,..kerna yang hina dina di pandangan mu mungkin lebih mulia darimu..

1. jangan kau pandang rendah pada pokok-pokok dan binatang-binatang, kerna diri mereka terlepas dari perkara-perkara yang mendatangkan dosa. malah, mereka sentiasa memuji-muji dan beristighfar padaNYA..

2. jangan kau pandang rendah orang bukan Islam,..kerna tidak mustahil suatu hari kelak mereka sempat mengucap kata kunci syurga, syahadah, dan mencintai agama ALLAH ini melebihi cintamu padaNYA..

3. jangan kau pandang rendah pada kanak-kanak, kerana sesungguhnya mereka lah khalifah ALLAH di muka bumi ini yang masih suci dari dosa dan noda ciptaan duniawi..

4. jangan kau pandang rendah golongan tua yang lemah, kerana kelemahan yang kau lihat itu ialah hasil kutipan pengalaman hidupnya..dan pengalaman itulah yang membuktikan kematangannya menangani cubaan dunia..

5. jangan kau pandang rendah golongan yang merangkak-rangkak mempelajari ilmu ALLAH.. kerana, selalunya golongan inilah yang paling berhati-hati melaksanakan perintah dan suruhan agama..sedangkan kita, merasa sudah biasa dan melakukannya acuh tidak acuh..

6. dan akhir sekali, janganlah kau pandang rendah orang-orang di sekitarmu, dan merasakan dirimu lebih baik dari mereka,..perhatikanlah orang-orang berilmu untuk kita pelajari ilmu mereka,..perhatikanlah orang-orang 'lama' untuk kita soroti sejarah hidup mereka,..kerana kita bukan siapa-siapa selain hanyalah hambaNYA...
apa yang ada pada kita, semuanya adalah pinjaman dari NYA.."



wallahualam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...