Saturday, November 20, 2010

Una,..betulkah...??

seharian di rumah...
bersama mama dan adik-adik...
ungguh gembira (^_^)...
alhamdulillah...KAU kurniakan aku ketenangan di sini...
dan bila sekali-sekala abah pulang dari berjihad mencari nafkah untuk keluarga,...hidup terasa lebih sempurna...Subhanallah..
***
paling gembira bila melihat adik2 meneroka hidup dan dunia di sekeliling mereka...
Allahuakbar...
saya ingatkan bila adik-adik mula meneroka, aya akan lebih banyak melihat hasil yang mereka dapat berbanding usaha dan ikhtiar saya untuk memberikan yang terbaik..tetapi...
yang sebaliknya berlaku...
saya diasak pelbagai soalan yang menjadikan saya terfikir..
"oh..aku juga perlu belajar dan meneroka bersama mereka...
***
soalan dari adik bongsu saya berumur 4 tahun.. (yang memang banyak tanya..)
" Una, TUHAN tu baik kan? macam mana nak tau TUHAN tu baik?"
"sebab apa TUHAN marah bila x solat?"
"sebab apa kita x boleh nampak TUHAN?"
"Una, sebelum Syuhada keluar dari perut mama, syuhada ada kat mana?"
"syurga tu apa?"
***
ALLAHUAKBAR...semua soalan2 ini perlukan masa sayangku...
una x ingin hampakan keinginanmu untuk mengetahui semua itu...
sesungguhnya kaulah bidadari kecil yang ALLAH amanahkan pada kami, mama, abah, una, kak syifa n abang anas untuk diberi makan rohani dan jasmani...
insyaallah...kami bukan yang terbaik..
tapi kami kan cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik untukmu...

wallahualam..

Thursday, November 18, 2010

bagaimana lagi harus dididik??

bismillahirrahmanirrahim...
sekarang saya sudah pun berada di rumah.. alhamdulillah
cuti semester telah bermula...
semua pelajar2 UiTM pasti tersenyum simpul... (^_^)
ketika peperiksaan akhir hampir melabuhkan tirainya,..
tertawa saya tika mendegar perbincangan sahabat2 sekuliah...
masing2 merancang apa yang bakal dilakukan ketika cuti...
bagi sahabat2 semester saya yang bakal menjalani latihan praktikal semester hadapan, ada juga saya terdengar rancangan mereka untuk mempersiapkan diri...
tiba2 salah seorang sahabat saya bertanya,..

"apa perancangan kamu?
bekerja atau rehat sepuas-puasnya sebelum praktikal?"

aduh..baru saya terfikir...saya belum punya apa2 perancangan...
duduk di rumah?
atau mencari kerja sambilan?
tapi, jika direnung semula persoalan sahabat aya tadi,..
~"rehat sepuas-puasnya"~
adakah dengan berada di rumah, tanpa bekerja sambilan, itu dinamakan 'rehat sepuas-puasnya'?
hurm...
bagi saya tidak...
malah, jika di rumah, saya rasa itulah kerja yanglebih berat...
saya bekerja untuk memenuhi tanggungjawab sebagai seorang anak, kakak, sahabat, saudara dan semua..
ya, siapa kata bekerja sambilan saya tidak bekerja untuk itu? ya benar saya belajar...tapi tidak sesungguh-sungguhnya...
saya mungkin hanya melaksanakannya untuk majikan..

tika di rumah.,,saya akui, saya bertanggungjawab besar...
saya bertanggungjawab menghiburkan mama n abah,..
bertanggungjawab juga memudahkan adik-adik..
menggembirakan sahabat2..
mengeratkan ukhwah sesama saudara...dan semuanya...

dan ketika sampai di rumah, saya bahagia melihat..
"oh, adik-adikku dah besar rupanya.."
(macamlah saya sudah terlalu lama x pulang ke kampung..(~_^) )
dan melihat adik-adik membesar seperti ini, saya cepat2 tersedar...

"aku adalah kakak kepada mereka,..kebajikan mereka, tanggungjawabku juga"..

didikan...ya, didikan!!itu yang bermain dalam fikiran saya...
tapi, sejauh mana masa manjadi medan memberi didikan terbaik untuk mereka??
masa untuk mengejar gapaian mereka,..masa melatih diari hidup mereka,..
dan segala-galanya!!
terfikir..
mungkin juga masa boleh mengajar mereka..

tapi,...sebenarnya, itulah yang merisaukan saya..
sejauh mana mereka boleh belajar dari peredaran masa?
sebagai contoh...ketika baru selesai bermain-main dengan adik-adik...
saya 'layan'tv kejap...
aduh...ini yang saya tonton dalam cerita kanak-kanak!..
"budak x guna!!"
"kebenaran x selalunya manis!!"
jahanam!!"
Allahuakbar...saya semakin risau...

jom berusaha membetulkan kembali semua ini...ayuh!..
wallahualam...

Saturday, November 13, 2010

bermuhasabah dalam cinta..

bismillahirrahmanirrahim


****cinta****

cinta??cinta sesama manusia?
cinta lelaki dan wanita??
cinta aku dan dia, ana wa anti, b n cayang??
****
tersenyum saya, malah tergelak seketika saat adik2 bertanya...
"kakak tak nak bercinta? kenapa kakak tolak cinta dia?
kakak anti lelaki?"
adik-adikku sayang....
cinta itu anugerah...malah makhluk ciptaan Tuhan yang sangat indah..
tiap-tiap dari kita ada rasa cinta...
kakak juga punya rasa cinta..
hati mana yang tidak menerima dan menolak cinta?
itu memang fitrah adik-adikku...
tentang persoalan diri kakak tentang cinta..
ada sajak nukilan hati kakak untukmu sekelian,..
**********
cinta,..
bukan aku menolak cinta,..
bukan juga aku tidak punya rasa cinta..
malah,..mana mungkin aku masih di sini jika bukan kerna cinta..
jangan disalah erti tentang cinta itu wahai hatiku..
jangan kau campuri cinta suci dengan nafsu..
nafsu itu perlu,..tapi bukan tanpa kawalan agamaku..
cinta..
mengajar erti hidup..
dengan cinta aku mampu tersenyum, mampu bergelak ketawa kerananya..
tapi, tidak mustahil untuk aku tersedu kerana cinta..
aku mungkin jua lelah..
lelah berfikir untuk menyempurnakan cinta..
walhal cinta itu telah sedia sempurna..
cinta..
antara keluarga, sahabat, muslimin dan muslimat..
tetapi aku tahu,..
persoalan cinta rijal dan hawa lebih gelodak...
lebih meledak di telinga dan mulut-mulut mereka..
apakah aku menolak cinta itu?..
duhai hatiku sayang...jangan lalai...
jaga keterbatasanmu...
aku tidak menolak cinta..tidak juga menafikan cinta...
aku cuma takutkan cinta itu..
aku takut, cintaku pada dirinya melebihi cinta pada TUHANku..
aku takut bila ada cinta padanya,mengalir rindu dalam hatiku..
maka ku takut rinduku padanya melebihi hak yang patut ku rindukan PEMILIKku..
aku takut cintaku pada dirinya mengundang si dia yang ketiga,,
'syaitan yang direjam!..'
cinta..
akan kuterima cinta darinya bila akad atas namaku..
akan kuserah cinta dalam hati ini sepenuhnya..
bersama-sama cintaku pada ILAHI,..
agar cinta yang kusalur itu dalam perhatianNYA..
dan ku harap jua,..
dirinya yang bakal menerima cintaku ini..
punya cinta yang tinggi pada DIA,.PENCIPTA CINTA..
amin..

*********
wallahualam..

Wednesday, November 3, 2010

manusia,..bukan malaikat!!

bismillahirrahmanirrahim...
fb..fb..fb..
jujur, kerap juga saya masuk ke laman sosial itu..seakan ada magnet...
hinggakan ketika detik2 menghadapi peperiksaan akhir pun, masih sempat lagi log in...adess...lalaikah saya..
mungkin...ya..rasanya ya...
Insyaallah...saya cuba kurangkan...x boleh plak nak tinggalkan mengejut...
ramai sahabat saya kat situ.. ;)
hurm...dalam melayari laman sosial tu, saya x nafikan,..
banyak juga yg saya pelajari...
samada yang dipelajari tu benda baik atau buruk,
hanya rasional dan iman menjadi panduan untuk ikut atau tinggalkan...
*****
di laman sosial tu, saya kadang2 jadi agak kaget tatkala melihat sahabat2 yg bergambar melampau-lampau...
maksud melampau pada saya di sini ialah mengendahkan batasan aurat, tak mempedulikan batas perhubungan dengan ajnabi..Subhanallah..
kadang2, bahasa yang digunakan juga agak 'melampau',..
ada juga yang menjadikan laman sosial itu sebagai tempat mencurahkan perasaan..
tempat menukilkan segala aktiviti harian mereka,...
*****
medan fb juga menjadi tempat mengumpulkan sahabat2..
samada yang baru kenal, sahabat lama,..malah yang mencari jodoh pun ada!
ada juga yang menjadikan medan dakwah..Subhanallah...bagusnya,..
kiranya, siapa yg mengatakan laman fb hanya untuk golongan yang mendambakan keseronokan sahaja??
banyak nasiht2 yang saya sendiri selalu terima..
banyak ingatan2 kepada ALLAH yang di'post'kan di situ..
so, terbukti golongan 'orang agama' ini pun turut sama mengikut trend kehidupan millenium tanpa lupa kepada tujuan asas kehidupan- khalifah di bumi TUHAN..
alhamdulillah,..
bercakap soal orang agama..teringat saya pada satu post dalam fb...yg bagi saya sangat menarik untuk direnungkan bersama..

******

"golongan bertudung labuh, orang2 surau, orang2 agama,..mereka manusia..bukan malaikat!"
tajuknya sahaja sudah menarik perhatian...
mulanya saya ingatkan ia berkaitan hal yang tidak sedap didengar oleh golongan disebutkan di atas,..
tapi rupanya,..
seseorang mangingatkan kita bahawa orang2 yang dianggap 'orang agama' ini, tetap seorang manusia...
dia bukan malaikat!!
tiada nas yang mengatakan dengan penampilan sebegitu menjadikan mereka manusia yang maksum..
betul!!
kalau kita perhatikan masyarakat sekarang pun,..mereka seolah-olah takut mendekati golongan yang membawa imej agama ini...
mereka mengelak untuk melaksanakan syariat Islam yakni untuk saling mengingatkan, dengan golongan sebegini..
alasan yang selalu diberi..
"die kan alim,aku ni apalah sangat.."
"eissyy..xkan dia x tau kot.."
habis, mereka itu sempurnakah??tidak pernah melakukan kesilapan??
siapa kita untuk menialai??
siapa kita untuk meletak golongan itu setinggi itu?
*****
justeru, persepsi masyarakat perlu diubah..
takkan bila seseorang yang dianggap 'orang agama' itu sudah melakukan kasalahan,..
kita semua hanya menunding jari!!
ingatkan pada masyarakat bahawa golongan sebegini juga ada possibility untuk melakukan kesalahan,..
malah, jika mereka ini bersalah, kesalahannya akan dianggap lebih besar berbanding orang yang berimej 'biasa-biasa'..
moga orang2 di sekeliling saya juga tidak keberatan menegur dan saling mengingati..
insyaallah..
wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...