Bismillahirrahmanirrahim..
Sekian lama tak menjengah kanvas, sedikit kekok mengetik papan kekunci (^_^)
Insyaallah, ini akan menjadi permulaan sebuah kembara yang baru bermula semula..
'Aku dah niat..'
Selalu saja saya terdengar malah menggunakan sendiri ayat ini. Dalam apa-apa perbuatan, kalau tak mampu tercapai apa yang dihajatkan, mesti kata "Takpe, dah niat..". Maksudnya lebih kurang macam, ALLAH melihat usaha kita, bukan pencapaian kita terhadap apa yang telah ditargetkan di awal perbuatan..
So, betullah macam tu..
Masalah sekarang, ada jugak yang saya jumpa, buat something acah-acah ayam, tapi cakap "Takpe, dah niat.."
Haihh.. Macam tak kena. Niat, kena la dengan usaha! Baru betul lagaknya. Ini tidak! Niat dan 'aim' beria-ia.. Tapi tak nampak macam nak ke arah tu pun cara usahanya.
Lagi satu situasi yang nampak ketempangan, tapi selalu dibuat. Buat satu kemungkaran, atau something yang tak elok la, tapi di'tak mengapa'kan kerana niat. Ok, saya tau ramai yang dah faham. Tapi saya nak bagi contoh jugak. Sedikit berkenaan isu semasa, konsert. Di Malaysia berbagai macam konsert yang ada. Dalam satu bulan, berpuluh-puluh pun mampu dianjurkan. Malah kalau ada apa-apa sambutan, konsertnya boleh dijumpa di sini-sana. Ada yang niatnya baik, ada yang dilaksana untuk hiburan semata.
Konsert untuk hiburan, tak perlu lagilah dihuraikan. Niatnya sahaja pun sudah nampak salah. Yang saya ingin perkatakan, tentang konsert yang niatnya tulus, mulus, ikhlas dan suci kerana ALLAH. Konsert untuk tabung amal misalannya. Penganjurannya, niatnya, targetnya, semua serba-serbi mantop. Yang selalu menjadi tempang ialah pengisiannya. Tak salah nak berkonsert tu pada saya. Hukum alat muzik dan lagu-lagu semua tu saya takkan perkatakan apa-apa. Sungguh, saya fakir ilmu itu. Yang saya selalu berkerut muka, pada penyanyi wanita. ALLAH (-__-")
Kehadiran artis wanita kadang memang diperlukan juga. Sesetengahnya telah dilantik menjadi duta atau jurucakap pada program amal berkenaan. Tak kurang, ada yang memberi pengisian ketika konsert berlangsung. Untuk itu, syabas! *Clap
Tapi, the moment artis wanita menyanyi, dengan penuh mendayu-dayu, penuh lenggok dan gemalai suaranya, saya macam err.. Bolehkah? Sebab setahu saya yang serba fakir ilmu agama ni, setakat yang saya belajar, tak boleh begitu. Aurat. Dan membawa fitnah pada si wanita tu sendiri. Tapi ada yang mempertahankan, "Ia untuk tujuan amal."..Saya? "Owh..Ok.. Niat dah menghalalkan cara -.-"
Begitulah perumpamaannya.. Ada banyak lagi contoh lain sebenarnya. Tapi contoh 'konsert' lebih dekat di hati tika ini. Ini belum lagi saya hurai tentang konsert yang di'niat'kan untuk memperingati insan-insan yang telah kembali menghadap ILAHI. Itu lagi panjang kalau nak diperkatakan. Yang penting faham, sudahlah.
Ingat! Setiap perbuatan kita bersandarkan pada niat, tapi niat bukan membenarkan segala perbuatan.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment