Sunday, December 22, 2013

Bermusafirlah..

Bismillahirrahmanirrahim..



Sebagai seorang wanita, ada perbatasan buat kita andai ingin bermusafir. Islam tidak menghalang, asalkan mengikut batas syariatNYA. Menjaga apa yang perlu dijaga. Menyertakan apa yang disyaratkan agama.

Penjelasan lanjut dan hukum-hukum bermusafir bagi seorang wanita Islam boleh dibaca di salah satu contoh karangan ilmiah ini.
Insyaallah..

Saya tidaklah mahu menghurai panjang persoalan hukum bermusafir, kerana sungguh diri ini jahil. Apa lagi dalam membicarakan soal hukum. Tak mustahil akan menjadi sesat lagi menyesatkan.
Saya ingin lebih kepada mengingatkan diri sendiri dan sahabat semua tentang hikmahnya dalam bermusafir. Tak dapat kita lari, ketika bermusafir, ujian dalam meng-istiqamah-kan diri itu lebih hebat dan rasanya berganda. Ada sahaja halangan yang tiba. Tak cukup masa, kurang tenaga malah kadang sesat pula. Saat-saat begitu, kita mula teraba-raba dalam menjaga amalan kita, termasuklah nilai dan harga diri seorang wanita.

Adakah kita masih menjaga solat dan iabadah-ibadah wajib serta sunat lainnya? Semak semula. Ya, kita memang dibolehkan untuk melaksanakan solat jamak, ALLAH dah beri kemudahan tu. Tapi, jangan sampai terlepas pandang apa yang menyebabkan kita menjamakkan solat kita. Adakah kita betul-betul terdesak untuk menjamakkannya? Atau kita cuma sekadar 'menangguhkan' solat itu kerana belum puas bersuka-ria dalam perjalanan kita.
Dalam bermusafir, Al-Quran kita letak di mana? Hanya di kocek beg sahaja? Atau kita langsung tak bawa bersama? ALLAH.. ALLAH.. Itu baru cuma dua contoh besar.. Kalau dikorek kewajipan dan ibadah lain, entah apa lagi kita malu pada diri sendiri.

Aurat.
Ya, bermusafir menuntut kita berpakaian se-selesa-nya. Tapi banyak yang terlampau mahu selesa hingga terabai apa yang sepatutnya terjaga. Bahkan, ada pula yang bersiap berlebihan atas alasan 'Nak pergi jauh'. (-_-) Batasan pergaulan mula longgar, hanya kerana tak ingin tak selesa. Saudari-saudariku, kita sebelum bermusafir, semasa bermusafir, selepas bermusafir, tetap figura yang sama. Dan sepatutnya jadi lebih baik lagi. Bukan sebaliknya. Ingat tu.

In short, saya boleh katakan, bermusafir banyak mendidik diri dan jiwa. Adakah kita jujur dan kuat dalam mentaati perintahNYA. Tepuk dada, tanya iman, bukan hanya selera.

wallahualam..
Peringatan untuk saya, awak dan mereka..

2 comments:

  1. Replies
    1. Insyaallah, kita saling mengingatkan diri sendiri, dan sampaikan peringatan pada yang lain..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...