Bismillahirrahmanirrahim...
di malam hari, terasa ingin kongsi sesuatu yang menangkap perhatian saya seketika pada kaca tv..
peminak fanatik korea dalam rumah saya, (adik kedua saya) sedang tonton sebuah rancangan hiburan mereka sambil saya ber-blog walking di belakangnya..
sampai satu momen, saya terpandang kaca tv...
menarik ayat yang diucapkan ni..
"If you are perfect, then you are not charming...everyone have their own weakness, and that is what made up a human" (^_^)
betul tu! saya memang sangat setuju dengan statement tu... kebetulan, baru-baru ni saya diajukan dengan satu persoalan dengan sahabat usrah saya..
dia disoal oleh seorang adiknya...
"apa yang boleh dijelaskan..di sekolah, adik ada belajar.. tema bagi surah Al-Ikhlas ialah, 'manusia itu sebaik-baik kejadian'... dan akak pun ada jelaskan , semua ciptaan TUHAN itu sempurna.. tapi, kita ditegaskan bahawa 'everybody is not perfect'.. so macam mana tu?"
haa...complicated kan persoalan yang adik ni utarakan? walaupun baru berumur belasan tahun, kita dapat lihat betapa golongan belia hari ini benar-benar dahagakan satu penjelasan yang menghilangkan kecelaruan mereka...
sejujurnya, saya sendiri tidak punya penjelasan lengkap untuk menghuraikan persoalan ini...tapi, si kakaknya mendesak saya cuba memberi jawapan semudah dan seringkas mungkin...agar hati adiknya tidak terlalu mendesak untuk mendapatkan jawapan...
saya tidak pasti apakah ini jawapan yang tepat, tapi hanya ini yang dapat saya katakan padanya buat sementara waktu (sementara saya dan kakaknya mendapatkan jawapan dari yang lebih pakar) hehe..
"ciptaanNYA tidak pernah tidak sempurna..cuma sengaja DIA jadikan kelemahan itu ada pada tiap-tiap manusia..kerana niatNYA satu, ingin diujiNYA kita tentang ketaatan sebagai hambaNYA..dan menunjukkan bukti perhatianNYA pada kita.."
"kita memang tidak sempurna, tapi berpegang teguhlah bahawa kita ini sebaik-baik kejadian... jangan terlalu melihat kelemahan yang ada pada kita, tapi pandanglah kelebihan-kelebihan yang ALLAH anugerahkan pada kita, yang mampu menutup segala kekurangan yang ada.."
"paling penting, jangan pernah berburuk sangka dengan ALLAH.."
itu sahaja jawapan spontan yang mampu saya berikan.. sementelah lagi, saya tidak pandai dan berani menyelitkan potongan ayat Al-Quran dan Hadis.. bimbang dengan ilmu saya yang cetek ini tersalah tafsir maksud ayat yang disampaikan..
mungkin ada yang lebih arif dalam memberikan jawapan.. bolehlah dikongsikan.. Insyaallah..
dan, malam ni saya mendapat satu lagi jawapan untuk diberikan pada adik itu..
ayat yang di highlight di atas ^_^
No comments:
Post a Comment