Tuesday, November 29, 2011

kau dicintai kerana mencintai...❤❤❤

Bismillahirrahmanirrahim..

hari ini, hari berjalan seperti biasa..
berkemas rumah.. buang sarang labah-labah..
mama terus siapkan makanan untuk sarapan..
kami sarapan bersama..
bersembang..berkonsi pelbagai kisah..
kelak ketawa berselang seli dengan suapan makanan ke mulut..
indah!..

mengira-ngira detik jarum jam yang bergerak tanpa henti..
menunggu adik bongsu bangun dari tidur..
menanti apa lagi keletahnya hari ni..
berkira juga menanti waktu untuk mama hantarkan makanan buat adik kedua yang berperang di medan peperiksaan SPM..
kami masih mengisi masa berdua..
saling meluah rasa..
usik mengusik menjadi adat yang tak boleh dipisahkan..
terasa lebih bahagia!

pukul 9.30 pagi..masa untuk mama menghantar makanan..
tugasan di rumah mama serahkan..
menghantar mama dengan sebuah senyuman..
mama membalas sebuah senyuman dengan lambaian..

=waktu bergerak=

bunyi deruman enjin kereta..
mama masuk ke rumah dengan kedutan di wajah..
tiada riak ceria.. Subhanallah..apakah??
mama katakan, "adik cakap dia tak boleh jawab,"
ALLAH..
garis kerisauan makin jelas ketara..
dikhabarkan pada abah..
abah beriaksi biasa..
walau kami nampak kedutan jelas di dahinya..tanda dia juga bimbang..

=jarum masa terus lagi bergerak=

abah bersiap-siap keluar mencari rezeki buat keluarga..
mama masih terdiam di dapur..
tertunduk memikirkan sesuatu..
mama katakan..
"bukan mama bimbangkan keputusannya.."
"mama terima apa saja hasil anak-anak mama.."
"mama jugak yakin dia mampu dapatkan yang terbaik untuk diri dia.."
"cuma mama tak sanggup melihat dia kecewa.."

dan, akhirnya...

mama menangis bagi pihak Anis Syifa..


kasihnya ibu membawa ke syurga..
besarnya kekuasaanNYA..
menganugerahkan sekeping hati kecil dengan kecintaan yang besar nilainya..



wallahualam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...