Bismillahirrahmanirrahim..
ada yang bertanya.."betulkah tak boleh bersanggul ketika bertelekung?"..
"apa kaitan bersanggul dengan bertelekung?"
"bukankah kita bertelekung kerana ingin 'menutup' aurat ketika bersolat?"
(^__^)
sahabat-sahabat Muslimahku sekelian,..
kerana itulah pentingnya kita tahu perbezaan antara 'menutup' dan 'membungkus' aurat..
saya pernah highlight di entri pelik tapi benar ni..
*************
kita semua tahu, telekung itu merupakan method supaya kita dapat menutup aurat sesempurna mungkin ketika berhadapan denganNYA..
sebenarnya, ia bukanlah pakaian wajib untuk bersolat.. asal saja apa yang kita pakai itu menutup aurat..teruskan saja solatnya! :)
tapi, telekung itu menjadi penyelesaian kepada kita bila pakaian yang dipakai menimbulkan was-was tentang status 'menutup aurat'..
masalahnya, ada pula yang 'ter' lepas pandang beberapa perkara dalam bertelakung...
di sini saya cuba senaraikan kesalahan-kesalahan biasa yang 'mungkin' kita sendiri lakukan tanpa sedar...
**************
1. bersanggul bagai...
kalau kita semua tahu bersanggul bak bonggol unta ini adalah dilaknat bila digayakan di hadapan ajnabi.. apatah lagi ketika solat kan??
sebab itu seboleh-bolehnya lepaskanlah rambutmu, atau rendahkan ikatan rambutmu.. lebih sempurna.. Insyaallah..
2. jarang nya mak aih..
Ini memang masalah... lebih-lebih lagi, kalau itu bukan telekung sendiri.. hal ini sering terjadi bila kaum muslimah berhenti untuk solat jetika dalam perjalanan.. terutama di pusat beli belah, memang payah mencari telekung yang tidak jarang kan?? so, andai ini terjadi, pakailah tudung kalian di bahagian dalam..ataupun cara lebih selamat, bawa telekung sendiri ke mana-mana.. paling mudah, pakai pakaian yang menutup aurat... selesai! (^_^)
harap-harap lepas ni kita tak lagi menghadapi masalah telekung jarang begini.. bukan apa, bila kita solat tapi orang lain masih boleh nampak berapa utas rantai yang kita pakai.. hehehe.. memang tak selesa.. tak ikut syariat pulak tu..
3. berlebihan dalam hiasan..
saya tidak mengatakan salah untuk adanya hiasan di telekung... ia mencantikkan bukan? malah, ALLAH juga suka pada kecantikan.. (^_^)
cuma masalahnya, kadangkala ia agak berlebihan..sehingga sering kita terjumpa telekung yang hampir menutup terus dahi si pemakainya...
bukankah salah satu anggota sujud kita ialah dahi? dahi kita perlulah menyentuh tempat sujud, tanpa dilapik oleh pakaian kita.. wallahualm.. ini berdasarkan ilmu yang saya ada dan belajar..
**************
baiklah, itu tiga kesalahan utama yang kita sering jumpa dalam pemakaian telekung...
saya bukanlah bijak berbicara atau menyatakan itu salah ini salah..
saya hanya memberi sedikit peringatan dan komen, juga peringatan pada diri saya..
moga kita sama-sama perbaiki setiap amalan, Insyaallah..
wallahualam...
ps: maaf atas segala kekurangan.. mohon diperbetulkan jika salah..
lagi satu, maaf muqaddimah lebih panjang dari isi..hehe ^_^
terima kasih untuk perkongsian :) .
ReplyDelete