Saturday, October 22, 2011

Pelik tapi Benar!

Bismillahirrahmanirrahim...
wahai saudari-saudari seimanku..dengarkanlah apa yang ingin saya utarakan di sini..
bukan saya mahu membuka aib kita...
tapi, inilah realitinya..tidak ada orang lain yang membuka aib kita, tapi kita yang mendedahkannya sendiri..
semua ini ikhlas mengenai kita, wahai sahabat muslimah..

1.Tutup aurat atau bungkus aurat?

masalah kita, wanita Muslim kini, kita seolah-olah salah faham dengan konsep tutup aurat.. ALLAH perintahkan agar kita tutup aurat yakni dalam masa yang sama, pelihara aurat..aurat kita adalah bahagian-bahagian tubuh yang sangat berilai anugerah dari Yang ESA.. DIA Maha Tahu hikmah di sebalik suruhan yang satu ini... antara hikmah yang jelas, ia bagi melindungi diri kita...menjaga apa yang perlu dijaga.. bukankah yang tertutp itu indah?
tak pelik kah tentang satu perkara? kita rasa terseksa sebenarnya bila aurat kita dibalut dan dibungkus..kita juga tahu hukumnya haram..tapi kita buat juga kan?
memang pelik....

2.yang tertutup tetap terbuka

ha, ini satu lagi..pernah sekali,berlaku satu peristiwa semasa saya dan sahabat berjalan pulang dari kelas di UiTM satu waktu dulu..kami sama-sama terlihat pakaian seorang pelajar perempuan yang bagi kemi agak pelik..bukanlah maksud pelik di sini aneh seperti pakaian cik lady gaga nuh.. tapi,bila ada bahagian badan yang didedahkan sedangkan tudung di kepala.. apa aurat kita cuma rambut kah?
yang peliknya, tak rasa janggalkah berpakaian begitu?..si pemakai pula mesti sedar, banyak mata yang memandang.. dan si pemakai juga mesti tahu aurat kita bukan hanya di atas tu...dah sama macam mempermainkan hukum ALLAH pulak..dan, bukan ringan balasan bagi mereka yang mempermainkan hukum ALLAH ni..pasti si pemakai tu tahu..tapi kita buat juga kan??
memang pelik.....

3. 'Bonggol unta'

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
hmm..semua dah tahu kan?? tapi buat jugak...
memang pelik.....

4. Mengumpat oh mengumpat

satu yang tak pelik ialah mengumpat memang sinonim dengan kita, wanita. tapi apa yang pelik ialah semua orang tahu ia dosa besar, tapi buat jugak! dalam mengumpat itu boleh jadi terkandung juga fitnah..dan, kita semua memang arif dengan betapa besarnya dosa bagi mereka-mereka yang menaburkan fitnah..tapi tu lah..kononnya asal wanita je memang 'perlu' mengumpat..aishh
memang pelik.....

5. 'couple is haram'

kebanyakan dari kita pasti tersenyum bila menerima ayat ni kan? realitinya semua orang tahu, tak boleh couple ni! pastu, ada la pulak yang membalas.. "alaa, kitorang bukan buat apa-apa pun..setakat keluar, sembang-sembang, share kasih sayang, berkongsi perasaan, makan-makan,..pastu balik..ha,bukan berzina pun!".. hemm..
assalamualaikum sedari, definisi zina tu bukan hanya di atas katil! kalau dah salurkan perasaan kasih sayang pada yang tak selayaknya, keluar berdua tu...bukan maksiat namanya?..itu belum lagi dikira kes pasangan yang ada pegang-pegang tangan, bermesra-mesra.. lagi satu, ALLAH berpesan "Jangan 'hampiri' zina".. bukannya "jangan berzina!" maksudnya, perkara-perkara yang mendekati zina tu pun x boleh!
tak kurang, ada juga yang cakap "buat je la hal masing-masing..tak payah sibuk pasal kami"..masalahnya, kalau kita biarkan golongan ini buat 'hal' mereka sendiri pun, nanti kita juga yang akan dipersoalkan..
konklusinya, semua orang dah tahu benda ni tak boleh, tapi buat jugak...
memang pelik....

***************************************

so, saya cuma list kan 5 perkara sahaja dulu.. bukan saya menyatakan semua perkara-perkara ini hasil pemerhatian saya di sekeliling sahaja..tapi juga apa yang ada pada diri saya..sebenarnya, banyak lagi perkara salah yang kita lakukan, walaupun kita tahu tak boleh buat...
ayuh kita muhasabah bersama..perbetulkan kealahan yang ada.. terus bergerak mengejar status solehah.. Inyaallah..

wallahualam..

2 comments:

  1. byk input yg bleh diambil dari sni untuk dijadikan pnduan buat ana.. lebih nmdedahkan ana kepada hukum Allah..mnjawab soalan2 yg biase dtnye oleh remaja apabila mlnggar printah Allah..jzkk ukhti :)

    ReplyDelete
  2. saudari Syidah, terima kasih sudi ziara blog usang ni.. Subhanallah, Alhamdulillah jika post ni sedikit sebanyak dapat membantu..
    sesungguhnya ini semua adalah post bagi mengingatkan kita semua sebagai hambaNYA yang hina.
    peringatan ini buat kita semua, terutama saya sendiri..dan juga sahabat2 muslimah di luar sana, Insyaallah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...