Saturday, October 1, 2011

PAHITnya madu.. MANISnya hempedu..

Bismillahirrahmanirrahim..

lama..memang lama..
lama sudah saya tak update blog ni..
mungkin bila sudah ber'mastautin' di rumah, mood menulis pun hilang..
terbang bersama hembusan angin yang sentiasa bertiup menerbangkan daun-daun kayu di halaman rumah..
Subhanallah..nikmatnya sebuah kedamaian..
bertambah nikmat bila dikelilingi insan-insan tersayang..

*******

bukankah pelik tajuk yang saya letakkan..
sejak bila madu dan hempedu bertukar rasa?..
mana mungkin?..

sahabat-sahabat, segalanya mungkin..
dan, itulah yang sedang saya lalui..
boleh jadi juga, sahabat-sahabat sedang alami..
cuba kita perhatikan sekeliling..perhatikan kehidupan kita kini..pandanglah dengan mata hati.. adakah apa yang sedang kita nikmati kini, yang sedang kita syukuri kini, merupakan salah satu perkara yang pernah kita keluhkan dulu..
atau, adakah apa yang sedang kita kesalkan kini, sesuatu yang pernah kita syukuri dan nikmati dulu?

tak faham?..keliru mungkin..
saya beri contoh mudah..persahabatan...
bila sebuat soal persahabatan, segalanya indah bukan?
saat-saat berkongsi rasa senang, suka, duka, susah..
tika bergelak ketawa bersama, malah tika perhubungan diuji dengan sedikit cubitan pertelingkahan, ia juga menjadi titik manis dalam menguatkan lagi ukhwah.. Subhanallah.. (^_^) tak terungkap dengan kata-kata..
inilah dia salah satu 'madu' dalam kembara kehidupan ini..
tapi, apa pula yang pahit?..
bagi persahabatan, kepahitan yang paling dirasai ialah saat berlakunya perpisahan..
ya, ada rezeki, berjumpa lagi...
tapi, betapa beratnya bila kita mula mengenangkan..adakah lagi peluang itu..
ALLAH.. (-____-)
bila kita mula mengenangkan dan mengimbau kembali saat-saat nikmatnya bersahabat,.. satu persatu penyesalan muncul di benak minda..
"alangkah ruginya aku dulu, tidak memanfaatkan sepenuhnya peluang membina jemaah yang utuh bersama sahabat-sahabat"..
"alangkah ruginya aku dulu..tidak melakukan ini dan itu tika bersama sahabat dulu.."
Subhanallah..setiap satu penyesalan hanya diiringi titisan air mata yang tak mampu dihalang dari merembes keluar..
paling tidak tertahan bila mana saat kita melalui kesulitan dalam mengharungi kehidupan, terbayang di mata momen-momen indah dikelilingi sahabat yang tak pernah jemu membisikkan kata-kata peransang agar kita terus tabah mengahrungi semua badai yang datang menguji.. ALLAH (T__T)

justeru, apakah yang lebih pahit bila kita terpaksa 'melepaskan seketika' apa yang disyukuri dan dinikmati satu ketika dulu...

begitu juga apa yang dahulunya kita sesali..kita merasa rugi dengannya.. kadangkala, kita mula mensyukuri nikmat 'hempedu' itu pada kita..
contoh terdekat, bagi golongan pelajar seperti saya.. antara yang ditangisi ialah pabila terpaksa berjauhan dengan keluarga..
bukan sahaja berjauhan jarak dan tempat..malah, jika apa-apa berlaku, kitalah yang terakhir akan dimaklumkan..hatta satu kematian sekalipun..(-__-)
malam-malam kita kadangkala sendu memikirkan tentang ibu..
hari-hari kita kadangkala pusing memikirkan kudrat bapa di rumah yang masih dibanting-banting..
aduhhh..kita anak tak bergunakah?..mengerah keringat dan bersenang-lenang di sini..tapi, isi keluarga masih berpenat lelah mencari rezeki memastikan kita selesa menimba ilmu dan bersuka-ria..
Subhanallah..kuasa dan semangat mereka membara memikirkan kita.. tapi kita??
adik-adik pula bagaimana?..terlupakah mereka pada kita?..
di mana kita saat mereka perlukan seorang kakak atau abang merangkap seorang teman untuk berkongsi rasa dan menitipkan semangat mengharungi hidup?.. ALLAH..maafkan kami adik-adik (T__T)

tapi, bila kita pulang, kembali bersama keluarga saat telah tamat belajar..terasa 'lebih' manisnya sebuah perpisahan singkat itu..kita lebih dihargai..dan lebih menghargai..
malah, hubungan menjadi lebih erat lantaran masing-masing menghargai peluang dapat bersama.. ALLAH.. Alhamdulillah..

******

satu yang perlu kita ingat, apa jua percaturan tetapan oleh DIA, DIA lebih tahu kebaikan dan hikmahnya..
redha lah dengan segala ketentuan..
Insyaallah..ada bahagia menanti..
berbaik sangkalah pada dia, DIA Kekasih Hati..

wallahualam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...