Bismillahirrahmanirrahim..
Kerap kali kita mengeluh. Mengeluh dan terus mengeluh.
Ada juga yang bertasbih mengingatiNYA. Tangan diusap di dada. Menenangkan hati dan jiwa yang gelora. Meransang semangat untuk bangun semula lantaran ujian yang menimpa.
Namun, tak ramai yang bertahmid memujiNYA. Saat sesuatu itu dirasakan berat sekali, jarang kedengaran lafaz "Alhamdulillah". Yang ada, "bersabarlah.. DIA ada".
Sejauh mana kita yakin semua itu dugaannya? Apakah mungkin juga ia satu bentuk kasih dariNYA? Tapi kita merasakan ia ujian yang berat kerana kita tak mengharapkan ia terjadi.
Jika kita memandang ia dari sudut sang hamba yang cetek pemikirannya, sudah tentu keluhan sahaja yang berantai di bibir kita.
Jika kita memandang dari sudut seorang hamba yang memerhatikan kebesaranNYA, lafaz tasbih pasti meniti di setiap saat dan masa.
Jika kita memandang dari sudut seorang hamba yang cintakan Tuhannya, semua itu diterima dengan hati terbuka, kerana yakin itu tanda kasihNYA.
Persoalannya, kita di mana?
Tepuk dada, nilai sendiri dengan iman yang ada.
Cuma hamba yang berdosa.
Wallahualam.
MasyaAllah.. Mudah-mudahan kita berubah untuk kebaikan.. dan menjauhi kemungkaran dan murka Allah.. Marilah kita berselawat ke atas nabi junjungan kita nabi Muhammad SAW
ReplyDelete