Sunday, December 22, 2013

Bermusafirlah..

Bismillahirrahmanirrahim..



Sebagai seorang wanita, ada perbatasan buat kita andai ingin bermusafir. Islam tidak menghalang, asalkan mengikut batas syariatNYA. Menjaga apa yang perlu dijaga. Menyertakan apa yang disyaratkan agama.

Penjelasan lanjut dan hukum-hukum bermusafir bagi seorang wanita Islam boleh dibaca di salah satu contoh karangan ilmiah ini.
Insyaallah..

Saya tidaklah mahu menghurai panjang persoalan hukum bermusafir, kerana sungguh diri ini jahil. Apa lagi dalam membicarakan soal hukum. Tak mustahil akan menjadi sesat lagi menyesatkan.
Saya ingin lebih kepada mengingatkan diri sendiri dan sahabat semua tentang hikmahnya dalam bermusafir. Tak dapat kita lari, ketika bermusafir, ujian dalam meng-istiqamah-kan diri itu lebih hebat dan rasanya berganda. Ada sahaja halangan yang tiba. Tak cukup masa, kurang tenaga malah kadang sesat pula. Saat-saat begitu, kita mula teraba-raba dalam menjaga amalan kita, termasuklah nilai dan harga diri seorang wanita.

Adakah kita masih menjaga solat dan iabadah-ibadah wajib serta sunat lainnya? Semak semula. Ya, kita memang dibolehkan untuk melaksanakan solat jamak, ALLAH dah beri kemudahan tu. Tapi, jangan sampai terlepas pandang apa yang menyebabkan kita menjamakkan solat kita. Adakah kita betul-betul terdesak untuk menjamakkannya? Atau kita cuma sekadar 'menangguhkan' solat itu kerana belum puas bersuka-ria dalam perjalanan kita.
Dalam bermusafir, Al-Quran kita letak di mana? Hanya di kocek beg sahaja? Atau kita langsung tak bawa bersama? ALLAH.. ALLAH.. Itu baru cuma dua contoh besar.. Kalau dikorek kewajipan dan ibadah lain, entah apa lagi kita malu pada diri sendiri.

Aurat.
Ya, bermusafir menuntut kita berpakaian se-selesa-nya. Tapi banyak yang terlampau mahu selesa hingga terabai apa yang sepatutnya terjaga. Bahkan, ada pula yang bersiap berlebihan atas alasan 'Nak pergi jauh'. (-_-) Batasan pergaulan mula longgar, hanya kerana tak ingin tak selesa. Saudari-saudariku, kita sebelum bermusafir, semasa bermusafir, selepas bermusafir, tetap figura yang sama. Dan sepatutnya jadi lebih baik lagi. Bukan sebaliknya. Ingat tu.

In short, saya boleh katakan, bermusafir banyak mendidik diri dan jiwa. Adakah kita jujur dan kuat dalam mentaati perintahNYA. Tepuk dada, tanya iman, bukan hanya selera.

wallahualam..
Peringatan untuk saya, awak dan mereka..

Friday, December 20, 2013

Aku sombong.. Maafkan aku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya terpaksa publishkan post sebegini. Ia bersifat agak peribadi. Namun ada sesuatu yang memerlukannya di sini. Sesuatu untuk ditegaskan tentang prinsip diri.
Sering sangat saya disapa, bertanya soal pasangan hidup. Persoalan yang tak pernah sudah. Tidak, ini bukan perasan. Ini betul-betul.
Saya sebenarnya tak kisah. Itu hak anda. Tapi saya jadi kisah bila saya menerima gelaran tak sepatutnya.

Ada yang datang bertanya,
"Dah berpunya?"
"Nak berkenalan boleh?"
"Sudi jadi yang halal untuk saya?"

ALLAH.. ALLAH..
Setiap satu soalan itu besar makna yang dibawa. Jangan dengan terlalu mudah dilafazkan. Satu lagi, saya tak memiliki diri saya. Saya milik ALLAH sepenuhnya. Dan ALLAH menetapkan ibu bapa saya sebagai penjaga amanah, menjaga saya di dunia. Saya kepunyaan mereka sehingga tiba waktu yang selayaknya. Sehingga waktu bertukar pemilik tiba. Insyaallah.

Tak kurang juga bila saya mula berdiam diri, menjauh dari beberapa lelaki, saya pula menerima gelaran yang bukan-bukan. Sombong. Jumud. Bajet.
ALLAH. Saya terasa. Sungguh-sungguh terasa. Salahkah saya? Saya jadi begitu kerana apa? Kerana saya yakin, jika saya melayan, gelaran lain pula akan saya terima. Tak mustahil, malah pasti. Dan, saya yakin juga saya tidak punya kebenaran dari DIA untuk melayan kalian seperti yang kalian harapkan. Jangan samakan diri kalian dengan kawan-kawan lelaki saya yang lain. Layanan saya pada mereka neutral dan sebatasnya, kerana tak ada 'perasaan' yang terlibat sama.

Di sudut lain pula, ada yang menyanggah tindakan saya. Katanya, jodoh tak datang kalau tak usaha. Betul tu. Saya setuju dan sangat-sangat setuju. Saya juga sedang berusaha. Cuma cara usahanya begini. Saya berusaha menjadi seorang yang lebih baik dari semasa ke semasa, berusaha menuntut ilmu dunia dan akhirat, berusaha menutup lubang-lubang fitnah dunia juga. Itu usaha saya. Saya hargai insan-insan yang hadir memulakan langkah. Kalian memang berani dan nampak kesungguhannya. Cuma cara 'approach' kalian lebih membuat saya terkedu dan diam seribu bahasa. Sudahnya, kalian sendiri anggap saya sombong dan memilih tak kena cara. Apa boleh buat? Saya mampu senyum sahaja.

Mintalah pada pemegang amanahNYA. Baik untuk mereka, Insyaallah baik juga untuk saya. Kalau mereka tak suka dan menyuruh saya jauhi seseorang, saya sebagai anak tanpa membantah akan ikut saja. Kerana itu tanggungjawab anak pada ibu bapa. Atau jika tiada cara mendampingi ibu bapa saya, gunalah orang perantara. Sungguh saya malu dan kelu di 'approach' secara terus sebegitu. Kalian faham kan sifat wanita? Itu sahaja saya mampu kata. Jangan ragu aturanNYA, jika kena caranya, tepat masanya, betul orangnya, DIA akan satukan jua.

Maaf pada semua yang terasa dengan tindakan saya. Harap post ni menjernihkan semula semuanya. Insyaallah. Siapa tak mahu memikirkan soal itu. Ya, ada juga yang mencadangkan agar saya memulakan langkah. Tak salah katanya. Betul tu. Tapi, ketahuilah malu saya lebih tebal dari mahu.

Wallahualam.
Maaf post penuh emosi.

Monday, October 28, 2013

Cuma hamba berdosa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kerap kali kita mengeluh. Mengeluh dan terus mengeluh.
Ada juga yang bertasbih mengingatiNYA. Tangan diusap di dada. Menenangkan hati dan jiwa yang gelora. Meransang semangat untuk bangun semula lantaran ujian yang menimpa.
Namun, tak ramai yang bertahmid memujiNYA. Saat sesuatu itu dirasakan berat sekali, jarang kedengaran lafaz "Alhamdulillah". Yang ada, "bersabarlah.. DIA ada".

Sejauh mana kita yakin semua itu dugaannya? Apakah mungkin juga ia satu bentuk kasih dariNYA? Tapi kita merasakan ia ujian yang berat kerana kita tak mengharapkan ia terjadi.

Jika kita memandang ia dari sudut sang hamba yang cetek pemikirannya, sudah tentu keluhan sahaja yang berantai di bibir kita.
Jika kita memandang dari sudut seorang hamba yang memerhatikan kebesaranNYA, lafaz tasbih pasti meniti di setiap saat dan masa.
Jika kita memandang dari sudut seorang hamba yang cintakan Tuhannya, semua itu diterima dengan hati terbuka, kerana yakin itu tanda kasihNYA.

Persoalannya, kita di mana?
Tepuk dada, nilai sendiri dengan iman yang ada.

Cuma hamba yang berdosa.



Wallahualam.

Sunday, September 29, 2013

Kalau benar cinta, bawa aku ke 'sana'...

Bismillahirrahmanirrahim..

Ungkapan 'selama-lamanya' sering kita dengar malah diri sendiri juga sering lafazkan. Itu belum lagi ungkapan dalam Arabnya, 'abadan abada'.. Atau dalam Bahasa Inggerisnya, 'forever'..
Ramai yang mengikat janji setia untuk bersama 'selama-lamanya'.. Tapi setiap kita tahu, dunia ini akan berakhir. Maka, bagaimana mahu 'bersama selama-lamanya'?
Kita tahu, akhirat itu tak berpenghujung.. Justeru, di sanalah tempat untuk terus memegang janji, Insyaallah..
Cumanya, di akhirat kelak ada dua persimpangan.. Samada berpimpin tangan di taman syurga bersama, atau bersama memasuki gerbang tempat yang tiada siapa sempat ambil peduli hal insan lain kerana terlampau berat menanggung siksa..

Kita pilih destinasi kita di mana. Mahu terus bersama? Maka pastikan pimpin insan itu ke syurga, dalam masa yang sama kita sendiri berusaha ke sana. Supaya janji setia terus dipegang erat, 'bersama selama-lamanya'.

Di akhirat kelak, kita akan bersama dengan siapa yang kita cintai..

Ku tuju khas buat keluarga dan sahabat-sahabatku.. Sayang kalian Lillahi Taala, selamanya..

Friday, July 12, 2013

Kisahnya...

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap orang ada kisah masing-masing.. Yang nampak baik, tak mustahil ada kisah hitam di sebaliknya..
Yang nampak buruk, tak mustahil ada kisah yang menyebabkannya jadi begitu..
Maka, jangan terlalu cepat menilai dan memberi ulasan tentang diri seseorang..
Dan, jangan terlalu mendabik dada dengan kemuliaan yang diterima pada masa ini..

Satu pesanku, ini sedikit peribadi bunyinya..
Tak kisahlah hadirmu mahu mengungkit kisah silam seseorang, lalu dijadikan teladan buat seluruh alam..
Tapi, andai ungkitan itu tanpa sebab, dan hanya membuka aib dia, hentikanlah..
Dia juga punya peluang untuk menikmati nikmat dan manisnya perubahan..
Dia juga teringin mengejar bermaknanya tarbiah menuju redha TUHAN..
Dia juga perlu masa untuk membetulkan keadaan..

Berilah peluang pada insan lain sama seperti dirimu juga mahu diberi peluang..
Lebih mulia lagi, iringi dia dengan bimbingan..

Wallahualam..

Saturday, July 6, 2013

Tapi, aku...

Bismillahirrahmanirrahim..

Acap kali kita sebagai manusia yang hina dina ini, yang dosa menggunung tinggi, yang taubatnya jauh sekali, yang lafaz syukurnya diam menyepi, terlupa tanggungjawab dan prioriti diri..

Teringat pada perbualan dengan adik saya berumur 7 tahun kala memujuk dia untuk tidak meninggalkan solat..

***********
Saya : Syuhada dah semayang?

Dia : Heheheeee... Maghrib nanti Syuhada semayang :P

Saya : Aik, boleh pilih-pilih pulak? Kalau ALLAH tanya nanti macam mana?

Dia : ALLAH tanya? Macam mana apa?

Saya : Bila waktu kena tanya dalam kubur, ALLAH tanya 'Syuhada semayang dak?'

Dia : Nanti Syuhada semayang la.. La ni Syuhada pakai tudung dah (alih topik perbualan)..

Saya : Ooo.. Bila pakai tudung kira dah ok? Takkan nanti Syuhada nak jawab "Saya tak semayang tapi saya pakai tudung!"

Dia : Err...

Saya : (sambung) ALLAH tanya pasal semayang.. takkan nak jawab pasal tudung tu.. Kan Una dah cerita dulu, masa kena tanya dalam kubur, ALLAH akan tanya pasal semayang dulu..

Dia : Hehehe... ok ok.. Syuhada semayang la ni..

***********

Itu kisah saya dan adik Syuhada, yang berumur 7 tahun. Tapi saya sangat yakin dan pasti, kisah dalam kalangan kita, yang dah besar panjang ni, yang tahu baik buruk, yang belajar tinggi-tinggi, ada yang skripnya lebih kurang sama, kan? Terlupa apa yang penting.
Eh, bukan yang penting! Apa yang 'paling' penting..

wallahualam..

Tuesday, June 25, 2013

"Hang kata hang tera!"

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila diajukan soalan dan kemusykilan.. jari laju menaip di papan.. mulut rancak mengomel memberi ucapan.. akal pantas berfikir memberi alasan, jawapan dan kepastian..

Tapi, bila terkena pada tuan punya badan,..

Terkial-kial mencari penyelesaian.. akal buntu memikirkan apa-apa tindakan..

Tu semua ujian dari TUHAN..
DIA menguji apa yang kita perkatakan..
Ujian dan cubaan itu dari DIA, maka kepada DIAlah segala urusan dikembalikan..

wallahualam..

Friday, June 21, 2013

UNTUK DIA..Hey!

Bismillahirrahmanirrahim..

Ujian ALLAH tu datang dalam pelbagai bentuk.. Ada yang dalam bentuk kesusahan, kesakitan, kesenangan malah kebahagiaan.. Tapi ada satu lagi bentuk ujian yang menjerat dalam diam.. Ia hanya mampu disedari mereka-mereka yang menjaga kesucian dan kemanisan beriman padaNYA..

Ujian dalam bentuk kemanisan beribadah..

Macam mana tu?
Saya sendiri pun mulanya konfius bila point ini dibangkitkan dalam satu sesi perbincangan dengan sahabat-sahabat.. Sudah dikatakan manis, apa lagi yang dimaksudkan dengan sebuah ujian?

Terang sahabat yang seorang ni, kita rasa 'manis' dalam beribadat tu kenapa? Apa yang membuatnya manis?

Terasa manis kerana mengalir ruh cinta hubungan jarak dekat dengan DIA?
Terasa manis kerana makin menemui kesempatan 'bersama DIA'?
Terasa manis kerana dipandang mulia seisi makhlukNYA?
Terasa manis kerana pujian melangit si pemerhati kita?

Persoalan semula, kita yang mana?

Seorang guru pernah berpesan, "Kalau kamu mencari dunia, kamu mungkin mendapatkannya, dunia itu sahaja.. Kalau kamu mencari DIA, pasti DIA beri kamu apa yang sebaiknya, walau seisi alam semesta.."


wallahualam..

Wednesday, May 22, 2013

Perangai kita...

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru-baru ni, sedang asyik membelek dan mendalami makna-makna kalam suci, diri tiba-tiba tersentak.
Macam ada seorang pak cik berbadan sasa datang melempang pipi dengan kuat!

Saya terkesan dengan beberapa ayat terakhir dari surah Fussilat.. maksudnya lebih kurang begini,:
"manusia ni sifatnya suka sangat meminta.. tapi bila tak dapat apa yang dimahukan, manusia rasa kecewa.. bila dapat apa yang dimahukan, manusia lupa siapa diri dia."

Konklusinya, kita memang sangat cepat lupa diri dan, jarang mensyukuri..
Merungut sahaja yang reti..

Sungguh!

Wallahualam..

Friday, April 26, 2013

Kita mungkin sama, tapi tak serupa..

Bismillahirrahmanirrahim..



pandang, renung dan tenung..
ada yang berkerut, senyum dan mencebik..

bila diletakkan bekas berwarna-warni ini di hadapan semua orang, macam-macam reaksi dalam dilihat.. ada yang memandang dengan pandangan kosong.. kerana baginya, itu mangkuk tingkat biasa.. ada yang teruja dengan warnanya yang ceria.. ada yang tersenyum penuh makna sebab ada kisah disebaliknya yang sukar untuk dicerita.. ada yang sugul teringatkan kisah duka .. ada yang berkerut kerana tak tahu ini apa!

objeknya, mangkuk tingkat.. semua pihak mendang objek yang sama.. bila diberi pada tiap seorang, diisi mangkuk tingkat itu dengan aneka juadah.. semua buat perkara yang sama.. tapi, apa yang dinilai oleh setiap seorang penerima mangkuk tingkat, takkan ada yang serupa.. semua ada makna dan penghayatan berbeza-beza..

ini analogi sebuah kehidupan..
kita mungkin sama, tapi kita takkan pernah serupa..
hargai dan raikan perbezaan.. perbezaan bukan asbab dan tiket perbalahan..


wallahualam..

Friday, March 15, 2013

Suara si kecil anugerah dari yang Maha Besar

Bismillahirrahmanirrahim..
dengarkan..
suara kecil ini mengetuk tangkai hati..
moga yang dilagukan, liriknya itu, menjadi santapan iman..



wallahualam..

Sunday, February 3, 2013

Kem Sinergi II (2013)

Bismillahirrahmanirrahim..

Subhanallah wa syukurillah..
tak terucap dengan kata-kata..
cuma panjatan syukur padaNYA kerana takdirkan diri ini untuk sertai..
salah satu program tarbiah paling berbekas di hati..



wallahualam..

Wednesday, January 30, 2013

Cinta walau benci..

Bismillahirrahmanirrahim...

Cinta itu ciptaan ALLAH.. ia juga makhlukNYA.. cuma, ia tidak diciptakan mempunyai anggota mahupun akal.. ia diletakkan dalam diri makhlukNYA yang lain terutama manusia, untuk digerakkan.. maka, menjadi tanggungjawab kita untuk menggerakkannya menuju dan menghampiri ALLAH, atau membawa ia lari jauh dari ALLAH..
Ramai daripada kita hanya teruja bila memperkatakan tentang cinta, yang melibatkan lain jantina.. namun sebenarnya, ada lagi kisah cinta yang lebih penting untuk difikir dan dijayakan.. yang penting, ialah cinta yang berpaksikan ALLAH.. cinta yang berada di jalan dakwah.. cinta yang menyatukan atas nama ALLAH..

Baru-baru ini saya ada menghadiri satu program, dan dalam program itu ada satu aktiviti yang membolehkan kami berbincang mengenai cinta.. cinta yang lebih besar dan menyeluruh berbanding hanya memfokuskan pada cinta dua jiwa.. kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.. dan setiap kumpulan kecil akan menghantar wakil untuk membentangkan dan menyampaikan hasil perbincangan di hadapan panel.. saya dipilih untuk mewakili kumpulan saya.. kumpulan saya membincangkan konsep cinta untuk sistem kepimpinan dan kami fokuskan dari sudut politik.. bagi yang mendengar huraian saya pada hari tu, mungkin kurang dapat menangkap apa yang cuba saya sampaikan.. almaklumlah, bukan kekuatan utama saya, menyampaikan secara lisan :P tambahan pulak, saya disuruh menyampaikan huraian dalam bahasa standard.. tanpa ada campurna terma-terma Bahasa Inggeris dan bunyi 'mmmmm..' (yang memang kepakaran saya) :)

Baiklah, antara isi yang sempat saya huraikan dan ingin saya tambahkan sikit-sikit di sini, ialah cara kita menghadapi sesutau yang kita benci..kebanyakan kita langsung tidak mempraktikkan konsep kecintaan yang sangat ditekankan oleh agama Islam, dalam menghadapi dan menangani perkara yang dibenci.. selalu saja kita dengar, "benci pada perbuatannya, bukan pada pembuatnya".. tapi, berapa ramai yang memahami kata-kata ini dan meng'apply'kan dalam kehidupan?..
kita lebih banyak menzahirkan kebencian daripada menyalurkan kasih untuk membimbing pembuat perkara yang dibenci itu, supaya membetulkan keadaan..

Melihat sunnah Rasulullah S.A.W., suri teladan sepanjang zaman, apa yang Baginda laksanakan sepanjang dakwah Baginda? Baginda dibaling dan dilempar dengan tohmahan demi tohmahan, tapi Baginda membalas? dengan penuh hikmah dan kasih.. tak pernah sekali dalam sirah Baginda, dikatakan Baginda membalas dengan juga kekerasan.. Hatta dengan orang yang terang-terangan mengutuk dan menghina Baginda juga, Baginda belai jiwa mereka dengan akhlak mulia dan kasih yang Baginda miliki.. dan akhirnya? dakwah Baginda sampai dan melekat di hati-hati setiap mad'u..

Bandingkan pula dengan diri kita.. dalam kancah politik khususnya.. bila ada satu pihak yang melakukan perkara yang salah, kita membenci.. ya, tak salah untuk membenci perbuatan itu.. yang salahnya ialah bila kita mula mencaci dan mengeji.. refleksikan semula pada diri kita.. andai diri kita melakukan kesalahan, dan kita menerima kritikan pedas dan pelbagai usaha menjatuhkan dari pihak lain, apa yang akan kita lakukan? amat tipis rasa untuk berubah, kan? yang menebal, rasa untuk memberontak.. betul atau tidak? jadi, beringatlah.. janganlah api di simbah lagi dengan api.. maraknya akan makin membesar.. curahkan air padanya, atau sekurang-kurangnya, tiupkan.. moga sedikit 'sejuk'..

Pada saya, tak salah rasanya andai kita dekati mereka-mereka yang melakukan sesuatu yang dibenci itu dengan penuh cinta.. hampiri mereka sebagai sahabat, mungkin? nasihati dengan cinta.. bersabar kerana cinta.. membimbing dengan cinta.. segalanya demi cinta padaNYA.. Insyaallah.. bimbingan itu akan diterima dengan hati terbuka..

Diakui, antara kita, sesama manusia, pemahamannya berbeza.. dalam perlbagai perkara, pemahamannya berbeza.. soal agama contohnya.. mungkin saja pihak yang melakukan kesalahan itu tidak mengetahui.. anggap saja bagitu.. maka, golongan yang mengetahui perlu membimbing.. membimbing penuh kasih dan cinta.. membimbing dengan niat, supaya perkara yang dibenci itu tak berulang lagi.. Insyaallah.. andai kita menerima penolakan, bersabarlah.. itulah lumrahnya berdakwah.. dakwah perlu masa.. seperti juga para pendakwah mempunyai cara penyampaian yang berbeza, begitu juga para mad'u mempunyai penerimaan yang berbeza-beza.. teruskan bersabar kerana cintaNYA.. dakwahkan jua, jangan putus asa.. langsung!

Lagi satu, point yang sangat suka untuk saya ingatkan.. cintailah pembuat kesalahan itu atas nama sesama umat Rasulullah S.A.W.. kita semua tahu, Baginda sangat suka dengan umatnya yang ramai, tapi percayalah, Baginda akan lebih suka melihat ramainya umat Baginda ke syurga.. maka, apakah lagi alasan kita untuk membenci dan terus membenci? pimpin tangan umat ini bersama melangkah ke Jannah.. bukannya semudah lisan menghumban pelaku salah itu ke neraka.. silap-silap kita akan dipertanggungjawab sama, kerana tidak menyampaikan apa yang sebenar-benar ajaran.. nauzubillah..



Wallahualam..

Saturday, January 19, 2013

mencari jodoh..

Bismillahirrahmanirrahim..

ok, abaikan typo tu --"

hemm.. saya tersenyum lagi...
dah tak tahu nak jawab apa dengan soalan-soalan begini..
sungguh, bukan kami tak cari.. kami juga mencari.. cuma cara pencarian kami mungkin sedikit berbeza.. Insyaallah akan berjumpa juga nanti..
takkanlah kami nak canangkan seluruh dunia bagaimana kami laksanakan operasi mencari..
'kantoi' la nanti.. (^_^) *main-main je..

wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...