Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah Ramadhan datang lagi...
harapnya agar Ramadhan kali ni dapat kita lalui dengan sebaiknya.. Insyaallah..
ada sahabat yang menegur,.."gembiranya sambut Ramadhan!"..
jawapan saya mudah.."mesti la..ni salah salah kekasih saya yang teratas" (^_^)
sebenarnya, kalau dulu saya hanya gembira menyambut Ramadhan kerana ia dinamakan pesta ibadah, tanpa saya sendiri mengahayati dan memahami apa erti sebenar pesta Ramadhan tu..
Alhamdulillah ALLAH beri saya kesempatan lewat umur ini untuk memahami erti dan mensyukuri nikmat masih diberi peluang untuk sama-sama ber'pesta ibadah' dalam bulan penuh barakah ni..
bercakap soal puasa, setiap tahun pasti ada kenangannya tersendiri..baik kenangan itu tentang diri kita sendiri, orang sekeliling, mahupun cerita-cerita yang didengar oleh orang lain..
kadang-kadang bila diimbas semula, kelakar jugak ye.. (^__^)
setiap orang pasti melalui pengalaman di awal atau mula-mula berpuasa.. semestinya kita ketawa sendirian mengenangkan betapa kita 'berhempas-pulas' ingin menyelamatkan puasa sehari yang ketika itu 'seksa' bagi kita..
sehari dua, ada juga yang ter'tewas'..kan?..
begitu juga saya, pun pernah melalui semua tu.. saya mula belajar puasa ketika umur 4 tahun.. keluarga saya tidak pernah mengamalkan istilah 'puasa separuh hari'..
so, nak tak nak, kalau pagi dah puasa, mesti habiskan sampai waktu maghrib..
tapi, seingat saya ada juga ter'tewas' 3 hari..akibatnya, saya duduk sorang-sorang di ruang tamu ketika semua orang lain berbuka di dapur.. sadis betul.. (~__~)
baiklah..biarlah kisah-kisah begitu jadi kenangan terindah buat kita.. jadikan semuanya sebagai mutiara-mutiara manis yang kita dapat kutip sepanjang perjalanan hidup.. Insyaallah..
tahun ni, syukur saya ke hadratNYA..bertambah lagi 'warga puasa' di kalangan keluarga saya.. adik Syuhada yang berumur 5 tahun sudah mula berpuasa.. dan Alhamdulillah, dia dah dapat penuhi satu hari puasa semalam..
tak perlulah saya detailkan pengalaman dia berpuasa seharian, kerana adik saya dah pun ceritakan dalam diari Ramadhan Syuhada ni..
~agak-agak adik Syuhada sampai tahap macam ni tak?~ (^__^)
apa yang dapat saya simpulkan, puasa itu satu nikmat.. tapi, hanya buat yang betul-betul menghargai peluang diberi kesempatan berpuasa.. (^__^)..
wallahualam..
No comments:
Post a Comment