Bismillahirrahmanirrahim...
umur=21 - 24 tahun..
status= bujang..
lagi??
(^__^)
umur-umur begini, bagi perempuan, antara topik 'hot' yang dibincangkan ialah KAHWIN..
betul tak??
hehe..tak dapat disangkal lagi..
begitu juga apabila saya dan sahabat-sahabat bersama..itulah topik yang paling hangat..topik yang paling akan mendapat sambutan.. kalau seorang kakak di rumah sewa ni mula membincangkan topik perkahwinan atau perhubungan berlainan jantina, pasti seluruh isi rumah akan berkerumun.. begitu juga di kelas.. bila ada yang mula berbicara soal jodoh,..mata yang mengantuk pun boleh terang, terbuka luas-seluasnya..hehe.. tambah pula ada yang senior-senior dan ada juga sahabat yang bakal bergelar ibu dalam kelas.. golongan-golongan inilah yang akan bertindak sebagai 'kaunter pertanyaan' kepada soalan-soalan kami yang kononnya 'sangat ingin belajar' tentang ilmu perhubungan..
ada satu ketika, tiba-tiba saya yang menjadi topik utama perbincangan.. ramai sahabat-sahabat kelas tertarik dengan prinsip saya.. prinsip untuk 'tidak bercinta sebelum waktunya' dan 'pilihan ibuku, itulah pilihanku'..
ada yang meminta tips supaya diri mereka juga mampu mengawal nafsu muda untuk merasa ber'couple'.. ada yang mempersoalkan rasional prinsip saya dengan arus semasa.. ada yang tidak yakin saya akan mampu meneruskan prinsip itu (katanya akan tiba masa, saya akan jatuh cinta secara tak sengaja)..(^_^).. ada juga yang ingin tolong carikan jodoh untuk saya! Subhanallah..sahabat-sahabat, kalian memang kelakar.. hehehe
tika saat itu, saya lebih banyak tersenyum berbanding mengeluarkan pendapat.. bukan apa, ingin menjaga air muka mereka-mereka yang saya tahu, sedang ber'couple' habis-habisan.. saya cuma menjawab semampunya tanpa menyinggung mana-mana pihak..
jadi, di sini saya ingin mengulang semula jawapan-jawapan saya, tambah-tambah sikit pengisian dalam jawapan,..moga menjadi panduan berguna buat mereka-mereka yang ingin turut sama berjuang memerangi nafsu remaja bersama saya.. Insyaallah..
Tip-tip mudah supaya nafsu ingin ber'couple' dapat dikawal:
1. sebaiknya, jangan mula bercinta atau couple
hati manusia, bila ia pernah terisi dengan kasih sayang, belaian cinta yang melimpah ruah..ia sudah tidak dapat hidup andai semua belaian itu hilang..kalaupun seseorang itu ingin berubah dan ingin tinggalkan 'dunia cinta dunia' itu, ia akan mengambil banyak masa dan agak sukar untuk dilaksanakan.. kerana apa??, hatinya meronta-ronta mintakan belaian si dia..
2. menyibukkan diri dengan aktiviti lain
bila hati mula dilanda bosan, sunyi, dan kekosongan, syaitan akan mula menyalurkan racun bisanya,,..saat inilah hati kita mula lemah,..
cara saya, saya akan cuba sibukkan diri saya degan perkara-perkara yang tidak akan membuatkan saya bosan.. contohnya, saya memang suka mengemas rumah.. so, bila kebosanan, mulalah saya menyapu, membasuh segala pinggan mangkuk, periuk belanga (kuali), susun alatan dapur dan sebagainya.. saya akan menjadi asyik dengan apa yang saya lakukan..hati jadi lapang,..jiwa melompat riang..wah! hehe
tapi, ada satu aktiviti yang saya sering amalkan andai rasa kekosongan.. sibukkan diri dengan ibadat..kerana apa? bilakita mula merasa kosong dan sunyi, itu tanda kita makin jauh dariNYA.. wallahualam..
3. menyintai yang layak dicintai..
inilah point yang paling penting.. masalahnya, ramai yang terkeliru..siapa yang layak untuk dicintai??.. ok, saya nak tanya.. siapa yang tidak akan mengaku dia cintakan ALLAH dan RasulNYA?..pasti semua akan mngaku punya rasa cinta itu.. jadi, kalau dah cinta, mesti buktikan cintanya kan?..tak perlu sampai nak renangi lautan api semua tu..cukuplah kita sentiasa dekat denganNYA.. DIA dah buktikan cintaNYA pada kita tatkala mengurniakan kita dengan berbagai-bagai kerahmatan dalam hidup kita..pintaNYA dari kita cuma satu.. taat lah pada suruhanNYA.. itu saja!
lagi satu,..siapa yang tidak cintakan keluarganya?..saya berani jamin, semua akan mengaku cintakan keluarga..walau sesusah manapun, walau seteruk manapun,..cinta pada keluarga sentiasa utuh.. tapi, tika ini berapa ramai yang sanggup membuang keluarga bila hubungan dengan 'si dia' yang tercinta mendapat tentangan keluarga? berapa ramai pula yang sanggup mengenepikan 'kekasih' bila keluarga tidak merestui perhubungan dengannya?.. berapa ringgit kita habiskan untuk bergayut di telefon dengan keluarga berbanding untuk bergayut dengan 'si dia'? fikir-fikirkan ye sahabat..
cukuplah..saya rasa cukuplah setakat itu dahulu tip-tip yang boleh dikongsi,.. sesungguhnya, ini hanyalah apa yang saya amalkan sepanjang kembara saya di bumi TUHAN ini.. moga bisa menjadi peniup semangat buat sahabt-sahabat yang ingin mencuba, Insyaallah..
tentang rasionalnya prinsip ini, saya rasa,..panduan hidup Islam tidak pernah dan tidak akan pernah boleh dianggap kuno! kita lah yang sebenarnya menggelarkannya begitu,..kerna apa, nafsu kita yang ingin 'membolehkan' apa yang 'tidak boleh'! sebab itu kita merasakannya sesuatu yang kuno dan lapuk ditelan zaman..
bagi yang tidak yakin saya akan terus bertahan bersama prinsip ini, pinta saya cuma satu,..doakanlah saya teguh di jalan ini.. (^__^)..
dan, akhir sekali..
buat sahabat yang ingin carikan jodoh untuk saya, terima kasih banyak-banyak.. berurusanlah dengan keluarga saya ye..hehehe.. katakan pada tuan badan tu, hati saya sekarang sudah dimiliki.. hati saya dimiliki DIA, PENCIPTA CINTA.. jadi, dia perlu mengetuk pintu hati saya mengikut cara yang pemilik hati saya tetapkan..
wallahualam..
menjaga cinta yang terindah adalah cinta yang halal..cinta selepas kahwin..
ReplyDeleteInsyaallah..betul tu ainatul..
ReplyDeletemoga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang menjaga rasa cinta anugerahNYA hingga tiba yang halal..
prinsip menjaga hati tanpa memikirkan cinta sebelum waktunya..~ saya juga memiliki prinsip yang sama.. ^^
ReplyDeletepengalaman dan pemerhatian di sekeliling sy menyebabkan sy membuat prinsip tersebut...
bagi saya, biarlah cinta hadir dalam hati apabila waktu.. jika ia hadir bukan pada waktunya, diamkan saja atau simpan saja di lubuk hati.. kerana kita tak akan tahu perancanganNya..
yakin dan percayalah pada janjiNya setiap dari kita sudah ditetapkan pasangan masing2.. apabila waktu yang sesuai tiba untuk kita mencari pasangan, ketika itu carilah pasangan yang akan menjadi pendamping kita untuk selama-lamanya. insyaAllah.. bukan pendamping untuk setahun dua..
andai ada yang berkata~ kita perlu berusaha mencari jodoh kita..
katakan,
Ya.. kita mmg perlu mencari jodoh.. tapi biarlah ketika kita betul2 sedia.. doa juga adalah usaha.. perbaiki diri juga adalah usaha.. yakinlah jodoh kita telah ditetapkanNya..
saudari intan diamond,
ReplyDeletebetul tu..
ramai yang 'takut' tidak bertemu jodoh..
kata mereka.. bagaimana untuk mengetahui andai dia yang terbaikuntuk kita sedangkan kita tidak kenal dia..
Subhanallah..
saya bimbang, bimbang andai sahabat-sahabat saya mula terlupa..
ajal maut, jodoh pertemuan..
semuanya di tangan TUHAN..
ya, ALLAH menyuruh kita berusaha..
tapi, ber'couple' bukanlah caranya..
bagaimana kita ingin yakin pada sebuah institusi keluarga jika dasar pembinaanya dari kemurkaan ALLAH..
banyak yang berlaku,
bercinta bagai nak rak, dicanang seluruh dunia..
ber'romantik'tak kena gaya..
kononnya ingin bercinta hingga ke syurga..
tapi, apa yang berlaku akhirnya?
pelamin anganku musnah..bak kata lirik sebuah lagu..
so, tepuk dada tanya iman..
mana satu pilihan kita..
wallahualam..