Saturday, May 14, 2011

saat-saat di hospital memang best!!

Bismillahirrahmanirrahim...

kenapa tiba-tiba saya cakap pasal hospital ni??
dan,
kenapa pula saya katakan saat-saat di hospital best??
siapa yang suka berada di hospital??
dengan bau ubat-ubatan menyucuk hidung..suasana yang suram..dihiasi wajah-wajah manusia yang lemah + kurang sihat...

manusia jenis apa saya ni??sehinggakan suasana begitu dikatakan 'best'??..
hehehe..sabar,sabar...


ayuh ikuti rentetan peristiwa ini...di celah-celah kisah ini juga akan saya highlight manusia jenis apakah saya hingga merasa seronok berada di hospital..mungkin juga ada di kalangan pembaca yang 'sejenis' dengan saya..wallahualam..

******

suatu hari saya dan adik bersama mama ke hospital atas urusan masing-masing... selesai urusan saya, saat saya menemani mama menunggu giliran mendapatkan rawatan/pemeriksaan doktor...

tunggu...tunggu..tunggu lagi...

ramai juga pesakit hari tu...kebanyakannya warga tua dan ibu-ibu bersama anak-anak kecil...tak berapa lama kemudian, masuk seorang pak cik tua...sudah bertongkat...masuk melalui pintu belakang...
sepertinya, tak ada sesiapa di situ yang endah akan kehadiran pak cik tua berbaju biru itu..tapi, saya terus fokus pada nya(1.Suka memerhati).. dia berjalan perlahan-lahan di celah-celah tempat duduk untuk ke kaunter mengambil nombor giliran..
kemudian, nombor giliran sudah di tangan..tunggu...dan tunggu....nombornya di panggil, diambilnya kad rekod darah tinggi dan kencing manis diserahkan oleh petugas kaunter..berjalan bersama tongkat perlahan-lahan ke arah meja di tepi pintu bilik doktor.. letakkan kad di situ kemudian terus menyusup di celah-celah kerusi...
pak cik tua itu tidak duduk! malah berdiri dengan penuh sabar untuk dipanggil... mahu saja saya paksa dia duduk...kerana saya tahu, masih lambat gilirannya..sedangkan saya dan mama pun sudah hampir sejam menunggu...

"saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya, Puan ____..saaayang mak! semalam saya dah hadiahkan mak dengan kek yang saya buat sendiri..harap mak suka"
-suara dari pemanggil radio Kedah fm, siaran radio yang dipasang untuk menghilangkan bosan pesakit menunggu giliran.

tiba-tiba pak cik tua bertongkat berpakaian baju kemeja biru itu tersenyum!..perlahan-lahan dia duduk di kerusi berdekatan dengannya..bersebelahan pak cik itu, ada lagi seorang pak cik tua.-yang tidak menjadi perhatian saya..

"biarlah mak dia dapat kek tu,..kita ayah-ayah ni dapat ubat pun jadi laa.." tiba-tiba pak cik bertongkat tadi bersuara kepada pak cik di sebelahnya..mereka sama-sama tersenyum..kemudian mereka sama-sama diam semula..terus menunggu...sambil masing-masing melayan perasaan sendiri..

saya jadi tertanya-tanya...apa maksud kata-kata pak cik tadi?(2.suka bermonolog dalam hati)..pak cik tua itu jeleskah dengan sambutan hari ibu?...
atau,..adakah pak cik tu tidak tahu ada juga sambutan hari bapa?
emm..tapi apa pula maksud pak cik tu "dapat ubat pun jadi laa"?

saya terus berfikir dan berfikir sendiri..masih tidak mendapat jawapan...apakah???

TIBA-TIBA!!...

pak cik tua tadi mula mendapat perhatian...dia tiba-tiba bangun, berjalan perlahan-lahan dan berdiri di hadapan pintu bilik doktor..lama dia berdiri di situ sambil memerhatikan semua pesakit yang menunggu giliran di hadapan bilik yang sama.. kemudian, pak cik bertongkat itu mula merenung lama-lama ke arah meja di tepi pintu..
dengan suara yang kuat, dia bertanya.."apa aku nak letak kat meja ni?".."doktor suruh letak kertas kan?"...semua pesakit tergamam...kenapa dengan pak cik ni?..

salah seorang pesakit,..juga seorang pak cik tua terus bangun dan memimpin tangan pak cik bertongkat tu..setelah berbisik-bisik, pak cik tua bertongkat tadi berjaya dipujuk supaya duduk..saya terus memerhati..yang pasti, ketika itu bukan saya seorang sahaja yang memerhatikan pak cik tua tadi...mak cik tua di hadapan kemudian berpusing kepada kami yang duduk di belakang lalu berkata.."dah agak dah dia nak jadi macam tu,..nyanyuk teruk dah dia tu..dulu time muda-muda buat kerja x henti-henti,..sekarang dah tak larat sangat-sangat dah"..

ALLAH (-__-)...

sekarang, baru saya tahu kenapa pak tu begitu 'cemburu' dengan sambutan hari ibu yang disambut secara besar-besaran..mungkin dia juga mahu dihargai atas segala usaha dan titik peluhnya oleh anak-anak.. mungkin anak-anaknya belum pernah menunjukkan penghargaan secara terbuka kepadanya sepertimana yang ditunjukkan kepada ibu mereka..wallahualam..saya hanya mengandaikan..
apa yang penting, saya benar-benar sebak(3.cepat terharu/tersentuh).. bagaimana pak cik tua itu tadi bekerja ketika mudanya? berapa teguh dan kuat dia membanting tulang? untuk siapa?? siapa lagi kalau bukan untuk anak isterinya?..jadi, salahkah dia mengharapkan penghargaan yang sebenarnya hanyalah sekuit/ seco'et (ciput) dari apa yang telah dia beri.. dan, lihatlah apa yang dia peroleh ketika hari tuanya?..hanyalah ubat-ubatan bagi menguatkan badannya yang semakin lemah dan tidak sihat hasil dari kerja keras masa mudanya... Subhanallah..air mata saya gugur jua...

"aik, awat ni?...tegheyak(menangis) ka?"..tiba-tiba mak cik yang asyik menjahit dari tadi di sebelah saya bertanya...

"dah ah...sakit mata sikit..hehe"..jawab saya 'cover'..


so, sahabat-sahabat..ayuh fikirkan sejenak...adakah berbaloi bapa kita membanting tulang bersusah payah demi kesenangan hidup kita andai balasan yang kita berikan padanya hanayalah ungkapan "abah, nak duit..nak guna ni.."..

pesanan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat..'jom kita sama-sama usaha,..biar kejayaan kita menjadi balasan kepada mereka yang telah banyak berkorban untuk kita..satu lagi, mari kita bersama-sama lengkapkan diri menjadi anak soleh dan solehah..kerana doa anak soleh lah yang paling diharapkan oleh kedua ibu bapa..'

wallahualam..moga bermanfaat..(Insyaallah ada kesinambungan dari peristiwa ini..bukan lagi tentang pak cik tua bertongkat memakai baju biru...tapi, tentang mak cik berkurung merah bersama jarum dan alatan jahitnya..) [^__^]

2 comments:

  1. walau mcm mana pun ibu bapa kita, kewajipan kita utk jaga mereka & saya memilih untuk menjaga utk penuh dgn kasih sayang. insya-Allah... ^^ jzk anis

    ReplyDelete
  2. Insyaallah...moga jadi anak solehah ye cayang..amin..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...