Bismillahirrahmanirrahim...
post kali ni saya ingin sambung kisah ketika saya menemani mama di hospital.. seperti post sebelum ni, saya telah fokuskan tantang kisah seorang bapa yang bekerja keras pada usia mudanya..oh, pak cik tua berbaju biru dan bertongkat...
ingat lagi pengakhiran kisah tentang pak cik tua tu?..tiba-tiba muncul seorang mak cik menegur saya..mak cik itu berbaju kurung merah,..dengan alatan menjahit serta kain di tangan..herm..bagi saya, kisah bersama mak cik ini tak kurang menariknya.. membuat saya terkedu untuk seketika..ayuh ikuti rentetannya..
****
selesai saya mem'hilangkan' semua kesan-kesan sebak akibat terkenangkan keperitan si pak cik tua berbaju biru bersama tongkatnya, saya teruskan menunggu giliran mama untuk mendapatkan rawat,..
adehh..terfikir..lambat betul eh? kalaulah yang datang menunggu tu sakitnya tak tertahan, boleh jadi lebih kritikal!
"nombor 3029, bilik 5"...
Alhamdulillah, nombor giliran mama dah dipanggil..so, saya teruskan menunggu...menunggu..menunggu..menunggu..dan terus menunggu...hurm..sabar..sabar...
boring la pulak...dah tak ada subjek nak fokus.. pak cik tua berbaju biru dah dibawa ke tempat lain..tak tau pulak ke mana...
so, saya beralih ke mak cik berkurung merah bersama alatan jahitnya..
pelik jugak sebenarnya..kenapa mak cik ni menjahit pulak kat hospital ni?..
"mak cik mai ambik ubat ka?" saya tanya dia..
"ha..lambat sangat dok tunggu ni.. boring.." dia jawab soalan saya..
oh,..saya mula bermonolog dalam hati..maybe mak cik ni hobinya menjahit..sebab tu dia penuhi masa menunggu giliran dengan menjahit...bagusnya..tak macam saya,..asyik termenung je..hehe
saya tengok hasil jahitannya..cantik! macam professional..(wah!)..mak cik tu sedang jahit manik pada sehelai baju kurung...saaaangat teliti...saya rasa kagum dengan hasilnya(terutamanya sebab saya memang tak pandai menjahit..hehe)
"mak cik menjahit ni hobi ka?..cantiknya..awat tak ambik upah? mesti ramai nak upah.." saya memancing topik perbualan..
"ni yang orang upah la ni..kalau bukan sebab ambik upah, tak dak maknanya mak cik nak bawak mai menjahit kat hospital ni..makin tinggi darah mak cik dok mengadap jarum-jarum semua ni..ni pun terpaksa buat jugak sebab tuan punya baju dah nak mai ambik petang satgi.."dia membalas...
ok! buangkan apa yang saya fikirkan tentang mak cik ni,..tentang hobi dan segalanya.. semua salah!
"macam ni la kalau nak hidup cek ooi..kerja, kerja, kerja.. tak pernah berhenti.. kalau tak buat, macam mana nak bagi anak-anak makan?..laki pun dah tak ada.. mak cik ja la..tapi Alhamdulillah ALLAH bagi mak cik kuat sampai la ni untuk jaga anak-anak.." tiba-tiba mak cik tu mula bersuara..dengan nada yang penuh hiba..saya mula tertarik untuk mendengar setiap butir bicaranya..ternyata, di sebalik ketenangan dan sunyinya dia dari berkata-kata tadi, ada satu keluhan besar yang ingin diluahkan..
dia menyambung.."anak-anak mak cik pun dah besar...dua orang dok belajar kat universiti, lagi tiga dok sekolah..semua nak guna duit..tapi Alhamdulillah depa semua semangat nak belajaq..Insyaallah satu hari nanti depa akan senangkan mak cik balik..."
kemudian, mak cik tu teruskan menjahit dengan khusyuknya..matanya berkaca..ALLAH.. saya sebak semula..air mata saya jatuh lagi..dia tersenyum..senyum dalam tangisan seorang ibu!..saya pegang bahunya,..ingin sekali rasanya saya peluk tubuh wanita ini..kekaguman saya pada kualiti jahitannya kini beralih pada kekuatan si penjahit.. Subhanallah.. tak lama selepas itu, nombor giliran mak cik berkurung merah bersama alatan jahitnya itu pun dipanggil..saya hantar dia dengan lirikan mata penuh doa..agar dia sentiasa kuat menempuh hari-harinya..Insyaallah..
kebetulan, mama pun keluar dari bilik doktor...
kami bergerak ke bahagian farmasi,..tunggu giliran ambil ubat pula!..setelah saya carikan tempat duduk sesuai untuk mama, saya bergerak ke kereta..ingin sejukkan dalam kereta..memang sangat panas sebab dah lama dibiarkan di kawasan lapang tempat meletak kereta..
Di dalam kereta, saya masih terfikirkan kata-kata mak cik berbaju kurung merah tadi..
apa yang bermain di kotak fikiran saya,..setiap ibu bapa sanggup bekerja keras hingga usia tua mereka bagi memastikan kehidupan anak-anak diisi dengan perkara terbaik..tapi bila direnungkan semula..kebanyakan anak-anak merasakan tanggungjawab menyara kehidupan orang tua mereka sebagai satu beban besar yang terpaksa di galas.. adilkah begitu?..Subhanallah..moga saya serta sahabat-sahabat tergolong dalam kalangan anak-anak yang sentiasa mentaati kedua ibu bapa dan berusaha menjadi yang terbaik buat mereka..Insyaallah...
wallahualam..moga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment