Bismillahirrahmanirrahim..
dah lama betul tak diupdate perkongsian di sini.. harapnya iman kita tidak begitu.. sentiasalah update iman ye! Insyaallah..
sejak dua menjak ni, saya sering dihadapkan dengan masalah yang makin lama makin parah dalam masyarakat.. tak kiralah samaada di kampung, pekan atau bandar.. sama saja situasinya..
kita terlalu sering membeza-bezakan sesama kita.. contohnya, yang kaya-raya perlu dihormati..yang bijak pandai perlu disanjungi.. yang berpengaruh perlu dipuji-puji.. ok, saya mengaku.. tak salah semua tu.. mereka berhak diperlakukan begitu.. tapi, yang menjadi masalahnya ialah bila yang miskin dibiarkan merempat.. yang 'kurang pandai' diumpat-umpat.. yang 'low profile', terus-terusan melarat..
hemm..tak kenalah situasi ni...
bila saya utarakan pandangan saya ni pada beberapa orang sahabat maya, ada yang setuju..namun tak kurang yang berpendapat itu sudah hukum alam.. apa lagi yang boleh dibuat??.. aduhh
sahabat-sahabat,
begini, pendapat saya mudah.. bukankah ALLAH menegaskan setiap hambaNYA sama taraf di sisiNYA.. apa yang membezakan kita ialah tingkatan iman... so, kalau dilihat pada kaya miskinnya seseorang, bijak pandai dan berpengaruhnya seseorang, bolehkah kita menduga tingkatan imannya??..
bukan saya tidak suka golongan ilmuan, hartawan ni semua disanjung.. tidak! tidak sama sekali.. cuma kadangkala, kita perlu membatasi sanjungan itu.. bimbang juga kita 'ter'lebih sanjung ciptaanNYA berbanding PENCIPTAnya sendiri..
ada seorang hamba ALLAH, sahabat maya saya, berpesan pada saya..
"puji2an jangan berlebih..bimbang yang dipuji meninggi diri...keluhan hati jangan melarat-larat..bimbang nanti iman tersiat..merendah diri jangan terlalu beria-ia..kerana kita semua sama hamba Allah yang hina..namun,kita jua sama dicipta sesempurna kejadian oleh-Nya.."
so, bagi yang menyanjung, berpada-padalah..ingat, siapa pemilik mutlak kita..
buat yang disanjung, ingatlah bahawa semua kurniaan itu adalah ujian dariNYA.. mengukur sejauh mana kita mensyukuri nikmatNYA..
dan buat mereka-mereka yang sentiasa merasakan diri mereka tidak bernasib baik seperti yang lain, bangunlah.. jangan terlalu mengeluh.. semua itu ujian dari DIA.. menguji sejauh mana kesabaran kita dan baik sangka kita padaNYA.. Insyaallah..
wallahualam...
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
ReplyDelete- (Surah Al-Hujurat 49: Ayat ke 13)
Srikandi permata,
ReplyDelete(~__~).. sungguh.. DIA Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNYA..