Friday, September 2, 2011

burung ape? burung murai....

Bismillahirrahmanirrahim...

haa..teringin pulak nak share video ni kat sini.. sile la tengok ye.. kalau lagu kat bawah tu rasa mengganggu,(memang mengganggu sikit untuk fokus kan?), sile pause kan dulu ye..

klik sini..
comel kan?..heheee..one of my favourite video..

teringat pulak saya dengan satu peristiwa 2 hari sebelum hari raya lepas..
time tu kami semua sedang sibuk2 mengemas rumah dan sediakan juadah untuk raya.. almaklum lah.. raya dah dekat...
saya dan adik lelaki ditugaskan di bahagian dapur..kami bertungkus-lumus dengan mama menyiang, memasak dan macam-macam lagi..
adik syuhada dan syifa pulak mama tugaskan untuk kemas dan siapkan pakaian...sampai satu ketika, syifa mula mengemas baju-baju lama... ada yang masih elok, disimpan, yang dah tak ada rupa baju, buang aje laa..syuhada apa lagi, 'tolong!!'.. hehe



selang seminit syuhada akan keluar bilik dan tanya, " mama, baju ni ok lagi?.."
mama yang sedang kalut-kalut di dapur akan pusing dan decide, samada baju tu still ok atau tak..
saya ingatkan syuhada akan keluar tanya 2 3 kali...tapi...erm..sampai saya sendiri pun naik geram.. nak je cakap, "syuhada tengok la sendiri..takkan semua tak tahu.. takkan semua nak tanya..!!"..
tapi, saya diam kan dulu..saya nak tengok dan nilai sendiri, sejauh mana kesungguhan dia...

***************
sudah 15 minit....
***************

adik syuhada masih berulang-alik bertanya...aduhh..serabut saya.. tak penat kah?
tapi,
ada satu hal lagi yang benar-benar menarik perhatian...
mama!
mama tak penat-penat dan jemu melayan setiap pertanyaan syuhada..
sesibuk mana pun mama, letih dan penat macam mana pun mama, dia tetap berpusing..
walaupun saya perasan kadang-kala mama menjawab tanpa fokus sepenuhnya pada apa yang syuhada tanyakan, sekurang-kurangnya mama akan tetap berpusing bagi menunjukkan respon mama pada syuhada..
Subhanallah..itulah bukti cinta dan kasihnya seorang ibu pada anak-anaknya...


sebak saya sebentar...menitis juga 2 3 butir mutiara jernih dari kelopak mata ni...
nasib baik tak ada sesiapa yang syak saya sedang menangis.. bawang jadi penyelamat.. (^_^)

makin bertambah sayang saya pada mama...
sayangi ibu selayaknya!! <---pesanan dari pihak penaja.. hehe (^_^)
so, sama-sama kita tepuk dada tanya iman..sudahkah kita berikan kasih sayang selayaknya pada kedua ibu bapa tika ini?
atau, adakah kasih sayang itu terpaksa di catu, kerana perlu berkongsi kasih pada dia bergelar 'cinta duniawi'? renung-renugkanlah...

buat abah, jangan risau, kakak sayang abah juga... ^_^


I heart both of you <3 <3

itu saja,..
wallahualam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...