KITA SOMBONG!!
benar atau tidak kalau saya katakan kita sombong?.. kita sombong dengan TUHAN..
kita berlagak kita lebih hebat dari TUHAN..
kita rasa urusan kita lebih penting dari urusan TUHAN..
saya bawakan alkisah pertama.. kisah ini disampaikan oleh salah seorang sahabat saya.. diambil dari kisah sahabatnya yang lain..
di sebuah kawasan pembinaan, ada seorang lelaki sedang melakukan kerja.. kerjanya ialah sebagai bricklayer.. sampai satu saat, tinggal lagi seketul bata untuk disusun..dan selepas itu, siaplah kerjanya.. tapi, sayup-sayup kedengaran suara azan..memanggil dan menyeru umat Islam mengerjakan solat fardhu.. lelaki tadi terus berhenti dan meninggalkan kerjanya lalu bergegas untuk solat.. balik dari solat, barulah dia menyambung kerjanya semula, iaitu menyudahkan susunan seketul bata sahaja lagi.. seorang sahabat yang menyaksikan perbuatan lelaki itu bertanya padanya, kenapa tidak disudahkan dahulu susunan bata tadi? bukankah hanya tinggal seketul? lepas tu pun boleh terus pergi solat... kalian tahu apa jawapan lelaki tersebut?....
dia menjawab.. "kalau aku meneruskan susunan seketul bata itu tadi, bermakna aku membesarkan bata itu melebih ALLAH.. sedangkan seruan bersujud padaNYA telah memanggil-manggilku.."
see???
alkisah yang kedua..berlaku saban waktu..terutama pada golongan pelajar (seperti saya)...
pukul 4.30 pagi...masih membaca nota dan buku...
pukul 5.30 pagi...masih bersama buku-buku...
pukul 5.40 pagi... azan subuh berkumandang... masih bersama nota dan buku-buku..
pukul 6.30 pagi... solat subuh..kemudian sambung study..
teruskan di waktu siang pula...ada juga curi-curi masa untuk berhat dengan membersihkan badan.. basuh baju..makan-makan...kemudian sambung study.. waktu solat,..erm..buat, tapi...kejap-kejap.. lepas habiskan satu bab ni... satu baaaab je lagi...
see??
alkisah ketiga...seorang wanita,..cantik wajahnya, sopan gayanya..lembut tutur katanya..hormat setiap tetangganya..aduhhh..mempersona!..tapi ada lagi,...
panjang mengurai rambutnya..meliuk lentok ayunan langkahnya..melentik panjang bulu matanya..manja benar jelingannya..harum semerbak baunya... err..masih mepersonakah??
pabila dipuji kelakuannya, malu-malu pula..bila dikatakan dia penghuni neraka..marah jadinya.. merah padam wajahnya..dibandingkan pula dirinya dengan wanita menutup aurat di luar sana..belum tentu sesopan dirinya..belum pasti setulus hatinya.. belum dijamin selembut tutur katanya... hmm..
see??
*****************************
sebenarnya siapa kita??
merumus kembali alkisah yang pertama.. siapa yang memberi rezeki pada lelaki penyusun bata tu? adakah dengan dia meninggalkan seketul bata maka gajinya dipotong? jikalau gajinya dipotong oleh majikan tidak berhati perut sekalipun, adakah dia disumbatkan ke neraka akibat perbuatannya itu..saya memang 'tabik spring' pada lelaki itu,..dia benar-benar membuktikan kecintaannya pada ALLAH.. dia meletakkan ALLAH sebagai yang pertama di hatinya..tiada satu perkara yang dapat menghalang dia andai dia ingin bersama CINTA HATINYA..Subhanallah.. (^__^)
tentang alkisah yang kedua,..jika disoroti kembali..jika di muhasabah diri sendiri.. milik siapakah ilmu yang dikejar tu?? pada siapa kita akan merayu?? dari mana turunnya ilham dan ilmu?? adakah hanya terdapat dalam kocek baju??.. tapuk dada, tanya lah cikgu..mereka juga tahu..mereka cumalah jambatan penyampai ilmu..ilmu hak milik YANG MAHA TAHU!..
bangun awal tu dah molek dah tu.. tapi, alamak..tertinggal pula tahakud dan rayuan padaNYA di sepertiga malam.. ingat tentang waktu solat pun dah bagus...tapi kenapa perlu dilengah-lengahkan..lebih penting ilmu yang dikejar itukah atau lebih penting mendapatkan redha PEMBERI ILMU?.. Subhanallah.. (-__-)
tentang alkisah yang ketiga...saya sebenarnya banyak terjumpa kes seperti ini... orang yang dilihat cantik dan baik pada mata kasar..tapi, bila disingkapi..banyak laranganNYA yang dilaksana.. tak ditegur salah..bila ditegur, salahkan kita semula.. sedarkah kita, bila ditegur tentang hukum ALLAH, adakah kita punya hak untuk membantah?..membina pula undang-undang baru dunia..menghalal segala yang dilarangNYA.. seumpama kita ini tuhan kedua! sedar-sedarlah..
yang menegur itu bukannya cemburu dengan anda..mereka cuma ternampak kepincangan yang ada.. biarlah dibetulkan, agar diri anda lebih sempurna..yang terjaga,lebih terjaga.. yang berharga akan lebih berharga.. Insyaallah... (^__^)
**********************
wallahualam..maaf andai ada teguran yang kurang menyenangkan..sungguh diri ini juga perlu pembetulan..terlalu banyak kelemahan..baru bertatih mendekatkan diri dengan TUHAN.. satu lagi kekurangan..diri ini belum punya cukup kekuatan..untuk menegur secara berdepan.. cuma mampu menzahirkan kata-kata menjadi sebuah coretan.. maaf ya wahai teman-teman..
moga yang baik dijadikan pedoman.. Insyaallah