Bismillahirrahmanirrahim..
3 4 hari ni, asal saya berhajat untuk manaip satu entri baru di sini, pasti ada saja halangan..
banyak kali juga menaip separuh jalan..kemudian hilang punca...
Astaghfirullah.. apakah ini...
jadi, banyak masa saya dihabiskan dengan 'facebook'-ing dan bersama sahabat-sahabat...
malam ini, saya bertekad untuk tetap postkan sesuatu di kanvas usang ini..
walaupun hati masih gelisah, kepala masih serabut,moga ALLAH permudahkan..
*********
ingin saya kongsikan beberapa kata-kata penguat semangat, nasihat-nasihat berguna hasil perkongsian sahabat-sahabat saya samada di facebook mahupun di dunia blog...
1."Ketahuilah Duhai ADAM...Ketika seorang HAWA "TAKUT JATUH CINTA", bukan kerana ia tak perlukan CINTA atau menolak di anugerahkan cinta, akan tetapi kerana dia belum siap mengHALALkannya...Dia takut rasa yang Fitrah itu menjadi FITNAH kelak disebabkan CINTA yang tak terkendali yang cuma menggoyahkan 'prinsip'nya dalam memegang teguh Syariat ISLAM & membuatnya MENGABAIKAN larangan²Nya..."♥:)
2.Hami Asraff
"Apabila kita mencari cahaya di sebalik kegelapan & timbul keraguan di hati, yakinlah Allah itu terlalu dekat dengan diri. Teruslah mencari."
3.Qalam Mardhatillah
"Berbahagialah jiwa yang sentiasa diuji dan diduga kerana sesiapa yg merasai penderitaan, pasti akan lebih merasai keindahan saat kebahagiaan.. jika diri sentiasa hidup mudah dan senang, maka mudah dan senanglah juga hilangnya dari jiwanya nilai keindahan akan saat kebahagiaan.. kekadang, penderitaan dan kesusahan mengajar erti nilai dan sifat menghargai yg sebenar pd manusia..~ la tahzan QM (-_-)"
4.Ratu Syahadah
"Ujian satu peluang utk lebih dekat dgn-Nya...agar menjadikn kita hamba yg sentiasa bersyukur dlm apa jua keadaan..."
'MARAH ITU MUDAH, SABAR ITU INDAH'
5.Aroma Mawar Sufi
"..Keindahan mahabbah terungkap ketika pesona kalbu mencintai ILAHI..♥ "
6.Bintu Koyube
"Ketahanan hati & iman manusia diuji dgn musibah & masalah.Dalam proses mendapat ketenangan, cuba lihat kita akan meluah & mengadu kepada Allah atau kpd manusia lain atau mencoretkannya di facebook. Kemudian manakah yg benar2 kita harapkan boleh membantu kita, mencapai jalan keluar & ketenangan semula? Semuanya DIBENARKAN, namun, ramai yg 'sikit' harapannya kpd Allah berbanding yg lain-Iman Rosniza"
ALLAH ALLAH...terima kasih sahabat-sahabat..kerna, tanpa kalian sedar kata-kata dan pesanan-pesanan kalian berjaya mengetuk tangkai hatiku ini..
moga ibadah kalian ini menjadi saksi saat penentuan kelak..Insyaallah..amin..
Ikhlas dari hati hamba yang masih bertatih meniti sebuah kehidupan..
wallahualam..
TOMEYNYE akak,eh baby,,ngeee
ReplyDeleteeheheh..akak, akak.... herm... <3
ReplyDelete