Friday, December 31, 2010

tak cukupkah lagi??

Bismillahirrahmanirrahim..

pelbagai perkara yang dah saya alami..
Subhanallah...
ada yang menggembirakan, malah tak kurang ada yang benar-benar menguji...
Allahuakbar..tapi semua itu semestinya tiada lain untuk menyedarkan hambaNYA yang lemah dan hina ini, tentang kewujudan dan kekuasaanNYA..Alhamdulillah...

Apa yang ingin saya kongsikan di sini, tentang pengalaman saya baru-baru ini...
pengalaman yang x mungkin saya lupakan, Insyaallah...
peritiwa yang membuat sya sedar, betapa bertuahnya saya dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang Islam..

Menjadi kebiasaan bagi saya untuk singgah melakukan solat Dhuha di masjid sebelum 'check in' di ofis..
pada hari-hari sebelumnya, saya hanya ditemani pak cik dan mak cik cleaner di majid itu...
Tapi pada hari itu, ketika sampai damn melangkah ke tempat wudhuk muslimat, saya dapat mengagak ada orang lain lagi yang akan bersama saya..Alhamdulillah..
ada 2 pasang kasut muslimat di luar...
dari kawasan wudhuk, saya cuba megintai ke kawasan solat muslimat...
-tiada sesiapa di sana- aneh...

saya teruskan dengan urusan saya untuk berwudhuk dan melangkah ke ruang solat muslimat...
ada sejadah dan telekung di situ...
-terfikir- untuk saya kah?
tapi ada 2 telekung dan sejadah...oh, mungkin muslimat yang kasutnya diluar tadi..
saya teruskan dengan niat asal aya ke situ, solat dhuha..
saya melakukan solat dhuha eperti kebiasaannya, tanpa bertelekung..
kerana pakaian saya sudah menutup kawasan2 yang harus ditutup...
Alhamduillah, terasa indah dan mudahnya Islam bila kita mengikut aturannya..
bukan sahaja mudah, malah menjimatkan masa...terutamanya bagi yang mengejar masa check in ofis,seperti saya.. (^__^)

Usai solat dan berdoa, saya dapati ada 2 orang gadis di belakang tempat saya solat...
mereka tidak solat, cuma memerhatikan saya...
berdasarkan pengamatan saya, mungkin mereka India Muslim berdasarkan percakapan dan gaya pakaian mereka..
mereka cuma tersenyum dan saya membalasnya...
~harus segera ke pejabat~

selesai waktu pejabat kira-kira pkul 5 petang,..saya singgah lagi di masjid
menjadi kebiasaan juga untuk saya solat asar dahul sebelum pulang ke rumah yang letaknya agak jauh dari ofis,..
selesai solat, saya ambil kesempatan duduk di satu sudut untuk merehatkan diri dengan terapi ayat-ayat cinta ALLAH..
kemudian saya terperasan, 2 gadis yang saya jumpa ketika solat dhuha tadi ada di situ
masih lagi memerhatikan saya saya sambil berbisik..
saya hanya senyum..
ketika saya teruskan bacaan Al-Quran, saya menyedari 2 gadis tadi menghampiri saya..

"Assalamualikum..adik, kami minta maaf kalau cara kami tadi buat adik x selesa,maaf"
saya membalas dengan salam dan senyuman lalu mempersilakan mereka duduk..
kami mula berbual dan bertaaruf..
suatu saat, salah seorang gadis enceritakan bahawa mereka baru beberapa minggu memeluk agama Islam..Alhamdulillah
kemudian, mereka menerangkan bahawa mereka ditugaskan untuk memerhatikan cara orang2 Islam di masjid2 supaya mereka boleh belajar dari pemerhatian...
dan, mereka tertarik melihat cara saya..
Subhanallah...malu saya..rupanya saya diperhatiDan pada mereka, saya sebagai salah eorang muslimat yang membuktikan Islam itu memang indah dan mudah..
jadi, mereka tidak teragak-agak lagi dengan keputusan mereka memeluk Islam,..
bahkan mereka sangat2 bersyukur di beri hidayah pada usia yang masih muda...

*****

sahat2, berdasarkan perbincangan kami, saya dapat merumuskan edikit perkara tentang aktiviti yang saya lakukan saan hari pergi dan balik dari tempat latihan praktikal saya...
bukanlah niat ntuk bermegah-megah atau bangga diri,..dan saya juga mohon supaya sahabat2 doakan saya dilindungi dari memiliki perasaan ujub itu..

antara yang 2 gadis itu simpulkan,..:
1) mereka mendapat kekuatan setelah terjumpa dengan sepotong hadis, riwayat Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersada.."barangsiapa yang pergi ke majid pada pagi atau petang, maka disediakan baginya syurga untuk waktu pagi atau petangnya itu"..wallahualam..
dan sememangnya, saya juga terkesan dengan hadis ini dulu..oleh kerana itulah saya mengamalkan rutin sy untuk singgah ke masjid ini..Insyaallah..moga diberkati ALLAH..

2) Islam itu sememangnya mudah..Hanya dengan mngikut semua suruhan ALLAH,maka kita akan merasa kemudahan dan kesenangan itu...contohnya, dengan berpakaian menutup aurat dan mengikut garis panduan syarak, kita lebih mudah mengerjakan solat dimana atau bila2 masa pun.. wallahualam

3) Sebelum melangkah ke tempat kerja untuk menerima arahan dari pemberi arahan, ada baiknya kita sujud dahulu pada pencipta si pemberi arahan.. Wallahualam...

moga bermanfaat..Insyaallah..

Saturday, December 18, 2010

kahwin,..untuk mengelakkan zina?

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...segalanya lancar...
apa yang saya gentarkan sudah dapat dilalui...
latihan praktikal di sebuah firma kontraktor...
walaupun baru 2 hari, belum mesra kata orang...
tapi alhamdulillah...saya suka saat ini..
ia mengajar saya tentang erti kehidupan...
sukakan kehidupan bukan bererti kita memiliki kehidupan kita!
kerana kadang-kadang kita juga akan menerima arahan dalam kehidupan sendiri...
justeru, saya belajar bahawa untuk menghargai kehidupan yang saya miliki ialah dengan menerima kehidupan atau cara hidup ini seadanya,...
usah mengharap lebih andai tidak mampu...
inilah yang sesuai dengan kita..kehidupan ini untuk kita..
syukurlah...alhamdulillah...
(^__^)

*******

pada esok hari pula, dua orang saudara saya akan melangsungkan pertunangan dengan pilihan hati masing2...alhamdulillah..
berita baik juga untuk minggu ini... (^_^)
insyaallah, x lama lagi mereka akan melangsungkan perkahwinan...
amin...

********

pabila bercakap soal perkahwinan, saya tertarik tentang satu perkara..
saya mula tersedar akan hal ini apabila terbaca mengenai persediaan untuk berkahwin dalam buku motivasi "aku terima nikahnya"
penulis ada menekankan tentang maksud di sebalik perkahwinan itu sendiri..
pada mulanya beliau mempersoalkan tentang alasan 'orang-orang zaman ini' ingin berumah tangga...
kebanyakkannya mengatakan kami berkahwin untuk mengelakkan zina...
berkahwin = mengelakkan zina???
adilkah perkahwinan diletakkan pada tahap itu?
sedangkan kita semua tahu...

berkahwin adalah satu perkara yang besar..
perlu ada tanggungjawab, kesabaran, dan yang paling penting persefahaman...
kerukunan rumah tangga ini lah yang me'mantop'kan rumah tangga itu...
insyaallah...
sesetangah pihak yang lebih pakar ada menegaskan, sebuah perkahwinan itu perlu ada kekuatan dan ketabahan...
justeru, jika di awal peringakat perhubungan, yakni saat sebelum diijabkabul, kita memberi alasan bahawa perkahwinan itu bagi mengelakkan kita melakukan zina...
di mana kekuatan individu itu sendiri??
sedangakan dia sendiri takut ditewaskan nafsunya....
apalagi mengemudi kapal dan belayar di alam rumah tangga...
jadi, bagi pihak saya sendiri, saya setuju dangan frasa yang mengatakan
'kita berkahwin kerana kita benar2 telah bersedia untuk berkahwin'..
jadi, konklusinya??...hurmm...

bukan saya mengatakan alasan itu salah sepenuhnya...tidak!!
cuma, ia tidak kukuh...
bukan itu tujuan utama perkahwinan... tepuk dada tanya iman...

********

pandangan tentang perkahwinan dari yang belum berkahwin... (~__^)
moga bermanfaat...moga dibetukan jika tersalah...
sekadar pandangan..
wallahualam..

Friday, December 10, 2010

iye ke???

bismillahirrahmanirrahim

(^__^)
smiley!! ya!!
itulah yg saya buat..
sya taipkan smiley begitu dlm text msg kepada seorang sahabat..
***
"wah...senang hati je.."
"erm...best la kan??"
"xde masalah"
***
sahabat saya katakan begitu kerana sebelum tu, dia sedang meluahkan tentang masalahnya pada saya...
dan dia ada merungut yg betapa besarnya masalah itu...
ALLAH..
terus sy teringat kepada terjemahan dari surah Al-Baqarah, ayat 286..
antara maksudnye.."ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.
***
jadi sahabat ku, berhenti lah mengeluh...
sesungguhnya ALLAH bersamamu...Insyaallah
wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...