Wednesday, January 30, 2013

Cinta walau benci..

Bismillahirrahmanirrahim...

Cinta itu ciptaan ALLAH.. ia juga makhlukNYA.. cuma, ia tidak diciptakan mempunyai anggota mahupun akal.. ia diletakkan dalam diri makhlukNYA yang lain terutama manusia, untuk digerakkan.. maka, menjadi tanggungjawab kita untuk menggerakkannya menuju dan menghampiri ALLAH, atau membawa ia lari jauh dari ALLAH..
Ramai daripada kita hanya teruja bila memperkatakan tentang cinta, yang melibatkan lain jantina.. namun sebenarnya, ada lagi kisah cinta yang lebih penting untuk difikir dan dijayakan.. yang penting, ialah cinta yang berpaksikan ALLAH.. cinta yang berada di jalan dakwah.. cinta yang menyatukan atas nama ALLAH..

Baru-baru ini saya ada menghadiri satu program, dan dalam program itu ada satu aktiviti yang membolehkan kami berbincang mengenai cinta.. cinta yang lebih besar dan menyeluruh berbanding hanya memfokuskan pada cinta dua jiwa.. kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.. dan setiap kumpulan kecil akan menghantar wakil untuk membentangkan dan menyampaikan hasil perbincangan di hadapan panel.. saya dipilih untuk mewakili kumpulan saya.. kumpulan saya membincangkan konsep cinta untuk sistem kepimpinan dan kami fokuskan dari sudut politik.. bagi yang mendengar huraian saya pada hari tu, mungkin kurang dapat menangkap apa yang cuba saya sampaikan.. almaklumlah, bukan kekuatan utama saya, menyampaikan secara lisan :P tambahan pulak, saya disuruh menyampaikan huraian dalam bahasa standard.. tanpa ada campurna terma-terma Bahasa Inggeris dan bunyi 'mmmmm..' (yang memang kepakaran saya) :)

Baiklah, antara isi yang sempat saya huraikan dan ingin saya tambahkan sikit-sikit di sini, ialah cara kita menghadapi sesutau yang kita benci..kebanyakan kita langsung tidak mempraktikkan konsep kecintaan yang sangat ditekankan oleh agama Islam, dalam menghadapi dan menangani perkara yang dibenci.. selalu saja kita dengar, "benci pada perbuatannya, bukan pada pembuatnya".. tapi, berapa ramai yang memahami kata-kata ini dan meng'apply'kan dalam kehidupan?..
kita lebih banyak menzahirkan kebencian daripada menyalurkan kasih untuk membimbing pembuat perkara yang dibenci itu, supaya membetulkan keadaan..

Melihat sunnah Rasulullah S.A.W., suri teladan sepanjang zaman, apa yang Baginda laksanakan sepanjang dakwah Baginda? Baginda dibaling dan dilempar dengan tohmahan demi tohmahan, tapi Baginda membalas? dengan penuh hikmah dan kasih.. tak pernah sekali dalam sirah Baginda, dikatakan Baginda membalas dengan juga kekerasan.. Hatta dengan orang yang terang-terangan mengutuk dan menghina Baginda juga, Baginda belai jiwa mereka dengan akhlak mulia dan kasih yang Baginda miliki.. dan akhirnya? dakwah Baginda sampai dan melekat di hati-hati setiap mad'u..

Bandingkan pula dengan diri kita.. dalam kancah politik khususnya.. bila ada satu pihak yang melakukan perkara yang salah, kita membenci.. ya, tak salah untuk membenci perbuatan itu.. yang salahnya ialah bila kita mula mencaci dan mengeji.. refleksikan semula pada diri kita.. andai diri kita melakukan kesalahan, dan kita menerima kritikan pedas dan pelbagai usaha menjatuhkan dari pihak lain, apa yang akan kita lakukan? amat tipis rasa untuk berubah, kan? yang menebal, rasa untuk memberontak.. betul atau tidak? jadi, beringatlah.. janganlah api di simbah lagi dengan api.. maraknya akan makin membesar.. curahkan air padanya, atau sekurang-kurangnya, tiupkan.. moga sedikit 'sejuk'..

Pada saya, tak salah rasanya andai kita dekati mereka-mereka yang melakukan sesuatu yang dibenci itu dengan penuh cinta.. hampiri mereka sebagai sahabat, mungkin? nasihati dengan cinta.. bersabar kerana cinta.. membimbing dengan cinta.. segalanya demi cinta padaNYA.. Insyaallah.. bimbingan itu akan diterima dengan hati terbuka..

Diakui, antara kita, sesama manusia, pemahamannya berbeza.. dalam perlbagai perkara, pemahamannya berbeza.. soal agama contohnya.. mungkin saja pihak yang melakukan kesalahan itu tidak mengetahui.. anggap saja bagitu.. maka, golongan yang mengetahui perlu membimbing.. membimbing penuh kasih dan cinta.. membimbing dengan niat, supaya perkara yang dibenci itu tak berulang lagi.. Insyaallah.. andai kita menerima penolakan, bersabarlah.. itulah lumrahnya berdakwah.. dakwah perlu masa.. seperti juga para pendakwah mempunyai cara penyampaian yang berbeza, begitu juga para mad'u mempunyai penerimaan yang berbeza-beza.. teruskan bersabar kerana cintaNYA.. dakwahkan jua, jangan putus asa.. langsung!

Lagi satu, point yang sangat suka untuk saya ingatkan.. cintailah pembuat kesalahan itu atas nama sesama umat Rasulullah S.A.W.. kita semua tahu, Baginda sangat suka dengan umatnya yang ramai, tapi percayalah, Baginda akan lebih suka melihat ramainya umat Baginda ke syurga.. maka, apakah lagi alasan kita untuk membenci dan terus membenci? pimpin tangan umat ini bersama melangkah ke Jannah.. bukannya semudah lisan menghumban pelaku salah itu ke neraka.. silap-silap kita akan dipertanggungjawab sama, kerana tidak menyampaikan apa yang sebenar-benar ajaran.. nauzubillah..



Wallahualam..

Saturday, January 19, 2013

mencari jodoh..

Bismillahirrahmanirrahim..

ok, abaikan typo tu --"

hemm.. saya tersenyum lagi...
dah tak tahu nak jawab apa dengan soalan-soalan begini..
sungguh, bukan kami tak cari.. kami juga mencari.. cuma cara pencarian kami mungkin sedikit berbeza.. Insyaallah akan berjumpa juga nanti..
takkanlah kami nak canangkan seluruh dunia bagaimana kami laksanakan operasi mencari..
'kantoi' la nanti.. (^_^) *main-main je..

wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...