Bismillahirrahmanirrahim..
Ungkapan 'selama-lamanya' sering kita dengar malah diri sendiri juga sering lafazkan. Itu belum lagi ungkapan dalam Arabnya, 'abadan abada'.. Atau dalam Bahasa Inggerisnya, 'forever'..
Ramai yang mengikat janji setia untuk bersama 'selama-lamanya'.. Tapi setiap kita tahu, dunia ini akan berakhir. Maka, bagaimana mahu 'bersama selama-lamanya'?
Kita tahu, akhirat itu tak berpenghujung.. Justeru, di sanalah tempat untuk terus memegang janji, Insyaallah..
Cumanya, di akhirat kelak ada dua persimpangan.. Samada berpimpin tangan di taman syurga bersama, atau bersama memasuki gerbang tempat yang tiada siapa sempat ambil peduli hal insan lain kerana terlampau berat menanggung siksa..
Kita pilih destinasi kita di mana. Mahu terus bersama? Maka pastikan pimpin insan itu ke syurga, dalam masa yang sama kita sendiri berusaha ke sana. Supaya janji setia terus dipegang erat, 'bersama selama-lamanya'.
Di akhirat kelak, kita akan bersama dengan siapa yang kita cintai..
Ku tuju khas buat keluarga dan sahabat-sahabatku.. Sayang kalian Lillahi Taala, selamanya..