Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..kita masih punya masa membaca post ini.. yang pasti, kita semua mencari-cari ilmu DIA.. kalau tak, takkan kita sedang membaca sekarang, kan? Insyaallah.. sedikit perkongsian..
pernah atau tidak, timbul rasa was-was dan tidak puas hati dengan takdir ALLAH pada kita? jujur.. saya yakin, ada yang menggeleng, tapi hati mengatakan sebaliknya..
kerap malah hampir saban waktu kita protes terhadap sesuatu..
1-seseorang datang, menasihati malah memarahi kita tentang sesuatu..berkaitan agama.. tapi kita sendiri nampak tempangnya agama si penasihat.. kita geram!!
2-kita usaha, doa dan kemudian tawakkal.. mengharap bersungguh-sungguh pada DIA.. hasilnya kita tidak berjaya..kita hampa, itu lumrah..kemudian kita tidak berpuas hati..ada yang lebih berjaya, tapi usaha dia tu cuma..........
3-kita jaga peribadi, jaga iman, jaga agama.. taat segala suruhanNYA.. kita sabar, tabah dan redha segala ketentuanNYA.. sampai satu saat, kita tersedar.. kita tertinggal nun jauuuuh di belakang.. kita rasa ketinggalan.. kita cuba bangkit! ternyata, kebangkitan kita tak menjadi..kita kecewa.. lalu kembali menjadi yang asal, seorang yang tertinggal..
4-beremosi.. semua orang hanya mahukan kehendak mereka dipenuhi..apa kita tak punya hak? kita juga mahu bersuara..kita juga mahu tentukan jalan cerita hidup ini.. kenapa mereka semua tak memahami??!!
Subhanallah...
pernah dengar tentang optimis?
ia berkait rapat dengan berfikiran positif.. sentiasa bersangka baik dan berharap pada perkara-perkara positif yang mungkin berlaku.. walaupun permulaan sebuah kebaikan itu datangnya dari bentuk kesusahan mahupun rasa tidak puas hati..
pernah atau tidak kita tekankan pada diri tentang optimis pada TUHAN? pada saya, sikap optimis pertama sekali perlu dibentuk dalam diri ialah optimis pada ALLAH.. kebetulan pulak, naqibah menekankan tentang optimis pada TUHAN ini dalam bulatan cinta baru-baru ni.. tergerak hati saya untuk berkongsi di sini..
terjumpa satu ayat di celah-celah ayat cinta DIA,,:
"Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya ALLAH tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan." -Surah Hud (11:115)
see?? ALLAH suruh kita bersabar.. banyak lagi ayat dalam lembaran kitab cinta ini.. tapi ini salah satunya yang menekankan untuk kita bersabar, dan dalam masa yang sama menyedari hakikat bahawa ALLAH sangat prihatin dan peka dengan amalan kita.. Subhanallah..♥
baik, saya ada listkan beberapa situasi di
atas.. nampak seperti tiada apa yang serius.. malah seperti tidak berkait dengan 'optimis' yang dibincangkan..
biar saya jelaskan..
1-bila kita tak optimis pada TUHAN, kita akan rasa ada yang tak kena dengan teguran itu.. kita melihat kepada si penasihat, penegur atau pe'marah' itu..
seseorang yang sentiasa optimis dengan ALLAH akan melihat dari pandangan berbeza.. dia dengan lapang hati menerima bahawa ALLAH telah menghantar wasilah, yakni melalui si penegur itu, untuk menegur dia.. pasti kita tidak sedar kita terleka seketika, maka ALLAH ingatkan dengan cara begitu (^_^)
2-bila ALLAH tak memberi sesuatu, bukanlah bermakna ALLAH kejam pada kita.. dan bila dia yang usahanya hanya biasa-biasa berbanding kita, mendapatkan sebuah kejayaan, bukanlah bermakna ALLAH salah menilai dan mengurnia.. bak kata naqibah saya, ALLAH tak memberi sebab DIA tahu kita tak perlu.. kita mahu, tak bermakna kita perlu.. so, be optimistic!
3-mudah sangat putus asa! ALLAH dah didik kita supaya sentiasa berada di jalanNYA.. dah betul dah sebenarnya.. kemudian, ALLAH 'ketuk' kita sikit..untuk beri kesedaran bahawa, pergerakan kita terlalu perlahan,.. bukanlah DIA mahu kita rasa ketinggalan.. DIA mahu kita kejar yang di depan.. bila ALLAH sudah 'ketuk', kenapa masih mahu mengalah? ALLAH percaya pada kita untuk maju, kenapa tidak kita juga percaya?
sweet kan ALLAH? ♥ DIA didik kita dengan cara penuh istimewa..
4-tolonglah mengerti..bukan kita tak punya hak di dunia.. bukan juga kita memang ditakdirkan untuk sentiasa menjadi pak turut dalam setiap situasi.. optimislah pada ALLAH.. DIA sedang memberi kita peluang..perhatikanlah mereka-mereka itu.. belajar sesuatu.. ALLAH bukannya tidak memberi kita ruang.. DIA sedang mempersiapkan kita.. bersedialah, masa untuk giliran kita bangkit akan tiba, Insyaallah..
percayalah..setiap satu yang berlaku ada 'sesuatu' yang ingin dianugerahkan oleh DIA, Pencinta paling romantik ♥ bukankah salah satu ayat cintaNYA mengatakan "..kamu tidak mengetahui, sedangkan ALLAH maha mengetahui."
cuba bayangkan, seekor ulat beluncas yang kita semua geli, kita semua tak ingin dekati, tetap tabah dan bersungguh-sungguh menjalani kehidupannya.. kerana apa? dia optimis ada sesuatu yang menyebabkan dia dihidupkan di sini.. lihatlah! dia dimuliakan kerana sentiasa bertasbih memuji ALLAH,..dan hidupnya pula diakhiri sebagai seekor rama-rama yang indah.. ALLAHU ALLAH ♥
wallahualam...