Tuesday, June 28, 2016

Jatuh tersungkoq...

Bismillahirrahmanirrahim..

"Kenapa asyik aku je kena?"
"Letih la macam ni. Semua aku!"
"Aduh. Malang betul."

*****

Sabar. Tengok sekeliling. Are you sure you are the most malang one?
Kita susah nak rasa senang hati sebab kita susah sangat nak bersyukur.
Asyik nampak susah yang datang.
Berjuta-juta nikmat tu, buat-buat tak pandang.

Say Alhamdulillah...

Is that enough? No!
Syukur bukan hanya dengan sebut Alhamdulillah.
Ikhlaskan hati. Berhenti merungut. Senyum.
Teruskan hidup macam biasa. Lama-lama okay lah!
Biasalah tu.. Dugaan ja.. Semua orang rasa...

Be strong, Okay!

Saturday, June 25, 2016

Permulaan baru..

Bismillahirrahmanirrahim..

Fewww~~

Lepas 2 tahun 3 bulan, akhirnya datang semangat lain macam untuk mula menulis semula.
A lot of things happened along these years.
Alhamdulillah 2014 tu dah pun grad with Bachelor in Quantity Surveying. Lepas tu kerja. Berpindah-randah bertukar tempat kerja. Sampai ke hari ni, lebih kurang 3 ke 4 tempat kerja dah
Hehee (^_^")

Currently, sedang berkhidmat sebagai pendidik (read:Pensyarah) sepenuh masa di Kolej Teknologi Timur, Sepang. Ajar Diploma Ukur Bahan. Mai la melawat (dan belanja makan) :-P

Hemm..
Nothing much to say.
Insyaallah next post will be updated later.

Terima kasih masih follow dan baca :-)

Saturday, March 29, 2014

Muka tak malu!

Bismillahirrahmanirrahim..

Berapa kali seumur hidup kita, kita lafazkan kata-kata taubat pada ALLAH? Saya jamin ramai yang pernah malah sudah berkali-kali. Ada yang tak terhitung dengan jari. ALhamdulillah, bagus!
Next soalan, berapa kali pula selepas kita bertaubat itu, kita lakukan sesuatu yang kita sendiri jelas akan kemungkarannya? Jujur! Pasti banyak kali juga kan? Well, itu kita.
Kita memang muka tak malu. Tak sudah-sudah memohon ampun, tapi tak pernah berazam meninggalkan selamanya lubuk karat dosa.
ALLAHU.. (-__-)

Ya, benar ALLAH itu Maha Penerima Taubat. Bukan itu yang menjadi persoalannya. Yang menjadi persoalan sekarang ialah, kenapa kita sangat tak tahu malu??!! Setiap kali melakukan dosa, kita heret bersama dosa itu di hadapanNYA, memohon sungguh-sungguh agar dihapuskan dosa itu dari kita. Berpaling sahaja, kita kumpul semula dosa. Heret pula ke hadapanNYA. Proses itu berulang dan terus berulang.

Mungkin, kerana kita tidak nampak ALLAH dengan mata kasar, maka kita seperti itu. Cuba bayangkan kita meminta maaf dari seseorang yang kita pada awalnya melakukan kesalahan. Kali pertama, itu pun sudah tebal muka. Namun digagahkan jua. Bila lakukan kesalahan lagi pada orang yang sama, kita mungkin masih boleh paksa diri kita untuk meminta ampun, sekali lagi. Masuk kali ketiga dan seterusnya, tak tergamak rasanya. Sungguh, pasti akan rasa berdosa sesungguh-sungguhnya. Rasa malu dan tebal muka setebal-tebalnya.
Pada ALLAH, patut rasa malu lebih dari itu! Kerana ALLAH Maha Mengetahui setiap sesuatu. Tak kira kita beritahu, kita ucapkan dengan lidah, kita pendamkan dalam hati, semua DIA tahu!
Kenapa kita sangat-sangat tak tahu malu??!!

Tak malu hidup penuh riang-ria di atas muka bumi DIA, sedang DIA sudah tahu kita berbuat kesalahan padaNYA!
Tak malu menyatakan rasa cinta pada ALLAH dan KekasihNYA, sedangkan DIA tahu kita masih belum meninggalkan laranganNYA!
Tak malu mengucap taubat padaNYA, sedangkan DIA tahu kita tak berazam untuk berubah selamanya!
Tak malu untuk nampak mulia di mata manusia, sedangkan DIA tahu di belakang mereka, kita siapa!

ALLAH.. ALLAH..

Kita memang tak tahu malu.

Tuesday, March 25, 2014

Si Sensitif

Bismillahirrahmnirrahim..

ALLAHU ALLAH..
Dunia ini sedang bersedih. Peristiwa besar dan hiba berlaku satu persatu. Merenggut semangat dan sanubari umat manusia. Dalam satu hari, beritanya menimpa-nimpa. Sungguh, berat rasa hati ini.

Di saat ini, urusan dan hal peribadi semua ditolak ketepi. Ada yang lebih perlu untuk diberi perhatian dan sokongan.

Di waktu senja, menerima perkhabaran duka bilamana keputusan mahkamah yang penuh kucar-kacir telah menjatuhkan hukuman mati kepada penyokong-penyokong Presiden Mursi di Kota Seribu Menara. Ia buat semua terkedu. Atas kesalahan apa mereka dihukum sebegitu rupa? Ya, mereka tinggal nun jauh di sana. Malah ada antara kita tidak mengambil tahu dengan jelas apa yang berlaku. Tidak disoroti peristiwa-peristiwa yang tiba-tiba hari ini menemui jalan duka. Duka mereka telah lama, tapi ini penamat episod pertama. Tak mustahil dukanya akan berpanjangan dan makin menghenyak perasaan. Namun, Insyaallah masih ada harapan. Umat perlu lebih ambil tahu dan berusaha sehabis mahu. Andai tak mampu ke sana membantu, sekurang-kurangnya gunakan apa yang ada di sini untuk kita hulur dan bangun bersama atas nama agama, Insyaallah. Paling tidak, tembakan doa untuk mereka jangan pernah lupa.



Bila malam menjelma, seluruh rakyat Malaysia bahkan di seluruh dunia menanti dengan sabar pengumuman penting yang dibuat Perdana Menteri kita. Mengenai pesawat yang hilangnya tiba-tiba, dan kepulangannya dinanti sekian lama. Dan akhirnya segala spekulasi telah dirungkai dan ditamatkan. Berakhirnya perjalanan kapal terbang itu di lautan yang sayup, ganas dan terpencil, nun di Lautan Hindi sana. Kelu seribu bahasa. Kaum keluarga terjelepok menerima khabar berita. Masyarakat dunia kemerah-merahan mata. Sayu tak terkata.



Hey Si Sensitif!

Ya, itu anda. Dan, bagus anda memakai title itu. Ini masanya menjadi Si Sensitif. Sensitif yang melambangkan seorang yang cakna dengan segalanya. Ambil tahu. Sensitif juga dengan sekeliling. Saat semua berduka, Si Sensitif tak terus-terusan melaungkan ideologi yang entah apa-apa. Si Sensitif menjaga hati-hati insan lain yang berduka. Si Sensitif terus berdoa untuk kekuatan sesiapa saja yang terlibat dengan segala bencana. Si Sensitif tidak gopoh mengolah berita. Si Sensitif juga bukan pendesak media dan arus semasa, semata-mata untuk mendapatkan maklumat yang ingin diketahui olehnya.
Itulah Si Sensitif yang berakhlak mulia.

Moga kitalah Si Sensitif yang dikata. Insyaallah..
Wallahualam..

Wednesday, March 19, 2014

Aku dah niat..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekian lama tak menjengah kanvas, sedikit kekok mengetik papan kekunci (^_^)
Insyaallah, ini akan menjadi permulaan sebuah kembara yang baru bermula semula..

'Aku dah niat..'
Selalu saja saya terdengar malah menggunakan sendiri ayat ini. Dalam apa-apa perbuatan, kalau tak mampu tercapai apa yang dihajatkan, mesti kata "Takpe, dah niat..". Maksudnya lebih kurang macam, ALLAH melihat usaha kita, bukan pencapaian kita terhadap apa yang telah ditargetkan di awal perbuatan..
So, betullah macam tu..



Masalah sekarang, ada jugak yang saya jumpa, buat something acah-acah ayam, tapi cakap "Takpe, dah niat.."
Haihh.. Macam tak kena. Niat, kena la dengan usaha! Baru betul lagaknya. Ini tidak! Niat dan 'aim' beria-ia.. Tapi tak nampak macam nak ke arah tu pun cara usahanya.

Lagi satu situasi yang nampak ketempangan, tapi selalu dibuat. Buat satu kemungkaran, atau something yang tak elok la, tapi di'tak mengapa'kan kerana niat. Ok, saya tau ramai yang dah faham. Tapi saya nak bagi contoh jugak. Sedikit berkenaan isu semasa, konsert. Di Malaysia berbagai macam konsert yang ada. Dalam satu bulan, berpuluh-puluh pun mampu dianjurkan. Malah kalau ada apa-apa sambutan, konsertnya boleh dijumpa di sini-sana. Ada yang niatnya baik, ada yang dilaksana untuk hiburan semata.

Konsert untuk hiburan, tak perlu lagilah dihuraikan. Niatnya sahaja pun sudah nampak salah. Yang saya ingin perkatakan, tentang konsert yang niatnya tulus, mulus, ikhlas dan suci kerana ALLAH. Konsert untuk tabung amal misalannya. Penganjurannya, niatnya, targetnya, semua serba-serbi mantop. Yang selalu menjadi tempang ialah pengisiannya. Tak salah nak berkonsert tu pada saya. Hukum alat muzik dan lagu-lagu semua tu saya takkan perkatakan apa-apa. Sungguh, saya fakir ilmu itu. Yang saya selalu berkerut muka, pada penyanyi wanita. ALLAH (-__-")

Kehadiran artis wanita kadang memang diperlukan juga. Sesetengahnya telah dilantik menjadi duta atau jurucakap pada program amal berkenaan. Tak kurang, ada yang memberi pengisian ketika konsert berlangsung. Untuk itu, syabas! *Clap
Tapi, the moment artis wanita menyanyi, dengan penuh mendayu-dayu, penuh lenggok dan gemalai suaranya, saya macam err.. Bolehkah? Sebab setahu saya yang serba fakir ilmu agama ni, setakat yang saya belajar, tak boleh begitu. Aurat. Dan membawa fitnah pada si wanita tu sendiri. Tapi ada yang mempertahankan, "Ia untuk tujuan amal."..Saya? "Owh..Ok.. Niat dah menghalalkan cara -.-"

Begitulah perumpamaannya.. Ada banyak lagi contoh lain sebenarnya. Tapi contoh 'konsert' lebih dekat di hati tika ini. Ini belum lagi saya hurai tentang konsert yang di'niat'kan untuk memperingati insan-insan yang telah kembali menghadap ILAHI. Itu lagi panjang kalau nak diperkatakan. Yang penting faham, sudahlah.
Ingat! Setiap perbuatan kita bersandarkan pada niat, tapi niat bukan membenarkan segala perbuatan.

Wallahualam..

Sunday, December 22, 2013

Bermusafirlah..

Bismillahirrahmanirrahim..



Sebagai seorang wanita, ada perbatasan buat kita andai ingin bermusafir. Islam tidak menghalang, asalkan mengikut batas syariatNYA. Menjaga apa yang perlu dijaga. Menyertakan apa yang disyaratkan agama.

Penjelasan lanjut dan hukum-hukum bermusafir bagi seorang wanita Islam boleh dibaca di salah satu contoh karangan ilmiah ini.
Insyaallah..

Saya tidaklah mahu menghurai panjang persoalan hukum bermusafir, kerana sungguh diri ini jahil. Apa lagi dalam membicarakan soal hukum. Tak mustahil akan menjadi sesat lagi menyesatkan.
Saya ingin lebih kepada mengingatkan diri sendiri dan sahabat semua tentang hikmahnya dalam bermusafir. Tak dapat kita lari, ketika bermusafir, ujian dalam meng-istiqamah-kan diri itu lebih hebat dan rasanya berganda. Ada sahaja halangan yang tiba. Tak cukup masa, kurang tenaga malah kadang sesat pula. Saat-saat begitu, kita mula teraba-raba dalam menjaga amalan kita, termasuklah nilai dan harga diri seorang wanita.

Adakah kita masih menjaga solat dan iabadah-ibadah wajib serta sunat lainnya? Semak semula. Ya, kita memang dibolehkan untuk melaksanakan solat jamak, ALLAH dah beri kemudahan tu. Tapi, jangan sampai terlepas pandang apa yang menyebabkan kita menjamakkan solat kita. Adakah kita betul-betul terdesak untuk menjamakkannya? Atau kita cuma sekadar 'menangguhkan' solat itu kerana belum puas bersuka-ria dalam perjalanan kita.
Dalam bermusafir, Al-Quran kita letak di mana? Hanya di kocek beg sahaja? Atau kita langsung tak bawa bersama? ALLAH.. ALLAH.. Itu baru cuma dua contoh besar.. Kalau dikorek kewajipan dan ibadah lain, entah apa lagi kita malu pada diri sendiri.

Aurat.
Ya, bermusafir menuntut kita berpakaian se-selesa-nya. Tapi banyak yang terlampau mahu selesa hingga terabai apa yang sepatutnya terjaga. Bahkan, ada pula yang bersiap berlebihan atas alasan 'Nak pergi jauh'. (-_-) Batasan pergaulan mula longgar, hanya kerana tak ingin tak selesa. Saudari-saudariku, kita sebelum bermusafir, semasa bermusafir, selepas bermusafir, tetap figura yang sama. Dan sepatutnya jadi lebih baik lagi. Bukan sebaliknya. Ingat tu.

In short, saya boleh katakan, bermusafir banyak mendidik diri dan jiwa. Adakah kita jujur dan kuat dalam mentaati perintahNYA. Tepuk dada, tanya iman, bukan hanya selera.

wallahualam..
Peringatan untuk saya, awak dan mereka..

Friday, December 20, 2013

Aku sombong.. Maafkan aku..

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya terpaksa publishkan post sebegini. Ia bersifat agak peribadi. Namun ada sesuatu yang memerlukannya di sini. Sesuatu untuk ditegaskan tentang prinsip diri.
Sering sangat saya disapa, bertanya soal pasangan hidup. Persoalan yang tak pernah sudah. Tidak, ini bukan perasan. Ini betul-betul.
Saya sebenarnya tak kisah. Itu hak anda. Tapi saya jadi kisah bila saya menerima gelaran tak sepatutnya.

Ada yang datang bertanya,
"Dah berpunya?"
"Nak berkenalan boleh?"
"Sudi jadi yang halal untuk saya?"

ALLAH.. ALLAH..
Setiap satu soalan itu besar makna yang dibawa. Jangan dengan terlalu mudah dilafazkan. Satu lagi, saya tak memiliki diri saya. Saya milik ALLAH sepenuhnya. Dan ALLAH menetapkan ibu bapa saya sebagai penjaga amanah, menjaga saya di dunia. Saya kepunyaan mereka sehingga tiba waktu yang selayaknya. Sehingga waktu bertukar pemilik tiba. Insyaallah.

Tak kurang juga bila saya mula berdiam diri, menjauh dari beberapa lelaki, saya pula menerima gelaran yang bukan-bukan. Sombong. Jumud. Bajet.
ALLAH. Saya terasa. Sungguh-sungguh terasa. Salahkah saya? Saya jadi begitu kerana apa? Kerana saya yakin, jika saya melayan, gelaran lain pula akan saya terima. Tak mustahil, malah pasti. Dan, saya yakin juga saya tidak punya kebenaran dari DIA untuk melayan kalian seperti yang kalian harapkan. Jangan samakan diri kalian dengan kawan-kawan lelaki saya yang lain. Layanan saya pada mereka neutral dan sebatasnya, kerana tak ada 'perasaan' yang terlibat sama.

Di sudut lain pula, ada yang menyanggah tindakan saya. Katanya, jodoh tak datang kalau tak usaha. Betul tu. Saya setuju dan sangat-sangat setuju. Saya juga sedang berusaha. Cuma cara usahanya begini. Saya berusaha menjadi seorang yang lebih baik dari semasa ke semasa, berusaha menuntut ilmu dunia dan akhirat, berusaha menutup lubang-lubang fitnah dunia juga. Itu usaha saya. Saya hargai insan-insan yang hadir memulakan langkah. Kalian memang berani dan nampak kesungguhannya. Cuma cara 'approach' kalian lebih membuat saya terkedu dan diam seribu bahasa. Sudahnya, kalian sendiri anggap saya sombong dan memilih tak kena cara. Apa boleh buat? Saya mampu senyum sahaja.

Mintalah pada pemegang amanahNYA. Baik untuk mereka, Insyaallah baik juga untuk saya. Kalau mereka tak suka dan menyuruh saya jauhi seseorang, saya sebagai anak tanpa membantah akan ikut saja. Kerana itu tanggungjawab anak pada ibu bapa. Atau jika tiada cara mendampingi ibu bapa saya, gunalah orang perantara. Sungguh saya malu dan kelu di 'approach' secara terus sebegitu. Kalian faham kan sifat wanita? Itu sahaja saya mampu kata. Jangan ragu aturanNYA, jika kena caranya, tepat masanya, betul orangnya, DIA akan satukan jua.

Maaf pada semua yang terasa dengan tindakan saya. Harap post ni menjernihkan semula semuanya. Insyaallah. Siapa tak mahu memikirkan soal itu. Ya, ada juga yang mencadangkan agar saya memulakan langkah. Tak salah katanya. Betul tu. Tapi, ketahuilah malu saya lebih tebal dari mahu.

Wallahualam.
Maaf post penuh emosi.

Monday, October 28, 2013

Cuma hamba berdosa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kerap kali kita mengeluh. Mengeluh dan terus mengeluh.
Ada juga yang bertasbih mengingatiNYA. Tangan diusap di dada. Menenangkan hati dan jiwa yang gelora. Meransang semangat untuk bangun semula lantaran ujian yang menimpa.
Namun, tak ramai yang bertahmid memujiNYA. Saat sesuatu itu dirasakan berat sekali, jarang kedengaran lafaz "Alhamdulillah". Yang ada, "bersabarlah.. DIA ada".

Sejauh mana kita yakin semua itu dugaannya? Apakah mungkin juga ia satu bentuk kasih dariNYA? Tapi kita merasakan ia ujian yang berat kerana kita tak mengharapkan ia terjadi.

Jika kita memandang ia dari sudut sang hamba yang cetek pemikirannya, sudah tentu keluhan sahaja yang berantai di bibir kita.
Jika kita memandang dari sudut seorang hamba yang memerhatikan kebesaranNYA, lafaz tasbih pasti meniti di setiap saat dan masa.
Jika kita memandang dari sudut seorang hamba yang cintakan Tuhannya, semua itu diterima dengan hati terbuka, kerana yakin itu tanda kasihNYA.

Persoalannya, kita di mana?
Tepuk dada, nilai sendiri dengan iman yang ada.

Cuma hamba yang berdosa.



Wallahualam.

Sunday, September 29, 2013

Kalau benar cinta, bawa aku ke 'sana'...

Bismillahirrahmanirrahim..

Ungkapan 'selama-lamanya' sering kita dengar malah diri sendiri juga sering lafazkan. Itu belum lagi ungkapan dalam Arabnya, 'abadan abada'.. Atau dalam Bahasa Inggerisnya, 'forever'..
Ramai yang mengikat janji setia untuk bersama 'selama-lamanya'.. Tapi setiap kita tahu, dunia ini akan berakhir. Maka, bagaimana mahu 'bersama selama-lamanya'?
Kita tahu, akhirat itu tak berpenghujung.. Justeru, di sanalah tempat untuk terus memegang janji, Insyaallah..
Cumanya, di akhirat kelak ada dua persimpangan.. Samada berpimpin tangan di taman syurga bersama, atau bersama memasuki gerbang tempat yang tiada siapa sempat ambil peduli hal insan lain kerana terlampau berat menanggung siksa..

Kita pilih destinasi kita di mana. Mahu terus bersama? Maka pastikan pimpin insan itu ke syurga, dalam masa yang sama kita sendiri berusaha ke sana. Supaya janji setia terus dipegang erat, 'bersama selama-lamanya'.

Di akhirat kelak, kita akan bersama dengan siapa yang kita cintai..

Ku tuju khas buat keluarga dan sahabat-sahabatku.. Sayang kalian Lillahi Taala, selamanya..

Friday, July 12, 2013

Kisahnya...

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap orang ada kisah masing-masing.. Yang nampak baik, tak mustahil ada kisah hitam di sebaliknya..
Yang nampak buruk, tak mustahil ada kisah yang menyebabkannya jadi begitu..
Maka, jangan terlalu cepat menilai dan memberi ulasan tentang diri seseorang..
Dan, jangan terlalu mendabik dada dengan kemuliaan yang diterima pada masa ini..

Satu pesanku, ini sedikit peribadi bunyinya..
Tak kisahlah hadirmu mahu mengungkit kisah silam seseorang, lalu dijadikan teladan buat seluruh alam..
Tapi, andai ungkitan itu tanpa sebab, dan hanya membuka aib dia, hentikanlah..
Dia juga punya peluang untuk menikmati nikmat dan manisnya perubahan..
Dia juga teringin mengejar bermaknanya tarbiah menuju redha TUHAN..
Dia juga perlu masa untuk membetulkan keadaan..

Berilah peluang pada insan lain sama seperti dirimu juga mahu diberi peluang..
Lebih mulia lagi, iringi dia dengan bimbingan..

Wallahualam..

Saturday, July 6, 2013

Tapi, aku...

Bismillahirrahmanirrahim..

Acap kali kita sebagai manusia yang hina dina ini, yang dosa menggunung tinggi, yang taubatnya jauh sekali, yang lafaz syukurnya diam menyepi, terlupa tanggungjawab dan prioriti diri..

Teringat pada perbualan dengan adik saya berumur 7 tahun kala memujuk dia untuk tidak meninggalkan solat..

***********
Saya : Syuhada dah semayang?

Dia : Heheheeee... Maghrib nanti Syuhada semayang :P

Saya : Aik, boleh pilih-pilih pulak? Kalau ALLAH tanya nanti macam mana?

Dia : ALLAH tanya? Macam mana apa?

Saya : Bila waktu kena tanya dalam kubur, ALLAH tanya 'Syuhada semayang dak?'

Dia : Nanti Syuhada semayang la.. La ni Syuhada pakai tudung dah (alih topik perbualan)..

Saya : Ooo.. Bila pakai tudung kira dah ok? Takkan nanti Syuhada nak jawab "Saya tak semayang tapi saya pakai tudung!"

Dia : Err...

Saya : (sambung) ALLAH tanya pasal semayang.. takkan nak jawab pasal tudung tu.. Kan Una dah cerita dulu, masa kena tanya dalam kubur, ALLAH akan tanya pasal semayang dulu..

Dia : Hehehe... ok ok.. Syuhada semayang la ni..

***********

Itu kisah saya dan adik Syuhada, yang berumur 7 tahun. Tapi saya sangat yakin dan pasti, kisah dalam kalangan kita, yang dah besar panjang ni, yang tahu baik buruk, yang belajar tinggi-tinggi, ada yang skripnya lebih kurang sama, kan? Terlupa apa yang penting.
Eh, bukan yang penting! Apa yang 'paling' penting..

wallahualam..

Tuesday, June 25, 2013

"Hang kata hang tera!"

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila diajukan soalan dan kemusykilan.. jari laju menaip di papan.. mulut rancak mengomel memberi ucapan.. akal pantas berfikir memberi alasan, jawapan dan kepastian..

Tapi, bila terkena pada tuan punya badan,..

Terkial-kial mencari penyelesaian.. akal buntu memikirkan apa-apa tindakan..

Tu semua ujian dari TUHAN..
DIA menguji apa yang kita perkatakan..
Ujian dan cubaan itu dari DIA, maka kepada DIAlah segala urusan dikembalikan..

wallahualam..

Friday, June 21, 2013

UNTUK DIA..Hey!

Bismillahirrahmanirrahim..

Ujian ALLAH tu datang dalam pelbagai bentuk.. Ada yang dalam bentuk kesusahan, kesakitan, kesenangan malah kebahagiaan.. Tapi ada satu lagi bentuk ujian yang menjerat dalam diam.. Ia hanya mampu disedari mereka-mereka yang menjaga kesucian dan kemanisan beriman padaNYA..

Ujian dalam bentuk kemanisan beribadah..

Macam mana tu?
Saya sendiri pun mulanya konfius bila point ini dibangkitkan dalam satu sesi perbincangan dengan sahabat-sahabat.. Sudah dikatakan manis, apa lagi yang dimaksudkan dengan sebuah ujian?

Terang sahabat yang seorang ni, kita rasa 'manis' dalam beribadat tu kenapa? Apa yang membuatnya manis?

Terasa manis kerana mengalir ruh cinta hubungan jarak dekat dengan DIA?
Terasa manis kerana makin menemui kesempatan 'bersama DIA'?
Terasa manis kerana dipandang mulia seisi makhlukNYA?
Terasa manis kerana pujian melangit si pemerhati kita?

Persoalan semula, kita yang mana?

Seorang guru pernah berpesan, "Kalau kamu mencari dunia, kamu mungkin mendapatkannya, dunia itu sahaja.. Kalau kamu mencari DIA, pasti DIA beri kamu apa yang sebaiknya, walau seisi alam semesta.."


wallahualam..

Wednesday, May 22, 2013

Perangai kita...

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru-baru ni, sedang asyik membelek dan mendalami makna-makna kalam suci, diri tiba-tiba tersentak.
Macam ada seorang pak cik berbadan sasa datang melempang pipi dengan kuat!

Saya terkesan dengan beberapa ayat terakhir dari surah Fussilat.. maksudnya lebih kurang begini,:
"manusia ni sifatnya suka sangat meminta.. tapi bila tak dapat apa yang dimahukan, manusia rasa kecewa.. bila dapat apa yang dimahukan, manusia lupa siapa diri dia."

Konklusinya, kita memang sangat cepat lupa diri dan, jarang mensyukuri..
Merungut sahaja yang reti..

Sungguh!

Wallahualam..

Friday, April 26, 2013

Kita mungkin sama, tapi tak serupa..

Bismillahirrahmanirrahim..



pandang, renung dan tenung..
ada yang berkerut, senyum dan mencebik..

bila diletakkan bekas berwarna-warni ini di hadapan semua orang, macam-macam reaksi dalam dilihat.. ada yang memandang dengan pandangan kosong.. kerana baginya, itu mangkuk tingkat biasa.. ada yang teruja dengan warnanya yang ceria.. ada yang tersenyum penuh makna sebab ada kisah disebaliknya yang sukar untuk dicerita.. ada yang sugul teringatkan kisah duka .. ada yang berkerut kerana tak tahu ini apa!

objeknya, mangkuk tingkat.. semua pihak mendang objek yang sama.. bila diberi pada tiap seorang, diisi mangkuk tingkat itu dengan aneka juadah.. semua buat perkara yang sama.. tapi, apa yang dinilai oleh setiap seorang penerima mangkuk tingkat, takkan ada yang serupa.. semua ada makna dan penghayatan berbeza-beza..

ini analogi sebuah kehidupan..
kita mungkin sama, tapi kita takkan pernah serupa..
hargai dan raikan perbezaan.. perbezaan bukan asbab dan tiket perbalahan..


wallahualam..

Friday, March 15, 2013

Suara si kecil anugerah dari yang Maha Besar

Bismillahirrahmanirrahim..
dengarkan..
suara kecil ini mengetuk tangkai hati..
moga yang dilagukan, liriknya itu, menjadi santapan iman..



wallahualam..

Sunday, February 3, 2013

Kem Sinergi II (2013)

Bismillahirrahmanirrahim..

Subhanallah wa syukurillah..
tak terucap dengan kata-kata..
cuma panjatan syukur padaNYA kerana takdirkan diri ini untuk sertai..
salah satu program tarbiah paling berbekas di hati..



wallahualam..

Wednesday, January 30, 2013

Cinta walau benci..

Bismillahirrahmanirrahim...

Cinta itu ciptaan ALLAH.. ia juga makhlukNYA.. cuma, ia tidak diciptakan mempunyai anggota mahupun akal.. ia diletakkan dalam diri makhlukNYA yang lain terutama manusia, untuk digerakkan.. maka, menjadi tanggungjawab kita untuk menggerakkannya menuju dan menghampiri ALLAH, atau membawa ia lari jauh dari ALLAH..
Ramai daripada kita hanya teruja bila memperkatakan tentang cinta, yang melibatkan lain jantina.. namun sebenarnya, ada lagi kisah cinta yang lebih penting untuk difikir dan dijayakan.. yang penting, ialah cinta yang berpaksikan ALLAH.. cinta yang berada di jalan dakwah.. cinta yang menyatukan atas nama ALLAH..

Baru-baru ini saya ada menghadiri satu program, dan dalam program itu ada satu aktiviti yang membolehkan kami berbincang mengenai cinta.. cinta yang lebih besar dan menyeluruh berbanding hanya memfokuskan pada cinta dua jiwa.. kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.. dan setiap kumpulan kecil akan menghantar wakil untuk membentangkan dan menyampaikan hasil perbincangan di hadapan panel.. saya dipilih untuk mewakili kumpulan saya.. kumpulan saya membincangkan konsep cinta untuk sistem kepimpinan dan kami fokuskan dari sudut politik.. bagi yang mendengar huraian saya pada hari tu, mungkin kurang dapat menangkap apa yang cuba saya sampaikan.. almaklumlah, bukan kekuatan utama saya, menyampaikan secara lisan :P tambahan pulak, saya disuruh menyampaikan huraian dalam bahasa standard.. tanpa ada campurna terma-terma Bahasa Inggeris dan bunyi 'mmmmm..' (yang memang kepakaran saya) :)

Baiklah, antara isi yang sempat saya huraikan dan ingin saya tambahkan sikit-sikit di sini, ialah cara kita menghadapi sesutau yang kita benci..kebanyakan kita langsung tidak mempraktikkan konsep kecintaan yang sangat ditekankan oleh agama Islam, dalam menghadapi dan menangani perkara yang dibenci.. selalu saja kita dengar, "benci pada perbuatannya, bukan pada pembuatnya".. tapi, berapa ramai yang memahami kata-kata ini dan meng'apply'kan dalam kehidupan?..
kita lebih banyak menzahirkan kebencian daripada menyalurkan kasih untuk membimbing pembuat perkara yang dibenci itu, supaya membetulkan keadaan..

Melihat sunnah Rasulullah S.A.W., suri teladan sepanjang zaman, apa yang Baginda laksanakan sepanjang dakwah Baginda? Baginda dibaling dan dilempar dengan tohmahan demi tohmahan, tapi Baginda membalas? dengan penuh hikmah dan kasih.. tak pernah sekali dalam sirah Baginda, dikatakan Baginda membalas dengan juga kekerasan.. Hatta dengan orang yang terang-terangan mengutuk dan menghina Baginda juga, Baginda belai jiwa mereka dengan akhlak mulia dan kasih yang Baginda miliki.. dan akhirnya? dakwah Baginda sampai dan melekat di hati-hati setiap mad'u..

Bandingkan pula dengan diri kita.. dalam kancah politik khususnya.. bila ada satu pihak yang melakukan perkara yang salah, kita membenci.. ya, tak salah untuk membenci perbuatan itu.. yang salahnya ialah bila kita mula mencaci dan mengeji.. refleksikan semula pada diri kita.. andai diri kita melakukan kesalahan, dan kita menerima kritikan pedas dan pelbagai usaha menjatuhkan dari pihak lain, apa yang akan kita lakukan? amat tipis rasa untuk berubah, kan? yang menebal, rasa untuk memberontak.. betul atau tidak? jadi, beringatlah.. janganlah api di simbah lagi dengan api.. maraknya akan makin membesar.. curahkan air padanya, atau sekurang-kurangnya, tiupkan.. moga sedikit 'sejuk'..

Pada saya, tak salah rasanya andai kita dekati mereka-mereka yang melakukan sesuatu yang dibenci itu dengan penuh cinta.. hampiri mereka sebagai sahabat, mungkin? nasihati dengan cinta.. bersabar kerana cinta.. membimbing dengan cinta.. segalanya demi cinta padaNYA.. Insyaallah.. bimbingan itu akan diterima dengan hati terbuka..

Diakui, antara kita, sesama manusia, pemahamannya berbeza.. dalam perlbagai perkara, pemahamannya berbeza.. soal agama contohnya.. mungkin saja pihak yang melakukan kesalahan itu tidak mengetahui.. anggap saja bagitu.. maka, golongan yang mengetahui perlu membimbing.. membimbing penuh kasih dan cinta.. membimbing dengan niat, supaya perkara yang dibenci itu tak berulang lagi.. Insyaallah.. andai kita menerima penolakan, bersabarlah.. itulah lumrahnya berdakwah.. dakwah perlu masa.. seperti juga para pendakwah mempunyai cara penyampaian yang berbeza, begitu juga para mad'u mempunyai penerimaan yang berbeza-beza.. teruskan bersabar kerana cintaNYA.. dakwahkan jua, jangan putus asa.. langsung!

Lagi satu, point yang sangat suka untuk saya ingatkan.. cintailah pembuat kesalahan itu atas nama sesama umat Rasulullah S.A.W.. kita semua tahu, Baginda sangat suka dengan umatnya yang ramai, tapi percayalah, Baginda akan lebih suka melihat ramainya umat Baginda ke syurga.. maka, apakah lagi alasan kita untuk membenci dan terus membenci? pimpin tangan umat ini bersama melangkah ke Jannah.. bukannya semudah lisan menghumban pelaku salah itu ke neraka.. silap-silap kita akan dipertanggungjawab sama, kerana tidak menyampaikan apa yang sebenar-benar ajaran.. nauzubillah..



Wallahualam..

Saturday, January 19, 2013

mencari jodoh..

Bismillahirrahmanirrahim..

ok, abaikan typo tu --"

hemm.. saya tersenyum lagi...
dah tak tahu nak jawab apa dengan soalan-soalan begini..
sungguh, bukan kami tak cari.. kami juga mencari.. cuma cara pencarian kami mungkin sedikit berbeza.. Insyaallah akan berjumpa juga nanti..
takkanlah kami nak canangkan seluruh dunia bagaimana kami laksanakan operasi mencari..
'kantoi' la nanti.. (^_^) *main-main je..

wallahualam..

Wednesday, December 19, 2012

bertutup belum tentu tertutup..

Bismillahirrahmanirrahim...

"Jujur, saya yang terasa malu bila melihat wanita-wanita Muslim yang berpakaian tapi mengikut bentuk badan...

dan saya jadi lebih malu bila terpandang sendiri mata lelaki yang memerhatikan setiap lekuk bayangan tubuhmu wahai sabahat bidadari...

kita lantang membicara soal maruah...
tapi sekarang, siapa yang menjatuhkan maruah siapa?..

tolonglah..
saya merayu...
bertutup pastikan tertutup.. bukan berbalut.."


ya.. itu yang saya luahkan di laman facebook..
ia lahir terus dari hati...

sedih...
saya sungguh-sungguh sedih..

cuba anda bayangkan bila anda berada di tempat saya..
bersungguh-sungguh menarik baju yang ditiup angin.. bimbang ternampak apa yang tak patut..
betul-betul tak mahu terzahir apa yang perlu dilindung..
tapi,..
sampainya saya ke tempat yang dituju,.. Masyaallah...
tak berbaloi saya berusaha habis-habisan menutup..
letih rasanya memastikan setiap pergerakan tak menzahirkan bentuk badan..
tiap titik peluh saya menahan panas memakai setiap lapisan pakaian, bagai telah kalian sia-siakan..

ALLAH...
apa yang saya lindung, kalian pamerkan..
apa yang saya tutup, kalian tayangkan..
jadi, apa lagi yang tinggal..
mereka-mereka yang memandang tetap tahu apa yang tersembunyi tu..

malu saudari-saudari,..malu..

saya tak merungut..
saya tak kisah berpanas..
saya tak kisah bersusah sedikit..
tapi yang saya kisahkan, mana saya nak letak malu ni?..

tolonglah ye...
saya merayu...


wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...