Tuesday, November 29, 2011

kau dicintai kerana mencintai...❤❤❤

Bismillahirrahmanirrahim..

hari ini, hari berjalan seperti biasa..
berkemas rumah.. buang sarang labah-labah..
mama terus siapkan makanan untuk sarapan..
kami sarapan bersama..
bersembang..berkonsi pelbagai kisah..
kelak ketawa berselang seli dengan suapan makanan ke mulut..
indah!..

mengira-ngira detik jarum jam yang bergerak tanpa henti..
menunggu adik bongsu bangun dari tidur..
menanti apa lagi keletahnya hari ni..
berkira juga menanti waktu untuk mama hantarkan makanan buat adik kedua yang berperang di medan peperiksaan SPM..
kami masih mengisi masa berdua..
saling meluah rasa..
usik mengusik menjadi adat yang tak boleh dipisahkan..
terasa lebih bahagia!

pukul 9.30 pagi..masa untuk mama menghantar makanan..
tugasan di rumah mama serahkan..
menghantar mama dengan sebuah senyuman..
mama membalas sebuah senyuman dengan lambaian..

=waktu bergerak=

bunyi deruman enjin kereta..
mama masuk ke rumah dengan kedutan di wajah..
tiada riak ceria.. Subhanallah..apakah??
mama katakan, "adik cakap dia tak boleh jawab,"
ALLAH..
garis kerisauan makin jelas ketara..
dikhabarkan pada abah..
abah beriaksi biasa..
walau kami nampak kedutan jelas di dahinya..tanda dia juga bimbang..

=jarum masa terus lagi bergerak=

abah bersiap-siap keluar mencari rezeki buat keluarga..
mama masih terdiam di dapur..
tertunduk memikirkan sesuatu..
mama katakan..
"bukan mama bimbangkan keputusannya.."
"mama terima apa saja hasil anak-anak mama.."
"mama jugak yakin dia mampu dapatkan yang terbaik untuk diri dia.."
"cuma mama tak sanggup melihat dia kecewa.."

dan, akhirnya...

mama menangis bagi pihak Anis Syifa..


kasihnya ibu membawa ke syurga..
besarnya kekuasaanNYA..
menganugerahkan sekeping hati kecil dengan kecintaan yang besar nilainya..



wallahualam..

Thursday, November 24, 2011

Al-Fatihah's recitation from my dear little caliph, my little sister..

Bismillahirrahmanirrahim..

walaupun bacaannya 'agak' kontrol dan main-main.. tapi Alhamdulillah..
she proved to me she gaining and learning something precious in her life..



moga ini satu permulaan sebuah kembara.. Insyaallah

Thursday, November 17, 2011

CINTA?? herm...

Bismillahirrahmanirrahim..









mahukan sebuah solusi?...mudah saja...









(^_^)

Thursday, November 3, 2011

menangislah semahunya...

Bismillahirrahmanirrahim...

srikandi,
akan ada satu saatnya, ALLAH mengingatkan kita tentang kelemahan yang ada dalam diri..
dan, kita mula tertunduk,..malah terduduk meratapinya..hati jadi hancur, perasaan mula berkecamuk lantaran tidak dapat menerima kenyataan.. lantas, mutiara berharga yang tersimpan rapi di kelopak mula keluar..memanaskan laluannya di denai pipi yang mulus.. mutiara yang selama ini dipagari dan dihalang dari jatuh agar menampakkan ketabahan pemilik diri..

tapi, sekali ia mula keluar, siapa lagi mampu menahan.. laju ia lalu..tanpa sempat kita menyekat.. Subhanallah

srikandi,
ada masanya pula, ALLAH mengetuk-ngetuk pintu tabir hati kita... merasa sebak secara tiba-tiba..kekadang tanpa diketahui punca..diri terasa seperti terbuai dengan perasaan sendiri.. hati terasa sayu sekali..lalu, mutiara jernih itu gugur lagi..

srikandi, biarkanlah ia mengalir... jangan disekat perjalanannya.. yang pasti, ia tahu laluannya.. di kulit mulus bergelar pipi sang srikandi.. jangan pernah merasa lemah dengan kehadirannya.. sesungguhnya, mutiara jernih itu kurniaan ILAHI pada kita..tiada lain, sebagai peneman penguat diri..biar mutiara itu menjadi saksi ketabahan kita melalui denai kehidupan yang sarat dengan cubaan.. Insyaallah..

setelah ia mula kering,sapulah dan biarkan ia pergi..biar ia pergi dan kering bersama gundah di hati.. tapi, kuharap serikandi tidak akan terhenti di situ.. bina semula kekuatan diri.. bangkit dari kedukaan yang berlalu.. jangan jadikan titisan air mata tangisan itu satu pembaziran..menangis bukan tanda pasrah..tapi tanda redha..redha atas segalanya.. jadikan ia penemanmu memadam nyalaan neraka..bukan jaidkannya sebagai penemanmu menambah duka..



wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...