Wednesday, August 24, 2011

Friday, August 12, 2011

Ayuh berprinsip dalam cinta.. ps: I'm taken!

Bismillahirrahmanirrahim...

umur=21 - 24 tahun..
status= bujang..
lagi??

(^__^)
umur-umur begini, bagi perempuan, antara topik 'hot' yang dibincangkan ialah KAHWIN..
betul tak??
hehe..tak dapat disangkal lagi..

begitu juga apabila saya dan sahabat-sahabat bersama..itulah topik yang paling hangat..topik yang paling akan mendapat sambutan.. kalau seorang kakak di rumah sewa ni mula membincangkan topik perkahwinan atau perhubungan berlainan jantina, pasti seluruh isi rumah akan berkerumun.. begitu juga di kelas.. bila ada yang mula berbicara soal jodoh,..mata yang mengantuk pun boleh terang, terbuka luas-seluasnya..hehe.. tambah pula ada yang senior-senior dan ada juga sahabat yang bakal bergelar ibu dalam kelas.. golongan-golongan inilah yang akan bertindak sebagai 'kaunter pertanyaan' kepada soalan-soalan kami yang kononnya 'sangat ingin belajar' tentang ilmu perhubungan..

ada satu ketika, tiba-tiba saya yang menjadi topik utama perbincangan.. ramai sahabat-sahabat kelas tertarik dengan prinsip saya.. prinsip untuk 'tidak bercinta sebelum waktunya' dan 'pilihan ibuku, itulah pilihanku'..
ada yang meminta tips supaya diri mereka juga mampu mengawal nafsu muda untuk merasa ber'couple'.. ada yang mempersoalkan rasional prinsip saya dengan arus semasa.. ada yang tidak yakin saya akan mampu meneruskan prinsip itu (katanya akan tiba masa, saya akan jatuh cinta secara tak sengaja)..(^_^).. ada juga yang ingin tolong carikan jodoh untuk saya! Subhanallah..sahabat-sahabat, kalian memang kelakar.. hehehe

tika saat itu, saya lebih banyak tersenyum berbanding mengeluarkan pendapat.. bukan apa, ingin menjaga air muka mereka-mereka yang saya tahu, sedang ber'couple' habis-habisan.. saya cuma menjawab semampunya tanpa menyinggung mana-mana pihak..
jadi, di sini saya ingin mengulang semula jawapan-jawapan saya, tambah-tambah sikit pengisian dalam jawapan,..moga menjadi panduan berguna buat mereka-mereka yang ingin turut sama berjuang memerangi nafsu remaja bersama saya.. Insyaallah..

Tip-tip mudah supaya nafsu ingin ber'couple' dapat dikawal:

1. sebaiknya, jangan mula bercinta atau couple
hati manusia, bila ia pernah terisi dengan kasih sayang, belaian cinta yang melimpah ruah..ia sudah tidak dapat hidup andai semua belaian itu hilang..kalaupun seseorang itu ingin berubah dan ingin tinggalkan 'dunia cinta dunia' itu, ia akan mengambil banyak masa dan agak sukar untuk dilaksanakan.. kerana apa??, hatinya meronta-ronta mintakan belaian si dia..

2. menyibukkan diri dengan aktiviti lain
bila hati mula dilanda bosan, sunyi, dan kekosongan, syaitan akan mula menyalurkan racun bisanya,,..saat inilah hati kita mula lemah,..
cara saya, saya akan cuba sibukkan diri saya degan perkara-perkara yang tidak akan membuatkan saya bosan.. contohnya, saya memang suka mengemas rumah.. so, bila kebosanan, mulalah saya menyapu, membasuh segala pinggan mangkuk, periuk belanga (kuali), susun alatan dapur dan sebagainya.. saya akan menjadi asyik dengan apa yang saya lakukan..hati jadi lapang,..jiwa melompat riang..wah! hehe
tapi, ada satu aktiviti yang saya sering amalkan andai rasa kekosongan.. sibukkan diri dengan ibadat..kerana apa? bilakita mula merasa kosong dan sunyi, itu tanda kita makin jauh dariNYA.. wallahualam..

3. menyintai yang layak dicintai..
inilah point yang paling penting.. masalahnya, ramai yang terkeliru..siapa yang layak untuk dicintai??.. ok, saya nak tanya.. siapa yang tidak akan mengaku dia cintakan ALLAH dan RasulNYA?..pasti semua akan mngaku punya rasa cinta itu.. jadi, kalau dah cinta, mesti buktikan cintanya kan?..tak perlu sampai nak renangi lautan api semua tu..cukuplah kita sentiasa dekat denganNYA.. DIA dah buktikan cintaNYA pada kita tatkala mengurniakan kita dengan berbagai-bagai kerahmatan dalam hidup kita..pintaNYA dari kita cuma satu.. taat lah pada suruhanNYA.. itu saja!
lagi satu,..siapa yang tidak cintakan keluarganya?..saya berani jamin, semua akan mengaku cintakan keluarga..walau sesusah manapun, walau seteruk manapun,..cinta pada keluarga sentiasa utuh.. tapi, tika ini berapa ramai yang sanggup membuang keluarga bila hubungan dengan 'si dia' yang tercinta mendapat tentangan keluarga? berapa ramai pula yang sanggup mengenepikan 'kekasih' bila keluarga tidak merestui perhubungan dengannya?.. berapa ringgit kita habiskan untuk bergayut di telefon dengan keluarga berbanding untuk bergayut dengan 'si dia'? fikir-fikirkan ye sahabat..

cukuplah..saya rasa cukuplah setakat itu dahulu tip-tip yang boleh dikongsi,.. sesungguhnya, ini hanyalah apa yang saya amalkan sepanjang kembara saya di bumi TUHAN ini.. moga bisa menjadi peniup semangat buat sahabt-sahabat yang ingin mencuba, Insyaallah..
tentang rasionalnya prinsip ini, saya rasa,..panduan hidup Islam tidak pernah dan tidak akan pernah boleh dianggap kuno! kita lah yang sebenarnya menggelarkannya begitu,..kerna apa, nafsu kita yang ingin 'membolehkan' apa yang 'tidak boleh'! sebab itu kita merasakannya sesuatu yang kuno dan lapuk ditelan zaman..
bagi yang tidak yakin saya akan terus bertahan bersama prinsip ini, pinta saya cuma satu,..doakanlah saya teguh di jalan ini.. (^__^)..
dan, akhir sekali..
buat sahabat yang ingin carikan jodoh untuk saya, terima kasih banyak-banyak.. berurusanlah dengan keluarga saya ye..hehehe.. katakan pada tuan badan tu, hati saya sekarang sudah dimiliki.. hati saya dimiliki DIA, PENCIPTA CINTA.. jadi, dia perlu mengetuk pintu hati saya mengikut cara yang pemilik hati saya tetapkan..

wallahualam..

Friday, August 5, 2011

Benarkah akuan mu, wahai insan yang mengaku mencintaiku..

Bismillahirrahmanirrahim..

satu persoalanku untukmu..

benarkah kau mencintaiku kerana ALLAH?..

Adam..

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan dekati aku

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan menggodaku

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan merayuku

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah jaga izzahmu denganku

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan menyentuhku

♥ Jika Mencintaiku kerana Allah jagalah hatimu dan hatiku agar tetap Mencintai-Nya.

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah jangan menjadikan aku kekasihmu

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah pilihlah jalan yang Allah redhai untuk mendapatkan hatiku

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah, menjauhlah jika kau tahu aku belum siap menerima pinanganmu.

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah, bersabarlah mengungkapkannya di saat yang tepat.

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah, tak perlu risau andai kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu apakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah.

♥ Jika kau mencintaiku kerana Allah, Yakinlah.

♥ Jika aku memang di takdirkan Allah menjadi bidadarimu, kita pasti akan bersatu.

♥ Jangan menodai kesucian cinta hanya karena nafsu semata.

~~~dan, ini jawapanmu padaku~~~

Hawa..

♥ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa malu mendekatimu, apa kau tidak merasa takut terjerat padaku?

♥ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa malu dengan gatal menggodamu, apa kau tidak merasa risau pada kegatalanku?

♥ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa segan merayumu, apakah kau terbuai oleh pujuk rayuku?

♥ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tidak boleh menjaga izzah ketika berdekatan denganmu, apakah tidak boleh menolakku dengan perisai malumu?

♥ Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah namun tanpa berasa berdosa berani menyentuhmu, apakah kau tidak takut Allah murka padamu, masihkah kau percaya pada ucapanku?

♥ Tak curigakah kau padaku? Tak inginkah kau menjauhiku? Atau kerana kau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu sehingga kau tak mampu menolakku walaupun kau tahu semua ucapanku:

"Mencintaimu Kerana Allah"
adalah palsu.

Ketahuilah Hawa..

♥ Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan berani menyentuhmu, bahkan hatimu sekalipun.

Kerana aku malu pada Allah jika bayanganku mengacaukan kekhusyukan ibadahmu.

♥ Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan pernah berani merayumu, menggodamu, bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu

♥ Kerana kau belumlah halal bagiku.

♥ Aku malu jika harus membuatmu lebih banyak mengingatku dari pada mengingat-Nya.

♥ Aku malu jika harus menjadi seseorang yang membuat-Nya cemburu padamu kerana kau rela melanggar larangan-larangan-Nya kerana cintamu padaku.

♥ Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana Allah, aku tidak akan risau tidak dapat memilikimu kerana tidak mengungkapkan cintaku padamu sekarang walau saat ini aku begitu mengagumimu dan menginginkanmu menjadi bidadariku.

♥ Kerana aku yakin jika engkau memang ditakdirkan untukku, engkau pasti akan menjadi milikku walau aku tidak mengikatmu.

♥ Bukankah jika Allah tidak mentakdirkan kita bersama di ikatpun pasti akan terlepas juga akhirnya?

Jadi untuk apa aku risau?

Hawa.. Sedarlah.!


♥ Jika aku seorang lelaki yang benar-benar mencintaimu kerana Allah,aku hanya akan berani merayumu, menggodamu, dan menyentuhmu setelah engkau halal bagiku

______________________________________

edited from my dear friend, Cahaya Harum..

wallahualam..

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan~Puasa~paksa~rela...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi...
harapnya agar Ramadhan kali ni dapat kita lalui dengan sebaiknya.. Insyaallah..

ada sahabat yang menegur,.."gembiranya sambut Ramadhan!"..
jawapan saya mudah.."mesti la..ni salah salah kekasih saya yang teratas" (^_^)
sebenarnya, kalau dulu saya hanya gembira menyambut Ramadhan kerana ia dinamakan pesta ibadah, tanpa saya sendiri mengahayati dan memahami apa erti sebenar pesta Ramadhan tu..
Alhamdulillah ALLAH beri saya kesempatan lewat umur ini untuk memahami erti dan mensyukuri nikmat masih diberi peluang untuk sama-sama ber'pesta ibadah' dalam bulan penuh barakah ni..

bercakap soal puasa, setiap tahun pasti ada kenangannya tersendiri..baik kenangan itu tentang diri kita sendiri, orang sekeliling, mahupun cerita-cerita yang didengar oleh orang lain..
kadang-kadang bila diimbas semula, kelakar jugak ye.. (^__^)

setiap orang pasti melalui pengalaman di awal atau mula-mula berpuasa.. semestinya kita ketawa sendirian mengenangkan betapa kita 'berhempas-pulas' ingin menyelamatkan puasa sehari yang ketika itu 'seksa' bagi kita..
sehari dua, ada juga yang ter'tewas'..kan?..

begitu juga saya, pun pernah melalui semua tu.. saya mula belajar puasa ketika umur 4 tahun.. keluarga saya tidak pernah mengamalkan istilah 'puasa separuh hari'..
so, nak tak nak, kalau pagi dah puasa, mesti habiskan sampai waktu maghrib..
tapi, seingat saya ada juga ter'tewas' 3 hari..akibatnya, saya duduk sorang-sorang di ruang tamu ketika semua orang lain berbuka di dapur.. sadis betul.. (~__~)

baiklah..biarlah kisah-kisah begitu jadi kenangan terindah buat kita.. jadikan semuanya sebagai mutiara-mutiara manis yang kita dapat kutip sepanjang perjalanan hidup.. Insyaallah..

tahun ni, syukur saya ke hadratNYA..bertambah lagi 'warga puasa' di kalangan keluarga saya.. adik Syuhada yang berumur 5 tahun sudah mula berpuasa.. dan Alhamdulillah, dia dah dapat penuhi satu hari puasa semalam..
tak perlulah saya detailkan pengalaman dia berpuasa seharian, kerana adik saya dah pun ceritakan dalam diari Ramadhan Syuhada ni..

~agak-agak adik Syuhada sampai tahap macam ni tak?~ (^__^)

apa yang dapat saya simpulkan, puasa itu satu nikmat.. tapi, hanya buat yang betul-betul menghargai peluang diberi kesempatan berpuasa.. (^__^)..


wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...